Aug 25

Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,

Apa kabar? Harap2 baik la aaaa..
Banyak blog entry yang tertinggal nih. Berlambak di bahagian drafts. Setelah berfikir, sa delete draft2 yg tidak perlu. Contohnya pandangan sa terhadap Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh, tentang BERHENTInya sudah pembanterasan PATI/PTI di kawasan ini (ada penjelasan mengatakan pihak tersebut sedang FOKUS kepada pilihanraya. Yalah, Sabahan ni kan RAKYAT KELAS BAWAHAN, bulih la dikasi uncit apa-apa hal sini).

Wah, belum-belum lagi sudah ada emosi di situ.
Sebenarnya sa mo menulis bukan didorong dengan emosi, nanti kata-kata yang keluar, bukannya berasal dari akal fikiran tetapi datang dari perasaan yang akhirnya boleh menampakkan kelemahan diri sendiri, selanjutnya menuju entah ke mana. Tiada arah tuju. Sasat.

Bila diamat-amati, blog sa ini banyak dipenuhi dengan artikel-artikel yang berbaur “anti-kerajaan” dan bersifat kritis, mengomplen.
Lepas itu, laras bahasa yg sa gunakan semakin banyak berubah, daripada laras bahasa seorang Sabahan yang ingin menulis blog dengan menggunakan Bahasa Melayu “Pasar” Sabah kepada menggunakan laras bahasa yang lebih….. “skema”.

Sa sedih dengan perubahan itu. Sepatutnya sa menulis sesuatu yang menggembirakan. Blog dan Internet bukannya segala-galanya tentang politik. Kalau mo baca blog politik, ada beratus-ratus di tempat lain. Boleh baca sampai muntah.
Dan penulis-penulisnya bukan alang-alang. Kalau kamurang mo membaca blog politik, selalunya apa yang kamurang tengok dahulu? Adakah isi atau tajuk yang dikupas atau di’blog’kan itu atau SIAPA PENULISNYA?

Selain daripada blog-blog yang menceritakan tentang hal peribadi, hal saya pergi sini saya pergi sana, “camwhoring”, resepi, tagging-menagging, gossip dan sebagainya, sa amat meminati blog yang mempunyai
1) Sesuatu untuk difikirkan
2) Sesuatu untuk dilihat
3) Sesuatu yang benar
4) Sesuatu yang sa tidak tau
5) Sesuatu yang menghiburkan

Sa percaya, dengan melawat blog-blog yang mempunyai nilai-nilai seperti di atas, sa akan menjadi seorang manusia yang lebih menghargai akan setiap detik kehidupan yang sa alami. Supaya tidak terjadi ‘makan, titul, melakkkk’ (pelat Cina) seperti mana seorang tauke di Tanjung Aru, KK perkatakan semasa zaman kanak-kanak sa dahulu.
‘Jangan jadi macam itu, apa mau makan?’ kata beliau.

Apabila kita menggunakan otak kita selepas membaca benda-benda sebegitu, baru lah ada pula tindakbalas yang dikatakan sebagai ‘respon’ kepada hal-hal yang dibaca. Anu, sa bukan la seorang cendikiawan tetapi apa yang sa pikirkan, boleh sa taip semula di blog ini, utk di’telan’ oleh org lain yang kemudiannya akan mengeluarkan pendapat pula, di sana, UTAK kita akan digunakan, tidak la sia-sia.

Kemudian, isi yang hendak disampaikan perlu JELAS.
Sa rasa entry sa ni tidak jelas. Sebab sa sendiri pun kabur-kabur.
Ujung-ujung, orang yang melawat akan tepuk dahi dan berkata “apa bah si Gaman ini melalut ni? Terlebih montoku ka?”.

Sa tida pandai minum montoku ah. Sorry. Dulu parna la mangkali, tapi skrg sudah tua-tua ini, insap sudah.

OK, sampai lah waktu sa mo ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka (yang ke 51). Lantak la kamu. Malu juga mo cakap, tapi Sabah dan Sarawak join Malaya pada 1963 membentuk sebuah negara bernama “Malaysia”. Jadi, hari Merdeka yang kita sambut ini, sebenarnya Hari Merdeka Malaya. Bukan Malaysia.

Ahh.. Sa malas lah mo cakap pasal itu. Hari tu bukan main lagi ahli-ahli politik Sabah kita bercakap pasal benda tu di surat-surat khabar. Orang semua sudah tau. Tapi bila ada orang atasan cakap “HOI! Jangan kamu cakap pasal itu. Sensitif itu”. Terus tediam kan ahli politik kita. Teda ba yang boleh diharap politikus di Sabah ini.
Kamu mo harap si BigFoot yang kuat cakap perempuan bocor, dan siap bagi isyarat lucah lagi di Dewan Parlimen? Sorry lah.

