Sejarah perlu diperbetul!!
Larry Ralon Daily Express
Sejarah perlu diperbetul
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan harus membuat pembetulan terhadap sejarah penubuhan Malaysia untuk mengelak rakyat Malaysia,khususnya generasi muda, daripada terus keliru dam terseleweng dari fakta.
Anggota Parlimen Sepangar,Datuk Eric Majimbun berkata,agak menyedihkan apabila melihat remaja lelaki di Sabah keluar televisyem mengucapkan Hari Merdeka yang ke-51 kepada Malaysia sedangkan ia merupakan ulang tahun kemerdekaan ke-51 untuk Malaya.
Sabah (Borneo Utara) hanya mencapai kemerdekaannya 45 tahun lalu dan bersama-sama Sarawak, Singapura dan Malaya ( Persekutuan 11 buah negeri di Semenanjung )kemudia membentuk Malaysia.
“Satu lagi fakta sejarah yang juga perlu diperbetulkan ialah Sabah,Sarawak dan Singapura bukannya menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia tetapi kita bersama -sama membentuk Malaysia..Kita bukannya salah sebuah negeri di bawah Malaysia tetapi kita adalah satu pertiga dari Malaysia”, katanya.
Beliau berkata ,Sabah,Sarawak dan Malaya sepatutnya rakan kongsi yang membentuk Malaysia dan “Kita bukannya menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia..jadi Sabah tidak sepatutnya negeri dalam Malaya atau salah sebuah daripada 11 negeri dalam Malaya.”
Eric, yang juga Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng bahawa cadangan supaya 16 September dijadikan cuti umum dimana turut dicatatkan bahawa 16 September 1963 ialah apabila Borneo Utara (Sekarang ini Sabah) ,Sarawak dan Singapura mencapai kemerdekaan dengan menyertai Malaya membentuk Malaysia.
“Sesuatu perlu dilakukan segera untuk memperbetulkan sejarah pembentukan Malaysia..nampaknya negara kita sekarang ini memeberi penekanan kepada hari kemerdekaan Malaya berbanding pembentukan Malaysia,” kata Eric.
Katanya, Sabah dan Sarawak merayakan Hari Malaysia setiap 16 september yang telah dijadikan cuti umum di Sabah tetapi ia masih dikatakan sempena hari jadi Yang Dipetua Negeri dan bukan Hari Malaysia.
“Bagi generasi tua yang mengetahui akan fakta sebenar,tidak apalah tetapi apa yang saya risaukan ialah generasi muda kita dan generasi akan datang, yang akan terus terkeliru kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan hanya bergantung kepada apa yang tertulis pada buku sejarah sekolah mereka,” katanya.
Mengenai gesaan Lim kepada Kerajaan Persekutuan supaya mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum,Eric yang menyokongnya berkata, ini harus dilakukan kerana Malaysia tidak akan wujud jika tidak ada 16 September.
Lim dilaporkan mengalu-alukan cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakya (PKR), Datuk Seri anwar Ibrahim supaya kelima-lima buah negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat iaitu Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor dan Kelantan Mengisytiharkan cuti umum bagi Hari Malaysia pada 16 September.

September 3rd, 2008 at 9:09 am
ketika dulu sya masi bingung buku rujukan sejarah yg d tulis oleh penulis berbangsa cina.
dalam buku sejarah itu menceritakan pembentukan negara malaysia d mana dia menyebut soal PBBB
PERSEKUTUAN BANGSA2 BERSATU dalam piagam di bawah naungan kuasa Barat.
tetapi pada ketika itu tidak ada yg menceritakan bila sabah masuk malaysia? jadi klo begini kita masih berhutang PAda orang2 inggris kerana memerdekakan negara kita dari pemerintah jepun.iyakah..?sya sendiri tidak pasti soal sejarah ini.
malah banyak buku2 rujukan tidak menceritakan tentang sejarah d sabah.dan bagaiman ini boleh berlaku? secara jujur sya katakan sya belum pernah tahu erti kemerdekaan malaysia dan ulang tahun.
