Terima Kasih Air Parit

Good Morning……

Ini adalah hari pertama aku di Kolej Kediaman CD. Sepanjang cuti ni, aku akan berada di sini kerana terlibat pelbagai aktiviti dan majlis kegemaranku - menari dan jalan-jalan.
Baiklah, perkara pertama sebelum bangun dari katil ialah ‘thinking about him’ (senyum-senyum). Hmm, i miss him so much. Entah bila dapat jumpa lagi. Itulah rutin setiap pagi. he he
Kemudian aku berganjak dari katil, mencapai berus gigi dan Colgate di almari dan menuju ke washroom. Memberus gigi sambil memandang wajahku yang kusut masai di cermin membuatkan aku sengih-sengih sendiri. he he
Pandang ke sebelah kiri pula, ada pokok betik di luar tingkap. Then, dengan lagak ‘buat macam rumah sendiri’ (T-shirt and tight short pant) aku keluar menuju ke belakang. Yalah, kalau ada buah betik masak bolehlah buat santapan di pagi yang mulia. Tapi harapan tinggal harapan kerana ada pun buah buah betik tapi belum masak.
Eh, ada sesuatu yang menarik pula di belakang bangunan C ni. Kelihatan air mengalir deras dengan alunan irama air terjun melalui parit besar dari atas bukit tersebut. Mungkin bagi pelajar yang sudah biasa tinggal di sini tidak perasan bahawa itu adalah satu pemandangan yang indah. Alunan irama air terjunnya begitu mendamaikan dan mungkin boleh menggamit ilham insan-insan bergelar pelukis, pencipta lagu, puisi, syair dan penulis untuk menitipkan idea-idea mereka di atas sekeping kertas. Menulis? hmm mungkin air terjun itulah yang telah menyebabkan aku ingin menulis balik. Terima kasih… Rindunya menulis… This is who I am 7 or 8 years ago. Bercita-cita mo jadi penulis kenen.. ahahahaha
Eh, terlalu banyak mengelamunlah. Aku balik ke washroom, menghabiskan apa yang patut dan berkemas untuk balik ke bilik lama di Kolej Kediaman AB.
Mengimbau balik kenangan dari semester lalu masuk kali ni, sudah 3 kali aku berpindah-randah. Mula mula masa Minggu Suai Mesra (MSM) dulu aku ditempatkan di Blok F, Kolej Kediaman AB. Kemudian dipindahkan ke Blok A. Aku agak lama di sini. Banyak kenangan yang gila-gila… student lifelah katakan. Atas salah faham yang kecil dan tabiat aku yang ’sometimes it’ll be good to run than face it’ (merajuklah tu)…, aku berpindah ke Blok D (berek SUKSIS) pula. Aku sepatutnya berada di sini dari tahun lalu, tapi, keras kepala bukan kepalang lagi. Alasan - berat barang dan susah nak angkat (konon). Walhal, itulah port smoking yang paling best. He he Penghuni-penghuni di sana semuanya best-best belaka. Sporting you.. he he
Dan sekarang berpindah lagi ke Bloc C, Kolej Kediaman CD. Hmm.. yang pasti banyak memori lagi akan tercipta di sini…

Terima Kasih Air Parit…

Gara-gara Blackout!

My First Blog (Thanks to Toturi)

Muehehehe… jam menunjukkan pukul 2.35 am. Hmm, masa ni sa sedang imagine apa yang rakan-rakan socmedian sedang lakukan. Tadi, semua durang pigi Hunterlaaaa. Mok join tp teda transport. Daripada susahkan org, baik nda payah pigikan? Lagipun x tau juga mana mo stay nanti. Tmpt auntie di Menggatal? Hmm, tidur awal kali tu. Takkan me mo pulang dlm keadaan kemabukan tahap dewa? If ma sis still ada di Kampung Air, eseh berjalan kaki saja aku p join derang si sumandak nie. Next time lah kali…

Thanks kio tot, coz tlng sa bikin ni blog. Sa da try balik2 ba tu tp nda dapat.. hmm.. x taw napa tuh.. So, bisuk Hari Karnival Ko-kurikulum di Dewan Canselor. Kena pigi sana pakai uniform SUKSIS before jam 7am. tapi sekarang ni aku belum tidur lagi. Ntah ada lagikah sigup di bilik tu… Kalau teda pakai sigup itam sijalah. Wahahahaha… Hmm, bulikah sa bangun jam 6am nih? (Lambatkc kuar dr draft.. he he)