Apa-apapun, sejauh mana bergolak pun politik negara kita, jan la sampai kita terpaksa betatak sama sendiri suatu hari nanti. Tulunglah.

Aug 19

Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,

Merujuk kepada tajuk entry ini, ditujukan khas buat Sabahan (atau di mana-mana saja yang ada raid utk membanteras PATI/PTI).
Mengikut pemerhatian anda (yang prihatin), sampai mana sudah proses dia?

Baru-baru ni kazen sa belanja makan d satu restoran di kawasan siring pekan Keningau. Kalau anda biasa dengan daerah dan Pekan Keningau, anda pasti tau tu tempat. Dekat dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Ingatkan askar (ataupun petugas pembanteras) hanya bergerak pada waktu siang. Sebab time siang, semua PATI/PTI yang dahulunya GAGAH bergerak di Keningau, yang menjual ikan di siring Riza Bistro, yang menjual sigup di kaki-kaki lima, yang melepak-lepak di tangga kedai, yang mengambil upah menjahit di kaki lima, yang bawa teksi sapu, semuanya hilang dengan MAGICnya.

Rupanya malam pun ada bertugas askar-askar ni. Bravo!
Makan punya makan, nokotigog my heart (terkejut) apabila ternampak askar tadi mengelilingi salah satu meja dalam restoran tu. Skali ada la pula si OM di sana. Bekaras si OM apabila nampak tu askar. Muka dia pun hanya pandang satu hala saja. Dia langsung tidak melihat sekeliling suda. Orang putih cakap, “stunned”.

Mengikut yang sa dengar, hanya PATI/PTI yang tidak mempunyai PAS PERJALANAN yang SAH sahaja akan ditangkap.
Ada bah juga mereka-mereka ni yang betul-betul mau SAH berada di sini. Di kawasan tempat tinggal sa ni rata-ratanya adalah dikalangan pendatang (tidak tahu PATI/PTI atau tidak).
Apa lagi blok A nih. Kalau anda jalan kaki waktu petang, dengar lah suara-suara orang bercakap dalam bahasa Tagalog diikuti dengan ketawa mengilai-ngilai.
Well I don’t care, itu hak diorang mo becakap mcm tu. Cuma, hairan juga. Bila ada raid baru-baru ni, hilang lah semua ketawa-ketawa tu.

Ada juga insiden lawak (lucu). Tengok post dari dbosFM, atau tgk gambar-gambar di bawah ni (courtesy of dbosFM).

pati-lawak1

pati-lawak2

So macamana sudah?

Aug 13

Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,

Apa khabar semua?
To fellow Sabahans, macamana RAID d tempat anda? Datang ka pulis ke kawasan anda untuk mencari PTI? (Atau PATI?).

Sekarang ini lah benda hangat yang berlaku. Kalau di tempat sa ni, sa dgr betapuk-tapuk sudah tu PTI. Yang lain sebenarnya datang ‘dengan izin’ (ada Pas Perjalanan). Tapi selepas lama-lama tinggal sini, boring sudah durang mo membayar tu Pas. Durang ndak renew. Jadi tetap jadi illegal la keberadaan durang sini. Apa bulih buat.

Ada juga yg sudah renew pas. Tu sudah menunaikan kewajipan tu. Sa kagum juga sama durang, sbb durang datang dengan izin dan ada pas perjalanan yang sah, tapi durang lebih humble dari PTI-PTI yg tia sedar diri tu. Ada yang teda pas langsung tapi buli pula beteriak-teriak di tengah jalan. Nuisance.

Sebenarnya yang membuatkan orang tempatan benci kurang senang dengan kehadiran PTI ini ialah, perangai dan tabiat yang mereka bawa.
Sesetengah bangsa PTI ni sangat mengagung-agungkan bangsa mereka sendiri. Tidak takut lah. Pantang dicabar lah. Sampai famous slogan “Pantang Lari Kecuali Checking

Memang lucu. Tapi sekarang tidak payah lari. Asalkan ada duit, boleh sudah ‘membeli’ kerakyatan atau senang dilepaskan oleh pihak berkuasa yang korup. Apabila ada raid besar-besaran macam ni, baru lah yang korup-korup dan kurap-kurap tadi malu sikit mo ‘meminta’. Sebab kalau tia silap sa, selain pulis, askar juga dilibatkan. Jarang sekali dengar askar menerima rasuah. Pulis menerima rasuah, depan mata pun pernah nampak.
Jadi askar-askar, jangan kamurang pula belajar aaaaaa…

OK. Pesanan, jika PTI2 tersebut mo lari, mungkin dalam keadaan terdesak, mereka akan panik dan melakukan perkara-perkara yang berada di luar dugaan. Kamurang jaga-jagala. Silap-silap dorang mau bertapuk di rumah kamurang. Habis kamurang diikat dalam almari. Nda ka sandik tu?