tetapi d singapura dan indonesia sya sendiri lebih tertarik dengan sjarah2 dan d sebalik apa yg mereka persembahkan.contohnya memanjat pokok minyak..itu maknanya satu kormisel seni dan sastera abad kemajuan dan ketamadunan INDONESIA.
klo SINGAPURA kerana mempunyai tokoh cina yg terkenal sejak pemerintahan inggris d mana cina menjadi pengusaha getah yg maju dan banyak berbakti pada negara untuk maju.
seiring dengan itu singapura kaya dengan sumber minyak untuk d import.
bagaimana dengan sabah? adakah kita menyatu demi PBBB dan politik?melayu,cina dan indiah ada sejarah yg terbesar untuk memiliki dan membentuk satu negara.ketiga tiga2 kaum ini dijajah inggris.
tapi dalam masa itu melayu kuat menentang kuasa barat.cina ada faktor sejarah lama contohnya Hang li po.d melaka.indiah dagangan rempah.semua dalam perdagangan.mereka suda berkampong pada zaman itu.kita tidak boleh mengata mereka.
sabah atau sarawak d jual oleh sultan brunei..sabah dan sarawak bila masa ?
MARI KITA PERSOALKAN INI SEHINGGA TIMBUL JAWAPANYA?
September 3rd, 2008 at 9:52 am
sya masi bingung bagaimana INDONESIA DAN PHILIPINE boleh menuntut sabah dan sarawak?
Sya dapat maklumat dari internat philipine dan indonesia hasil daripada intipan sya.
d mana sebelumnya philipine suda lama berkerjasama dengan sabah sebelum membentuk malaysia.
indonesia juga ketika itu masih berhak ke atas sarawak.
MUNGKIN BUKU RUJUKAN SEMANANJUNG MALAYSIA ADA PERBEZAAN DENGAN BORNEO ,JIKA KITA MASIH PERBETULKAN.INI TIDAK ADIL…JIKA PELAJAR DARI SABAH BERBEZA BEZA PENDAPAT TENTANG KEMERDEKAAN DAN ULANG TAHUN D SEMANANJUNG.
dari hasil intipan internat yg sya dapat d uneversiti juga heboh2 mengatakan sabah dan sarawak keluar malaysia.
mereka berdebat sesama antara borneo dan semananjung.memang ada sebapnya ka?..
dan muda mudi lagi baru2 ini contohnya POST DAN U TUBE..banyak sekali yg mengatakan sabah negara philipine.
SEJUJURNYA ..SYA JUGA ANAK MUDAH.tapi masih tetap setia mencari …kita semua dalam tanda tanya.
September 3rd, 2008 at 10:12 am
dalam isue ini kita tidak perlu mempersoalkan POLITIK kini.Patutla!! anak2 muda sekarang mempolitikan kemerdekaan dan ulang tahun malaysia.
kanapa tidak Politikan bendera parti tu sja? daripada kita mencari pembetulan mengapalah kita mesti mempersoalkan politik..?
BAGI SAYA INI TIDAK ADIL.INI SATU KESILAPAN JIKA KITA BENAR2 INGINKAN PEMBETULAN SEJARAH.
IGATLAH SEJARAH DAN POLITIK INI TIDAK AKAN BERAKHIR SAMPAI BILA2 JIKA TERUS MEMPOLITIKAN SEJARAH. INI LEBIH NEGATIF…DARIPADA TUNJUK PERASAAN REFOMASI.
seperti mana d UMS ada menunjuk REFOMASI…itu pun hasil selidik sya juga.semua ini benar.
September 3rd, 2008 at 3:04 pm
Alangkah bagusnya jika cerita kedai kopi ini kita awali dengan tiga pertanyaan asas.
1. Bila sebenarnya negeri sabah ini merdeka?
2. Bagaimana sabah boleh tergabung di dalam Malaysia?
3. Adakah Sabah ini sepatutnya disebut Negeri atau Negara?
Tiga soalan asas ini WAJIB DIJAWAB dan DIKETAHUI umum khususnya rakyat negeri sabah. Tanpa wujudnya niat untuk menimbulkan rasa sentimen kepada mana-mana pihak, kita perlu objektif dan berani mengakui tentang hakikat sejarah negeri sabah kerana kitalah yang sepatutnya menceritakan perkara sebenar sabah ini kepada rakyat Malaysia dan juga masyarakat luar.
