Dr Chong Eng Leong umum keluar PBS
Chris Maskilone
KOTA KINABALU: DR Chong Eng Leong ,seorang yang lantang memperkatakan isu pendatang tanpa izin (PTI) dan ”Projek IC” di Sabah mengambil keputusan meninggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS).
“Penyertaan saya dalam politik adalah untuk Sabah.. bukan untuk PBS.Saya tidak boleh lagi meneruskan perjuangan untuk keselamatan dan kedaulatan Sabah dalam Malaysia melalui PBS.
”Kita katakan ”Patriotisme Asa perpaduan” tetapi ia hanya wujud dalam kata-kata.Kita mesti menunjukan dalam tindakan,” katanya,disini pada selasa,sambil menambah,perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta.
Dr Chong,yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PBS dan ketua bahagian PBS Luyang mengkritik kerajaan persekutuan dan Perdana Menteri kerana tidak mengambil tindakan untuk menangani masalah pendatang tanpa izin dan pengeluaran MyKad kepada pendatang asing.
”Kenyataan demi kenyataan dibuat untuk merayu kepada Perdana Menteri agar mendengar rungutan kami untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan pada masa lalu bagai menuang air ke daun keladi.
”Beliau (Perdana Menteri,Datu Seri Abdullah Ahmad Badawi) tidak maksudkan apa yang beli katakan.Saya mahu beliau berundur tetapi saya pula yang diminta berundur dari PBS oleh PBS.” katanya tanpa mengulas lanjut.
Perdana Menteri secara khusus mengetepikan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin dan sebaliknya mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Persekutuan ,dimana menurut Dr Chong adalah jawatankuasa sama yang ditubuhkan pada tahun 2000.
”Jawatankuasa itu ketika itu mengadakan hanya satu mesyuarat pada tahun 2006,untuk menubuhkan sebuah mahkamah khas untuk menangani pendatang tanpa izin tapi belum pernah ada kes didengar,” katanya.
Dr Chong juga menyuarakan kekecewaannya dengan kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam lawatannya ke sini baru-baru ini meminta rakyat Sabah tidak terlalu sensitif dan emosional terhadap isu itu.
Beliau berkata,Menteri itu menyatakan bahawa adalah tidak perlu bagi RCI untuk meneliti dakwaan bahawa pendatang tanpa izin mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang dan berkata ”mereka adalah rakyat Malaysia dan kita tidak boleh kembali mempersoalkan hak mereka sebagai warganegara”.
“Itu bermakna kita tidak boleh mempersoalkan , kenapa?, dan bagaimana ”anak negeri baru” ini diberi taraf kerakyatan sekalipun ia bercangah dengan perlembagaan kami dan undang-undang sedia ada,” katanya,sambil mendakwa bilangan mereka yang memperolehi taraf kewarganegaraan melalui pintu belakang ialah lebih 600,000 hari ini di Sabah dan sekurang-kurangnya 70,000 adalah pengundi berdaftar.
Ini adalah kali kedua Dr Chong meninggalkan PBS,kali pertama ialah pada tahun 1990 sebagai protes kepada PBS ”yang mengsabotaj Barisan Nasional (BN)” dengan meninggalkan pakatan itu lima hari selepas hari penamaan calon.
Bagaimanapun, Dr Chong berkata beliau kembali kepada PBS pada tahun 1998 ketika itu sangat lantang bersuara mengenai isu pendatang tanpa izin,Projek IC dan isu pengundi hantu.
Sumber : Harian Expres Rabu 18 Jun 2008
This entry was posted on Wednesday, June 18th, 2008 at 12:07 am and is filed under sabah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
June 18th, 2008 at 1:54 am
kalu Dr Chong boleh keluar parti kerana mempertahankan sesuatu yang baik untuk rakyat sabah, kenapa kita perlu diam dan memerhati sahaja? Jom bantai pemimpin2 lain yang penakut dan bacul… Terang2 tiada tindakan kerajaan atas isu ini kerana, takut ‘clash’ dengan Filipin dan Indon, ada dalang dari kalangan mereka (takut dia kena siasat sekali la tu), pengundi hantu ni ikut arahan kerajaan buta2 (suruh pangkah, dia pangkah…), dan mcm2 lagi hal yang boleh dipergunakan serta perlu dipertahankan (untuk kpentingan diri mereka)..Pigi mampus la pemimpin macam ni… Cuba tinguk, adakah pemimpin2 lain bodoh ni turun melawat rumah2 yang sudah senget di kampung2 di pedalaman? ada nampak batang hidung semasa ada kematian atau kesusahan di kalangan urg kampung? Huh..menjadi boneka di Parlimen dan tunggu elaun bulanan yang berpuluh ribu ja… Suara rakyat tidak disampaikan, hak kita tidak dipertahankan… F*%# U pemimpin bacul!
June 20th, 2008 at 5:50 am
PEMIMPIN2 SEKARANG HANYA TAHU KUMPUL HARTA & KEKAYAAN…. ISI PERUT KENYANG2 SAMPAI MALATUP. ORG KAMPUNG YG MISKIN TIDAK KANA PADULI. KESIAN URANG KG. KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PTG MAKAN PTG. KANAPALAH KAMURANG UNDI PEMIMPIN MCM ITU. KAMU PIKIRLAH SENDIRI………………………..
July 29th, 2008 at 11:17 am
muhahaha…yg penting hidup,teruskankehidupan..
August 14th, 2008 at 9:59 am
biasala masuk keluar ini sekarang. lagi bagus kalau sabah keluar malaysia terus. Selesai masalah. PTI punya isu sampai bila-bila tidak akan selesai. Kita ni sepa juga depan mata diorang disanaa sabarang itu. Dibuat macam anjing saja. Puk***k betul. Sebab itu la kita ni dorang anggap masi tinggal atas pokok, ruma panjang. Nah! dilayan macam orang yang tida pandai pikir. Macam juga orang asli di semenanjung. Kana pijak-pijak kepala. Macam sial.
Saya mau tingu ini PM datang sendiri di Sabah. Tinggal 2 -3 bulan tingu keadaan sini. Bukan melawat 2 - 3 ari. Itu pun meeting dan majlis saja. Buduh! Saya ni panas juga kalau dipijak-pijak. Sama-sama manusia bah. Sama-sama makan nasi. Tabik la sama pemimpin yang berani kerana apa yang benar.
Leave a Reply