Lebihkan alert.
Lebihkan awas.
HAPUSKAN PTI!

Aug 12

Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,

Salah satu penyakit sebagai seorang manusia ni, lebih-lebih lagi, sebagai seorang yang selalu berdepan dengan monitor komputer. KEBORINGAN.

Tidak kira lah sama ada anda ialah seorang blogger ka atau bukan ka, mesti ada masanya anda akan rasa buring bukan main lagi. Buring seburing buringnya.
Senario sa, sa akan masuk IRC (Internet Relay Chat) dan meng’idle’kan diri. Atau istilah sana, ‘park nick’. Ia adalah satu perbuatan yang amat memboringkan.

Untuk menghilangkan boring, buli juga membaca entry dari blog-blog yang selalu dilawati, atau selalu di’bloghopping’i. Baca apa durang punya aktiviti atau luahan. N den bagi pendapat. Atau lawat saja, baca dan termenung. Akhirnya browser pun ditutup.
Atau p baca random blogs. Bagi sa sendiri, sa akan menghabiskan masa berjam-jam merenung hasil karya kreatif di deviantart.com
Kemudian merungut sendiri bahawa diri sendiri sepatutnya memulakan sendiri satu akaun Deviantart dan berkongsi dengan kawan. Sa boleh melukis kartun, tapi kampung-kampung lah. Tidak lah secantik yang dilukis oleh otai-otai di Deviantart.

Lepas tu, semua laman web berita akan dilawati. Selalunya bermula dengan Berita HAIRAN. Berita arus perdana yang selalunya mengampu kerajaan. Jika ada kebaikan yg dilakukan oleh parti pemerintah, akan disiarkan tetapi jika ia dilakukan oleh parti pembangkang, jarang sekali disiarkan. Mungkin tiada langsung. Peduli lah. Sekurang-kurangnya boleh la tau serba sedikit kepala berita apa yang keluar.
Apabila keboringan, tabloid seperti Malay Mail pun di baca! Atau NewSabahTimes yang lembab betul dalam mengupdate laman webnya. RSS FEED pun tiada. Hmm…

Sebenarnya satu ‘penyakit’ bahaya apabila anda bosan dan mula berfikir benda-benda yang tidak sepatutnya. Macam sa baru-baru ini, tiba-tiba pula membuang ‘filter’ di Google Image Search.

Pernahkan anda mendisablekan filter tersebut? Sekali buang. Wah! Banyak betul gambar teda baju yang keluar. Bila nampak 1, akan cenderung lagi untuk melihat yang seterusnya.
Surfing utk porn di Internet ni, sa rasa, amat ‘lame’ lah. Sebab sa sendiri, dengan tidak malunya, pun pernah berbuat demikian. Bila benda tu balik-balik dilihat, akan menimbulkan kebosanan tu bos. Nanti bini pun malas ditinguk. NAH! itu kan masalah suda tu. (Itu pun kalau tia kedapatan sama bini, meninguk benda-benda mcm tu. kalau kenapatan! habis!)

Jadi apakah solutionnya kepada keboringan?
SHUTDOWN lah.

dan keluar dari rumah. Cari tempat yang mempunyai udara segar.
Sa baru-baru ini ke Ranau dan ke Kundasang. Ikut jalan Keningau - Tambunan - Ranau.
Memang jalanraya sana masih teruk (setelah sekian lama? apa tindakan wakil rakyat sana?).
Menghirup udara segar, sambil melihat pemandangan saujana mata memandang di Kundasang dan sekitar Ranau (yang jarang dilihat di Keningau ni), hilang pula boring sa.

Bagi yang berkeluarga, bawa la tu bini dan anak-anak jalan p berkelah ka apa ka. Mengeratkan hubungan kekeluargaan tu.

Aug 5

Salam sejahtera semua, nampaknya sa rajin betul ni ari sampai mau post 2 entry dlm hari ini. Eseh.
Bukan apa, lama tida post entry kan. Bz, sekarang bulan 8 suda. Tida abis-abis gerak gempur untuk budak-budak UPSR.

Ok lah, kali ni, post mengenai artikel dalam Berita HAIRAN.
Bukan sekali atau dua kali sa nampak artikel sebegini. Macam dalam bulan lepas pun ada, bulan-bulan lepas, tahun lepas, pun ada!
Apa rakyat ni mo di’sound’ balik2 ka oleh orang-orang ni?
Ka diorang yang tia baca newspaper ni sampai mengeluarkan balik kenyataan yang ‘orang lain suda katakan’. ATAU, si wartawan berita HAIRAN lah yang betul-betul mengHAIRANkan.

Tajuk tu artikel ialah “Perbincangan sentuh sensitiviti kaum, agama perlu dielak”, link.