Adalah menjadi satu pembohongan besar bagi para pemimpin negara ini khususnya, apabila tidak menjelaskan tentang fakta sejarah yang sebenarnya. Selama ini kita difahamkan melalui buku-buku pelajaran sejarah di sekolah tetapi sungguh disesalkan, mengapa tidak ditemukan tajuk tajuk sejarah yang berkaitan dengan Perkara 20, Hak dan keistemewaan kaum pribumi sabah dan perkara-perkara yang melibatkan Hak Sabah dalam Penggabungan Malaysia. Mengapa rakyat sabah dibutakan daripada pengetahuan sejarah negeri yang sebenarnya? Adakah sejarah itu merupakan satu ancaman kepada ahli-ahli politik Negara ataukah memang di dalam sistem pemerintahan BN khususnya, terdapat unsur penjajahan minda yang bakal merosak pemikiran rakyat khususnya di sabah dan Sarawak?
Sebagai rakyat sabah, dan rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa sangat tidak wajar bagi kerajaan melakukan penyembunyian fakta ini. Bagaimana hendak menanamkan rasa nasionalis bangsa jika fakta tidak disampaikan secara telus? Bagaimana hendak melahirkan insan Malaysia yang patriotik jika sejarah negeri sendiri pun tidak faham hal sebenar? Untuk itu, mari kita kongsi bersama apa sebenarnya hakikat sejarah negeri sabah. Sebelum itu sekali lagi saya tegaskan bahawa ini adalah perkongsian ilmu tentang fakta negeri sabah dan tidak ada niat untuk sengaja menimbulkan sentimen kepada mana-mana pihak.
1. Bila sebenarnya negeri sabah ini merdeka?
Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Sekali lagi saya sebut, pada 31 Ogos 1963. Ketika menyambut hari bersejarah ini, antara pemimpin-pemimpin negara yang turut hadir menjadi saksi kemerdekaan sabah ialah ialah Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew, Donald Stephen, Mustafa Harun, Stephen Kalong Ningkan, pemimpin-pemimpin British dan lain-lain lagi. Bagi mengumumkan kemerdekaan sabah, maka Gubernur Borneo Utara (Sabah) ketika itu iaitu Sir William Goode, menyatakan secara rasmi “ …..Hari ini adalah hari bersejarah untuk negeri sabah, ia menandakan bermulanya pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta berakhirnya perjanjian” (Sabah Times, Jesselton, 31 Ogos 1963.
Dalam ucapan mulia gubernur tersebut, dapatlah ditarik tiga inti utama iaitu:
i). Bermulanya pemerintahan sendiri;
ii). Kemerdekaan;
iii). Berakhirnya perjanjian, iaitu perjanjian dengan pihak British.
2. Bagaimana sabah boleh tergabung di dalam Malaysia?
Selepas sabah merdeka di bawah British pada 31 Ogos 1963, maka Tunku Abdul Rahman membawa misi ke Borneo untuk mengajak Sabah dan Sarawak turut bergabung dengan Malaya, selain Singapura untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Tawaran Tunku Abdul Rahman ini diterima oleh pemimpin-pemimpin Borneo Utara (Sabah) ketika itu DENGAN SYARAT bahawa harus ada 20 ISI PERJANJIAN antara Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri ketika itu, dengan para pemimpin sabah yang mewakili seluruh etnik di sabah. Perjanjian itu pun di materai bersama dengan nama PERJANJIAN 20 PERKARA, yakni terdapat 20 Perkara Utama yang sangat mendasar serta sebab utama mengapa sabah menyetujui tawaran Tunku Abdul Rahman ketika itu. Setelah ditandatangani perseujuan bersama, maka Sabah, secara sah bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963. Tepatnya, penggabungan tersebut adalah ‘Bergabung Dengan Syarat’. Keseluruhan isi kandung 20 perkara tersebut adalah merujuk kepada Hak dan keistemewaan bagi rakyat dan negeri sabah sendiri.