Artikel tu berbunyi PROOOT macam kentut kamurang. Hahahahaha. Ndak bah. Bunyi nya mcm ni –>

PUTRAJAYA: Sebarang perbincangan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini perlu dielakkan bagi memastikan keharmonian masyarakat setempat tidak terjejas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata perbincangan seumpama itu jika dibiarkan berterusan, dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai salah faham yang akan mendatangkan implikasi buruk kepada rakyat jelata.

Walaupun kerajaan menggalakkan perbincangan secara terbuka yang boleh memberi kesan kepada rakyat, namun jelasnya ia perlu dilakukan dengan penuh berhemah.

“Perbincangan dalam konteks kebebasan dan dalam konteks untuk membincangkan dengan semangat terbuka, ia ada (pengaruh) positif dan negatif.

“Memang kita menggalakkan membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kesan kepada rakyat, tapi dalam masa yang sama kalau ada perkara yang boleh menimbulkan kesan kepada sensitiviti, menyentuh perasaan kaum, agama atau benda yang boleh membangkitkan salah faham, ia perlu kita elakkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini. - Bernama

Sa rasa terpanggil untuk cakap pasal benda ni, ialah kerana, terkilan.
Terkilan, setelah KONON-KONONnya kita sudah merdeka selama 50 TAHUN, fikiran kita langsung tidak berkembang.
Isu seperti ini, pada pendapat sa, dikatakan SENSITIF, sebab TIADA individu yang SANGGUP mengetepikan EMOSI dalam berbincang hal-hal seperti ini.
Setiap individu, akan pro kepada benda-benda yang dipegang. Contohnya, sa mengambil contoh kaum sa sendiri, iaitu kaum DUSUN. (Supaya kaum lain tidak tersinggung - PULAK!)

Stereotype kepada kaum DUSUN ialah, ARAMAITI!, perkataan itu dilaung-laungkan oleh orang kita, Sabah, dengan berkobar-kobar dan penuh semangat. Ya, sebagai seorang berbangsa Dusun, sa faham benar dengan perkataan itu. Walaupun ia boleh didefinisikan dengan perkataan “Meriah” atau “Ramai Orang”, tetapi maksud sebenarnya ialah berkait rapat dengan “happy hours” atau “bersukaria”.

Jadi, “aramaiti” tadi ialah aktiviti-aktiviti seperti bersukaria dengan kehadiran minuman-minuman yang memabukkan seperti tapai, montoku, arak dan sebagainya.
Jadi, DUSUN, stereotype nya ialah ARAMAITI?

Ada orang Dusun yang akan setuju dengan stereotype itu dan ada juga yang tidak bersetuju.
Ada yang bangga, dan ada yang malu. Terpulang kepada diri sendiri. Tiada yang paksa.

Pernahkah kamurang bercerita atau berbincang dengan kawan-kawan mengenai benda ni?
Sa pernah, dan setakat ini, rata-rata kawan yang berbangsa Dusun seperti sa, tidak bersetuju dengan stereotype tersebut.
Kenapa? Sebab stereotype itu NEGATIF. Walaupun ada pendapat mengatakan dengan ‘aramaiti’ itu, kita akan dapat mengeratkan perhubungan sesama kawan, malah jika BOS bawa kita p CLUBBING pun, kita akan ‘aramaiti’ juga. Dan si BOS tadi akan ‘kamceng’ dengan kamu sebab kamu ‘boleh aramaiti’.

Harus diingatkan disini, kita melihat benda tu dari dua perspektif.
Kalau kamurang nampak negatif, maka negatif lah ia dan kalau kamurang menjadikan ia negatif, maka negatif la yang akan menimpa anda. Contohnya, budak sekolah yang telampau ‘aramaiti’ sehingga drop out dari sekolah, akhirnya tidak mempunyai pendidikan yang sempurna dan seterusnya menjalani hidup yang susah.

Kalau ‘positif’ pula, bila si BOS bawa jalan-jalan untuk ‘entertain’ client, banyak ‘peluang business’ akan kita dapat, kenal orang-orang baru yang memang rata-ratanya sukakan ‘aramaiti’. (selalunya bos-bos besar pun suka aramaiti).

Berbalik kepada tadi, BERAPA RAMAIKAH ORANG DUSUN yang tidak MELENTING apabila diajukan soalan seperti ini?
Selalunya apabila yang pi bertanya tu ialah dari kalangan kaum sendiri, tahap ‘kemelentingan’ itu tidak lah terlalu tinggi.
Tapi apabila orang dari kaum lain yang cakap, wah wah wah marah betul si Gaman.

Itu lah maksud sa dengan sensitiviti.
Menurut artikel tadi, perbincangan terbuka digalakkan, tetapi mesti dijalankan dengan penuh berhemah.
Selalunya perbincangan terbuka, bukan DEBAT aaa, cuma perbincangan saja, akan disertai oleh bijak-bijak pandai sebagai wakil suara ramai. Dan hasil perbincangan tadi, akan meninggalkan KESAN kepada rakyat.

Adakah rakyat hari ini tidak dibenarkan berfikir secara terbuka, dan secara independent?
Haruskah rakyat diSUAP sahaja oleh apa yang dikatakan oleh ‘pemimpin-pemimpin’ kita?
Sa percaya, rakyat sudah bijak dan boleh berfikir. Kita mempunyai tahap pemikiran bertaraf dunia. Tapi kalau benda seperti “isu-isu sensitif” ini pun tidak boleh dibincangkan, maka ia akan selama-lamanya menjadi tanda tanya.

Benda yang menjadi tanda tanya lah yang akan menimbulkan ketegangan sebenarnya.
Sebab curiousity kills the cat, pernah dgr pepatah tu ka?

Apa-apapun, harus diteliti juga apakah tujuan satu perbincangan itu. Perbincangan mengenai “Agama mana yang betul?” memang akan menimbulkan ketegangan. Walaubagaimana PALUI pun seseorang individu itu, harus lah pandai berfikir akan tahap sensitiviti tertentu.

Yang sa tia puas hati ni,
ada la pemimpin-pemimpin tu, cakap pasal BANGSA dan AGAMA tu sensitif katanya. Tetapi setiap kali UCAPAN, mesti diselitkan tentang CHAMPIONING their own race and religion. They don’t practice what they preach.

Bukan ka itu HIPOKRIT namanya?

Aug 4

Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,

Post ni, khusus untuk Sabahan aaaa. Jadi yang bukan Sabahan, sila la paham akan keadaan urang-urang sini ni.

Politik di negara kita ni semakin hari semakin gawat dan menggegarkan. Bah, dari dulu lagi dia begitu bah kan. Kadang-kadang sa tepikir sendiri, bila lah semua ini akan berakhir? Akan wujudkah persefahaman di antara rakyat majmuk dan berlainan agama yang dibangga-banggakan di negara kita ni?
Selalu sa amat berbangga dengan tagline “UNITY IN DIVERSITY” yang kita pegang ni. Cuma berapa kerat sangatlah manusia yang betul-betul menghargai ‘ketaksamaan’ kita dan melihat sesuatu yang unik daripadanya.

Cabaran untuk hidup berbilang kaum dan agama ini amat lah besar. Ini lah sebenarnya ‘kerja kita’ untuk memastikan generasi hadapan, hidup dengan sejahtera dan tinggi nilai hormat-menghormatinya. Regardless of race and religion, we have our common thing that is very important to us; HUMANITY.

Bah, itu tia paya la sa kasi ulas panjang-panjang. Sa percaya pembaca Internet semuanya bijak-bijak dan berfikiran kritis serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut.

Merujuk kepada perkataan “BIJAK” ini, lucu pula bila baru-baru ini sa ternampak sesuatu yang “BIJAK” dijalankan oleh KERAJAAN kita.
Apa yang bijak? Khusus untuk Sabahan, kita telah mendapat JAMINAN untuk CUBA menyelesaikan satu MASALAH yang sudah sekian lama TERPURUK di Sabah ini. Iaitu jeng jeng jeng!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

P.A.T.I

Bukan pati lembu ah, atau pati ayam ka apa ka. PATI ialah abbreviation utk Pendatang Asing Tanpa Izin. Dulu istilah dia ialah PTI, entah kenapa tiba-tiba ada pula abbreviation PATI ni. Apa? Ada ka Pendatang Tanpa Izin yang bukan “ASING”?
Lucu betul lah bahasa kita nih.
Macam tu perkataan “baru” dan “baharu” juga. Kamurang tia perasan ka perkataan “baharu” digunakan secara meluas di iklan-iklan TV? Tu “baru” mo di kasi ganti ka apa?

OKlah, nanti melalut pula sa. Apa yang sa cakap BIJAK ialah, katakan lah anda ialah seorang POLIS atau PENGUATKUASA.
Bila anda mau menjalankan RAID atau SERBUAN, atau istilah paling senang, RANCANGAN MO MENANGKAP seseorang atau sesuatu tempat itu,
ADAKAH ANDA AKAN MEMBERITAHU SI SASARAN AKAN PERBUATAN / RANCANGAN ANDA?

Bijak betul kan? Bila di dada-dada akhbar, keluarlah INFO / MAKLUMAT mengenai bila dan dimana serbuan untuk menangkap WARGA ASING (lucu betul ada perkataan ‘warga’) tersebut.

Oi! Kalau mau serbu, buat apa bagitau?
Bijak-bijak.