3. Adakah Sabah ini sepatutnya disebut Negeri atau Negara?
Perlu anda ketahui bahawa, di dalam kandungan 20 Perkara, Sabah menurut Perkara 4 (1) dan Perkara 5(1) (a-b), menyatakan bahawa Sabah adalah Negara. Perkara 18 pula iatu tentang nama ketua negeri, disebut bahawa Nama Ketua Negeri ialah Yang Dipertuan Negara, bukannya Yang Dipertua Negeri. Oleh sebab itu, sejak sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 sampai 16 September 1963, Sabah adalah sebuah NEGARA. Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya akhirnya Berjaya bergabung bersama lalu membentuk Kerajaan yang disebut MALAYSIA namun singapura tidak kekal dan bertindak keluar daripada Malaysia.
Inilah fakta sejarah sabah. Kenapa para sejarawan negara kita tidak menyatakan perkara ini secara jujur dalam tulisan-tulisan mereka? Kenapa perlu disembunyikan? Kalau pihak Putra Jaya tidak dapat menerima hal ini, kenapa rakyat sabah tidak diajak berbincang secara diplomasi untuk memperbaiki atau mencari kesepakatan bersama. Kenapa bila rakyat sabah bercakap pasal Perkara 20 ini dianggap terlalu sensitif? Bahkan di zaman rejim Mahathir dulu, siapa cakap pasal Perkara 20 langsung disumbat dalam ISA. Waktu menandatangani Perjanjian ini dulu tidak dianggap sensitif, tapi kenapa sekarang rakyat sabah minta dikaji semula hak-hak tersebut, lalu dianggap sensitif, malah lebih parah lagi bila rakyat sabah dibutakan daripada fakta sejarah negeri sabah sendiri.
Sebagai rakyat sabah, dan juga rakyat Malaysia, tidak salah rasanya jika saya menyeru kepada semua pihak, baik para pemimpin negeri dan juga pemimpin pusat, tolong jangan hipokrit dalam menyatakan kebenaran. Jangan juga menipu tentang hal sebenar. Ayuh!! Katakan saja sejujurnya…biar rakyat tahu tentang sejarah yang betul. Kami rakyat sabah siap menerima segala bentuk perbincangan asalkan kami tidak dibohongi seperti ini. Mungkinkah ini yang disebut sebagai……penjajahan minda!!!!?
“Jangan sesekali menyimpan barang busuk, sekali waktu akan tercium juga”
September 4th, 2008 at 6:19 am
nice…jadi mata pelajaran sejarah yg sya pelajari waktu sekolah dahulu dengan buku2 tex murahan yg d jual oleh sejarahwan lama adalah palsu.cuma mengaitkan hak melayu,cina dan indiah sja.dan langsung tidak d ceritakan bila masa sabah dan sarawak masuk malaysia. TERNYATA TUAN TUAN DAN PUAN MINDA KITA D JAJAH.
September 5th, 2008 at 12:11 am
(Daily Express) - Parti Keadilan Rakyat (PKR) said implications for Sabah and Sarawak to accept Malaya’s independence date (Aug 31, 1957) as Malaysia’s Independence Day is to deny and distort the facts of history and to disregard the importance of Sabah’s own independence from Britain.
“Sabah and Sarawak are not part of Malaya, neither did we join Malaysia.
Sabah, Sarawak, Singapore and Malaya (all independent state entities) came together to merge and form a Federal Government to govern a federated nation called Malaysia.
“Such a nation was only formalised and declared on Sept. 16, 1963,” said PKR Vice President Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
According to him, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Barisan Nasional (BN) must decide whether Sarawak and Sabah are important variables in the Malaysia equation or only Malaya is.
“If yes, then Sept 16 should be declared a public holiday,” he said, pointing out that he disagreed with Najib’s reasoning for rejecting Sept 16 as a public holiday. “Sabah and Sarawak had nothing to do with Malaya’s Independence in 1957 so why should we be forced to mark that day?,” he asked.