Jadi sekarang ni, jika anda ialah seorang Sabahan sejati, anda akan nampak kumpulan-kumpulan PATI ini menghilangkan diri. Ada yang masuk pi hutan tebal. Ada yang bertapuk entah di mana. Semua siap dengan strategi masing-masing. Alah sebab suda di kasitau kan bila mo kena tangkap.
Nanti sudah lepas operasi, nah bekeluaran balik tu semua.

Jadi, bila kah masalah PATI di Sabah ini akan berakhir? Tepuklah dada oi.

Baru-baru ini sa di’beri cadangan’ oleh seseorang yang bekerja dengan satu Jabatan kerajaan ni, untuk menyenaraikan tempat-tempat ‘persembunyian’ PATI di Keningau, daerah sa ni.
Secara peribadi, sa tau beberapa orang yang tidak mempunyai PAS perjalanan yang SAH, malah ada yang tidak pandai cakap B.Melayu pun. Pilak berabis lah.

Apakah yang perlu sa buat? Kalau anda? :)

Jul 20

Bah apa kabar kawan-kawan?
Macam tiap minggu pula sa punya entry ni. Tiap minggu 1. Tiap minggu 1. Kadang2 dua minggu sekali. Tida produktif betul.
Muahahahha.. Tapi kalau rasa-rasanya sa teda entry sini, mungkin sa ada entry di blog sia yang lagi satu.

Ok, sini sa kasi susun saja la video-video Debat yang hari tu keluar di Astro Bernama.TV sama Astro Awani tu. (Tia sincere betul oh kan, kalau berani, kasi keluar TV1 laaaa… ingat rakyat miskin di Sabah semua ada astro ka? Tgk tv pun pakai bateri / generator).

Ok, sama ada kamu pigi video profile si MalaysianIndian1 di Youtube, atau trus click saja la yang sa kasi list ni ah.

Video dia ada 8 bahagian, sa rasa dia ‘capture’ pakai TV card yang bersambung pigi dekoder Astro dan kasi split sebab file telampau besar. Sebenarnya sa pun buli buat ni (sebab sa pun ada TV card kunun *minta puji*) , tapi teda masa dan kesempatan. Lagipun time dia keudara ni, sa tumpang tengok saja di tempat orang. Karan pun memang pakai generator.

PART 1
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

PART 2
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

PART 3
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

PART 4

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

PART 5
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

PART 6
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

PART 7

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

PART 8
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Kepada siapa-siapa yang rasa-rasa mo save ni video-video, bagus kamu pigi buka dia dari Video list di Youtube sana, lepas tu, bagi mereka yang memakai Mozilla Firefox (pakai la kamurang. jadikan I.E. tu sebagai browser alternatif saja. buruk itu I.E.!), sila install PLUGIN ini –> https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3006

Videos Downloadhelper. Right-click saja, dan save benda pertama yang keluar. Contoh dia dalam gambar di bawah ni. Click untuk “tumbesaran”. Hehehehe

rightclickdownloadhelper

Dia akan save file video tadi sebagai FLASH VIDEO iaitu file yang mempunyai extension .FLV
Kalau kamu tia dapat view, sila download K-Lite Codecs Pack dari http://free-codecs.com/
Kamu punya tau saja mo pilih FULL ka, LITE ka, sendiri punya tau.

OK. Dari video-video ini, kita perhatikan semula dan nilai semula, siapa punya hujah yang LEBIH BERNAS dan bersifat professional. Sa tida la mo cakap sa sokong yang mana satu sebab ini ialah penilaian sendiri. Kalau kita dengar hujah yang kita rasa betul, sila buat research sama ada yang dihujahkan itu boleh pakai atau tidak.

Bila sa baca komen di Youtube, diorang lebih bersifat menghina “struktur luaran” seseorang. Contohnya si DSAI kena cakap muka mcm itu la ini la, dan si Shabery pula kena cakap hodoh dan berbuih-buih mulut.
Ingat la wahai kawan-kawan ku, seburuk-buruk manusia itu, Tuhan juga yang menciptanya. Jadi jangan menghina ciptaan Tuhan, kan dosa tu. Aisehmen. (Rasa cam stai-tai saja mo kasi nasihat urang) Ah kamu tau sendiri laitu.

Selepas download FLV files tadi, siapa-siapa yang mau letak dalam handphone ka, mp4 player ka, buli la download WM CONVERTER dari Download.com. Ni software FREE ni. Buli download pigi macam-macam file lain. MP3 pun buli. Atau kamu download tu TOTAL VIDEO CONVERTER. Sori ini teda link pula.

Ok aaaa…
semoga minggu ini, semuanya yang ok-ok saja untuk kita.
Jaga diri baik-baik dan bak kata seorang ’superior’ sa,

“HIDUP INI HANYA SEMENTARA, UKIRLAH KENANGAN-KENANGAN MANIS”

sa slalu tepikir ni sebab sa menyesal betul masa-masa sebelum ini, sa slalu ukir kenangan pahit untuk sa dan kawan-kawan (well, becampur-campur juga lah kaye).
pastikan kenangan-kenangan manis yang kita akan ukir, jadi cerita tu di masa lain.
Eh melalut suda sa. Bah itu saja ah. Babai

P/S, Ini teda kaitan ah. Siapa minat TRANSFORMERS? Ni ada SPOILER sa tejumpa time pigi download.com tadi. Enjoy!

Jul 13

Bah apa kabar semua? Sa harap sihat la aaa.. Mungkin kita suda tebiasa juga sama cuaca di Sabah ni yang lain-lain oh kan.
Kalau duuulu, musim ujan, dia ujannnnnn saja. Lepas tu, musim ‘kumarau’, panasss saja. Habuk saja banyak.

Sekarang lain-lain cuaca dia. Kalau ujan, wah ujan saaaaja. Sampai banyak betul jalan runtuh di Sabah ni. Especially jalan mo p KK. Di Kimanis lah runtuh, jalan di Penampang la runtuh, jalan saaaaana dekat Bundutuhan pun runtuh juga.

Bah, ini entry sa bukan pasal tanah runtuh, pasal ujan atau pasal cuaca. Tapi pasal lain. Pasal apa? Pasal “Saya hormat pendapat orang”.
Mula dia gini bah. Tadi sa mo kasi ‘bersih’ links dalam Bookmarks sa. Tau la, setiap kali surf, ada benda yang sa mo tinguk untuk kal kedua, sebab kadang-kadang kekurangan masa dsb kan. Sa ‘bookmark’ la website-website yg sa mo pigi.
Dan pasal sa ni lelaki NORMAL, maka sa suka tinguk gambar perempuan. Selain gambar girlpren sa sendiri la. Uhuk-uhuk…

Sa ada la masuk dalam satu forum ni. Sa nda la mo post link dia sini. Tapi thread tu tajuk dia “Hot Malaysian Girls”.
Yang lucu dia, sa temasuk tu tempat, masa sa sedang track gambar-gambar Julie Estelle. Santik bah. Hehe.
Sa suka btul tgk gambar-gambar sumandak dari Indonesia. Sebab apa, sbb sana banyak MIX punya sumandak.
Kebanyakan, mixed punya urang ni semua ‘lawa-lawa’ belaka kan. Entah kenapa, sa suka betul tinguk gambar-gambar Tamara Blezynski, Luna Maya dan macam-macam mixed blooded punya sumandak, dari Indonesia.


Julie Estelle

Jadi click punya click, ada la satu makhluk Tuhan tu pigi post gambar Fasha Sandha dalam thread ‘Hot Indonesian Girls‘ yang akhirnya mendapat komen-komen yang ‘membina’, menyuruh si makhluk Tuhan yang tia pandai paham peraturan dalam forums yakni, certain threads, kalau mau post, mesti ikut rules. Kalau dia suru letak gambar dr Indonesia saja, jan la pula gatal jua tangan pigi posting gambar dari Malaysia.

Jadi ada la kunun link untuk pigi ‘Hot Malaysian Girls‘ la pula.
Sa pigi la click d sana. Masuk thread. Anduk bah, kalau Indonesian thread, mo 100 page lebih suda. Ini Malaysian thread baru 5 page. Bah, inda hairan lah, sebab tu forum pun Indonesian based juga. Cuma dia ada thread untuk negara lain yang sama-sama paham Bahasa Melayu.

Yang mo dijadikan cerita sini, tukang post gambar-gambar dari Malaysia ni, punya lah lain taste dia. Dia letak la gambar-gambar entah dari mana ni yang bida-bida ni. Ada la gambar-gambar makcik yang jual tembakau kali dia pi letak sana. Kuyak lah urang-urang Malaysia. Tapi ada juga la gambar-gambar artis yang bulih-bulih dia letak sana.
And then ada la satu urang perfectionist kali ni yang pigi mengulas tu gambar-gambar yang di post sana tu. Wah wah wah cara dia mengomen, macam kalau ada la si Sang Pencipta tu didapannya, kali mau ditampar-tampar nih sebab semua la dia komen. Dari hidung kemek lah, muka tembam la gigi jarang lah. Siap dia kasi sama Hannah Tan sama party girls dari negara urang puti yang ’swallows’ (a bit harsh la).

Sa pun panas la. Bukan apa, beauty mimang lies in the eyes of the beholder, tapi ging, jan la ba telampau harsh tu kata-kata. Kalau pun seseorang tu bida dan tida menepati citarasa kita, jangan la kasi sama pula sama benda-benda yang tia tentu. Katakan lah kunun sa tia suka sama Siti Nurhaliza (contoh saja), sebab telinga dia besar, muka dia bulat dan mikap dia tabal. Sa tida pula sampai hati la cakap “wah besar telinga dia macam Jar Jar Bink dalam Star Wars tu“.
Hormat la ciptaan Tuhan wei.