September 16 should be Malaysia’s National Day as that is the day Malaysia was born and it is more meaningful as Sabah, Sarawak and the peninsula are featured together on this date.
“If we really want to promote national unity and territorial integration, we can then share and celebrate a common date or anniversary. That being the case, Sept 16 should be declared a national holiday,” he said.
As for Aug 31, he said it can be celebrated separately as Independence Day for the peninsula (1957) and Sabah and Sarawak (1963) as the years are different.
“Celebrating Malaysian Independence on Aug 31, 1957 does not make sense for two reasons namely, Malaysia only existed in 1963 and Sabah and Sarawak have no feeling of affinity or connection to 1957,” he said.
September 5th, 2008 at 3:35 am
KADANG-KADANG SAYA MARAH JUGA NI…
BODOH BETUL ITU AHLI-AHLI SEJARAHWAN MALAY-SIA(2X) KITA DULU, ADAKAH DIA MASUKKAN DALAM BUKU-BUKU SEJARAH DI SEKOLAH YANG SABAH DAN SARAWAK INI ‘MASUK’ DALAM MALAYSIA. MENGHINA BETUL DENGAN KEDAULATAN ORANG-ORANG SABAH DAN SARAWAK. SEPATUTNYA ‘BERGABUNG’ LAH…BAHALUL!!
September 8th, 2008 at 5:12 am
Sa rasa bagus kita kasi forward2 tu 20 Perkara di email2 secara besar-besaran. Sa pasti, ramai yang tia tau tu. Sa dulu belajar sejarah pun dikatakan Sabah dan Sarawak MENYERTAI Malaya untuk membina Malaysia.
Dan mcmana pun urang-urang kita keluar newspaper cakap pasal ni 20 PERKARA, mana da pun tindakan. Kita tida tegas bah. Cuba tegas skit. Baru durang tau kita btul2.
Apa durang nda panas ka durang x kana peduli pun. Mcm ‘menyalak bukit’.
September 8th, 2008 at 9:33 pm
saya sangat setuju dengan artikel diatas. sudah terang lagi bersuluh, tak payah lah nak cerita panjang2. cukup lihat fakta sejarah. perkara ini perlu diberi perhatian serius untuk mengelakkan kekeliruan dan memperbetulkan fakta sebenar.
September 9th, 2008 at 8:28 am
mengapa sambutan hari kemerdekaan tahun ini tidak begitu d hayati 31 ogos..? ramai yg mengatakan sebab kita suda lupa tarikh 31 ogos adalah kemerdekaan MALAYSIA.sya setuju..tapi jelas fakta d sini hanya menceritakan sabah dan sarawak masih d jajahan inggris ketika itu.dan kalau bukan keranamu malaysia dan bersatu ketika itu kita tidak mungkin jadi seperti sekarang.iyakan?…..
ternyata semua orang malaysia tidak suda peka 31 ogos kita merdeka kerana bersatu.
CUMA MASALAH D SINI TIADA TERTULIS DALAM SEJARAH SAJA BAH! KITA BETENGKAR PASAL BUKU TEX SAJA. HAHAHAHAHA… walau bagaimanapun saya tetap ANAK MALAYSIA. DEMI TANAH AIRKU YG TERCINTA.
September 9th, 2008 at 8:39 am
MENGAPA SYA MENULIS TENTANG SINGAPURA? KERANA SINGAPURA MAJU..
kenapa sya kaitkan soal ini.kerana kita sepatutnya jadikan singapura sebagai contoh negara yg terbaik!kerja bukan gunakan mulut lebih,tapi lebih kepada tangan yg sepatutnya bergerak empat kerat supaya maju.beginila situasi d sini.aku sendiri boleh mengucapkan syukur kerana dapat berkerja d singapura.
setiap kemerdekaan singapura sya mesti tidak lepas untuk menyaksikanya d pusat bandar.sya suda 4 kali menyaksikanya.kemeriahan yg d rasai bersama.bunga api yg cantik2 hahaha..
sedari.. saya, amat menyedihkan sekali sabah dan sarawak masih menuntut kemerdekaan yg suda d merdekakan.
apa ini?..buku tex pun jadi issu.apalagi politik..macamana mau maju? arrr macam singapura?:)
September 10th, 2008 at 6:56 am
Mimang suda lama perkara ini diperjuangkan….tapi nampaknya…macam tidak pernah mendapat perhatian…mmmhhhh….nda payah ….payah cakap kita pun tau sepa yang bertanggugjawap tu….
Bagi kita… dan generasi muda…pikirkanlah apa yang terbaik dan apakah sumbangan anda terhadap tanah air kita yang tercinta….
Pernahkah kita bersyukur hidup di atas bumi yang penuh dengan khazanah ini….
Marilah sama2 pikir…………………..
September 10th, 2008 at 11:35 am
berapa byk la inda puas hati apa la..tp lepas 2-4 bulan d mana pigi semua tu bising2 tu ah..bgs diam2 saja dan terima atau diam2 buat sesuatu lg bgs..haha..
September 10th, 2008 at 1:09 pm
Semua masalah ini berpunca dari PEMIMPIN yang TIDAK PANDAI MEMIMPIN.
September 11th, 2008 at 5:26 pm
satu isu yang menarik…
dan saya memandangnya bukan dari sudut fahaman politik…
Ya…setuju dengan sepatutnya Malaysia merayakan pembentukan MALAYSIA pada 16 September
Ya…fakta fakta sejarah seharusnya lebih banyak dikongsikan dan diperbetulkan. Sumber - sumber sejarah yang ada harus didedahkan.
ehek…brader tompios..saya kasi masuk ko punya comment dalam blog coret conteng sia aa…
kalau tia bulih…kasi tau sia..
September 12th, 2008 at 5:36 am
Hi semua generasi muda sabahan…mari kamu semua join ni sabah forum dalam website ni http://www.sabahforum.com/forum/viewforum.php?f=14 . Dalam website ni, kita akan berbincang denga detail pasal sabah. Sebarkan website ini kepada semua orang terutama generasi muda….Marilah kita semua bersatu dalam satu nama…SABAHAN!!!
September 12th, 2008 at 7:08 am
Do come to my blog and feel free to leave your comment there…Jangan malu-malu kio…
September 12th, 2008 at 7:09 am
Do come to my blog and feel free to leave your comment there…Jangan malu-malu kio… http://sabahanblog.com/truelysabahan/
December 11th, 2008 at 5:57 am
Betul dan Tepat.Sejarah ini adalah dalam aspek fakta dan perlu diambilkan pembetulan utk generasi masa depan.
http://kudee.tblog.com/
January 11th, 2009 at 5:38 am
In fact, we are a member of malaysia, NOT a slave state of malaysia. Federal government never look the day 16 septermber seriously because they are trying to dissolve us to be part of them…
I’m passing a very clear and straight forward message here, should the federal government continue neglecting us, we will retrieve from the federal one day, NO POLITICAL GIMMICK can stop us if we determine to do so..
Based on the treaty between fed. and state gov. (20 points) Malay is the national language and English remain to be the Official language of sabah, so any decision made by the federal government to enhance the usage of malay and surpress english should not be implemented in SABAH.. Both languages are equally important. National language doesn’t mean that it’s status is higher. Look at singapore..
Apparently, Federal government is trying to reestablished sabah identity, so that they can simply manipulate the later generation of sabah easily.
PLEASE CORRECT ME IF ANY INFO. PROVIDED HAPPENED TO BE FABRICATION BY MISTAKE
January 20th, 2009 at 11:11 am
saya sangat berminat dengan fakta di atas….
saya melihat fakta ini bukan dari sudut politik….tapan fakta
melihatnya dari sudu hak dan fakta untuk negeri kita ini….
bila hari kemerdekaan jak untuk melaya,bukan main meriah..
itu ini iklan keluar…..
tapi kita orang sabah tidak sedar bahawa kita merdeka 16 sept…
cuba kita imbas2 kembali pernah kah kita sambut kemerdekaan 10 sep itu segempak menyambut kmrdekaan 31 ogos….
time 30 ogos suma orang tak tdur sampai jam 12.00….
sanggup tgu kesejukan oh…
habis jak 31 ogos tiada org pun yang bercerita ttg hari kmerdekaan sabah sarawak……..
1.saya sangat sokong suma pendapat korang..terutamanya eugene..
2.pemimipin tu jalan kan lah tanggungjawab anda suma…
so my conclusion,,,,
kita hidup under sabahan and bukannya di bawh negeri2 melaya tu,,,…
January 29th, 2009 at 10:11 am
saya sokong butul pndapat engineertanakvagu, masa orang sabah kecoh pasal sejarah ni, kita terlupa siapakah yang sepatutnya memperjuangkan atau memperbetulkan sejarah, sudah pasti pemimpin2 negeri sabah jawabnya….. tapi sedihnya dorang2 ni diam sj…. terutmanya yg YB2 BN…. nak tuntut 20 perkara pun takut…… perasan tak, menteri2 negara skarang asyik cakap pasal hak2 orang melayu …… tapi hak bumiputera sabah macam mana…….. kalau ada pemimpin kerajaan negeri sabah atau YB2 baca blog ni, saya seru kepada anda semua…. jgn asyik fikir pasal kedudukan anda semata - mata……. hanya kerana kedudukan yg tdk boleh bawa mati rakyat sendiri terpinggir………. sudah- sudahlah jadi pengampu kerajaan persekutuan……… think about it………..
February 23rd, 2009 at 6:14 pm
sekali lagi banyak perkara yang saya setuju dengan orang2 sabah ni, orang india dgn Hindraft boleh bersuara untuk hak-hak orang india. orang sabah juga boleh buat, suarakan perjanjian 20 Perkara yang menjadi landasan untuk membentuk negara Malaysia. nama sja ramai orang sabah berpendidikan tapi seorang diantara kita tak ada yang mampu buat sesuatu.YB pun semua tiada fungsi,kejar jawatan dan pangkat saja untuk dapat duit poket sendiri. apa ni?..Siapa boleh jadi ketua kita buat sesuatu biar semua orang sedar dengan hak-hak orang sabah. Sebelum terlambat!
April 5th, 2009 at 7:57 am
sememangnya sudah banyak perkara yang timbul mengenai dengan bagaimana sabah merdeka. siapakah pemilik sabah yang sebenar?
soalnya mengapa indonesia dan filipina menuntut sabah dari kerajaan malaysia?
kalau di perhatikan sebelum kemerdekaan tanah melayu dan kemerdekaan sabah dan sarawak indonesia berhasrat untuk membentuk sebuah negara yang merangkumi indonesia, semananjung malaysia, dan kepulauan borneo.
namun malaya terlebih dahulu mengambil tindakan dengan mengajak kerajaan sabah, sarawak,singapura dan brunei untuk menyertai gagasan malaysia.
itu lah sebabnya indonesia sampai sekrang masih lagi terimpi-impi untuk melaksanakan impian mereka untuk membina empayar indonesia raya meraka itu.
melalui hasil selidik sya. dahulunya sabah dan sarawak dikuasai penuh oleh brunei atau dengan kata lain hampir seluruh kepulauan borneo adalah milik sultan brunei sehinggakan manila juga merupakan sebahagian daripada wilayah sultan brunei (sultan brunei yang ke 5 berjaya menawan manila iaitu sekitar tahun 1473-1521).
1893 rajah kulit putih iaitu king brooke, yang membantu sultan brunei untuk mengalahkan pemberontakan pada ketika itu telah dikaruniakan gelaran gabenor di sarawak. dan selepas itu king brooke melancarkan operasi membesarkan wilayahnya sehingga berjaya menguasai sepenuhnya sarawak ( yang ada pada ketika ini). dan pemerintahan beliau berakhir dengan menyerahkan sarawak kepada kerajaan british.
british north borneo company mulai menguasai sabah pada tahun 1888, dengan menyewa sabah dari kerajaan brunei ( brunei tidak menjual sabah kepada british ) kerana kesukaran untuk mentadbir sabah yang terlalu luas oleh itu brunei menyerahkan tugas untuk menjaga dan meneroka sabah kepada pihak syarikat. syarikat british tersebut meneroka segala hasil bumi yang ada di sabah. British menguasai sepenuhnya sabah sehingga pada tahun 1963 iaitu pada tanggal kemerdekaan sabah. dan sehingga kini sabah tidak pernah dituntut oleh brunei dari malaysia.. kenapa pula indonesia yang gila dengan misi INDONESIA RAYA ingin menuntut sabah? Dan kenapa pula FILIPINA yang dahulu sama² menjadi wilayah tadbir Brunei ingin menuntut sabah??
sudah dikatakan sendiri dalam sejarah NEGARA brunei bahawa seluruh sarawak dan sabah sehingga ke manila adalah di bawa kekuasaan sultan brunei. So sendiri mau ingat lar..
April 5th, 2009 at 7:59 am
sayang sekali kerajaan pusat telah mencabuli hak kita yang tertulis dalam 20 perkara, sebagai RAKYAT SABAH yang merdeka kita telah dianaktirikan..
June 24th, 2009 at 1:45 am
PERJALANAN HARUS DITERUSKAN TAPI BIAR BEKALAN DAN LATAR BELAKANG KITA TIDAK DILUPAKAN.
BEBERAPA PERSOALAN LAIN SAYA INGIN USULKAN MEMANDANGKAN MASYARAKAT SABAH SEMAKIN BIJAK DAN MEMAHAMI SITUASI SEMASA?
CUBA ANDA LIHAT DI SEKELILING APA YANG KERAJAAN TELAH BANGUNKAN UNTUK KITA? JALAN RAYA, BANGUNAN TINGGI, BEKALAN ELEKTRIK YANG BERTIANG DI ATAS TAPAK HAMPIR 1 EKAR, ELAUN KEPADA PENJAWAT KERAJAAN SEPERTIMANA PENJAWAT DARI SEMENANJUNG DIHANTAR KE SABAH ( pernah satu ketika kawan dari UPSI yang berasal dari semenanjung, dia berminat untuk ditempatkan di Sabah kerana terlalu banyak eaun yang diberikan. Yang melucukan ada ELAUN KELAMBU ) seingat saya seteruk2 kemudahan perumahan guru di sabah yang disebabkan oleh peruntukan kerajaan yang tidak sampai saudara guru dari semenanjung tetap diberikan keutamaan.BAGAIMANA DENGAN HASIL BUMI KITA,(sedangkan LOMBONG MAMUT satu ketika dahulu meletakkan daerah RANAU antara aset penting negara disimpan segala maklumat jelas yang Lombong itu sebenarnya turut mengeluarkan “EMAS” rebutan kebanyakan negara di dunia kerana cuma MINEREL ini yang mempunyai nilai stabil untuk menjaga ekonomi sesebuh negara.
Tidak selesai dengan ini masih banyak perkara yang sebenarnya tidak diketahuai atau hanya dipandang mudah oleh generasi dan masyarakat yang sepatutnya pandai dan berani menuntut milik dan haknya.
July 1st, 2009 at 11:48 pm
” Federal government is trying to reestablished sabah identity, so that they can simply manipulate the later generation of sabah easily”..yg ni saya stuju juga..apa yg kita terima skrg akan membentuk satu identiti generasi sabah yg baru bersesuaian dngn kehendak dorng..SABAH BARU.:-). Anyway, kalau skrng ni kita masih x cukup berani menyuarakan hak kita..what we can do is..kita harus uar2 kan kebenaran sejarah. kalau tidak..ia akan berkubur begitu sj. 20 perkara harus diteliti oleh semua rakyat sabah, sya percaya ramai yang tidak tau terutama yg di kg2. kita adalah mangsa kepincangan pemimpin masa lalu..so kita harus perbetulkan apa yg sepatutnya. saya bukanlah expert pasal politik ni, tapi saya setuju dan menyokong inisiatif memperjuangkan hak serta keadilan.