And then, si dia komen si Shal Sagan, penyanyi Indie dari Sarawak (perempuan) sebagai gothic dan siap cakap “You know what gothic is for? For ugly people to look cool“. Punya sial. Wkakkakaka…

Sa ni inda la into that fashion stuff. Sa akan pakai apa saja yang MUAT dengan sa. Selesa, that’s top priority. And then, sa amat adore dengan fashion gothic. Gothic yang original lah. Bukan yang melebih-lebih. Termasuk Gothic-Lolita, iaitu fashion yang memang out suda dari aliran asal. Dan yang pakai mekap satu tan di bahagian mata, dan siap pakai lipstik itam. Itu lain sudah tu.
Gothic yang asal, ialah fesyen dimana orang-orang yang berpakaian kemas (seperti coat dan long coat) dengan warna suram seperti hitam dan kelabu. Untuk contrast, dipadankan dengan warna merah menyala. Kadang2 red rose, blood red, dan scarlet. Dan selalunya akan pakai pakaian kemas. Bukannya yang kuyak-kuyak tu. Tu alternate version sudah.


Not gothic!


Not gothic!


Salah satu fesyen Gothic Lolita

Selain daripada itu, sa juga amat meminati Gothic music.
Gothic, harmonic, dengan sedikit sentuhan metal, music-music dari Within Temptation, Tristania, Nightwish, Lacuna Coil etc

Again, sa bukan la into this fashion stuff, dan I don’t care lah. Orang sekarang, bila orang lain bagi nasihat, bukan dia mo terima, dia akan tulak mentah-mentah, seakan-akan utaknya itu lebih hebat dari orang yang deluan makan garam. Dan yang deluan makan garam pula, kadang-kadang tia pandai grow up. Susah lah. Pasal itu lah terhasilnya kata pepatah “Sendiri Mau Ingat”.

Oklah, sia hormat pendapat orang. Pasal itu, bila ada sa nampak begitu, sa akan buat refleksi.
Cuba fikir ni benda la. Sebagai sesuatu yang menarik untuk dibincangkan sesama kita.

IMEJ atau PENAMPILAN, untuk diri sendiri, atau orang lain?

Adakah kita memilih attire yang sesuai dengan kita, pasal kita rasa kita hensem/cantik dari pandangan sendiri, atau pandangan orang lain?

Ada orang pakai seluar jeans kuyak-kuyak dan tia peduli apa orang cakap. Ada pula yang memakai apa yang orang lain pakai. Normal thing.

Jul 11

Bah apa kabar kawan-kawan? Harap semua ok aaa.

Sa akhir-akhir ni bz skit sama kerja. Budak-budak darjah 6 berkampung bah. Jadi bukan pagi saja ada kelas. Petang ada, malam pun ada. Siang malam oh. Harap2 berbaloi la keringat yang keluar, untuk mengubah nasib anak bangsa, keluar dari kancah kemiskinan. Wow, niat bah, tia salah kan. Eseh..

Ni, asal sa hujung minggu sa balik p rumah di Keningau ni, adaaa saja ‘bahan’ baru yang adik bungsu sa kasi kenal, supaya sa sentiasa ‘updated’ sama benda-benda dari Internet. Mostly, pasal benda-benda lucu lah.
Kamurang biasa sama Youtube kan? Kalau kira, Youtube ni la website untuk video sharing yang terbesar sekali. Dan kalau tia silap sia, Google yang punya suda ni selepas dia beli dari tuan punya website beberapa tahun lepas. (untung oh tu previous owner. juta-juta USD dia dpt kalau sa x silap tu). Sia sendiri pun ada akaun Youtube dan kamurang buli cek video-video sa yang entah hapa-hapa, di http://www.youtube.com/geckoirc

Oklah, mengenai tajuk entry, pemes betul klip Bujang Lapuk ni kan?
Alaaaa.. adegan P. Ramlee, Aziz Sattar dan M. Shamsudin atau secara ringkas, Si Ramlee, Si Ajis dan Si Sudin dalam series Bujang Lapuk diorang tu bah. Eiikkkkkk munceceh munceceh munceceh…
Sebagai Malaysian, sa sendiri pun enjoy betul dengan movie otai yang penuh originality mcm filem-filem P.Ramlee ni. Kan kebanyakan dialog diaorang dulu-dulu tu spontan saja. Tu la pasal lawak dia tu bisa betul. Bisa bonar! WKkaka..

janganmarahlah

Klip yang paling pemes ialah klip polis bagitau si nenek yang pekak badak pasal laki dia, si Pak Mat Tempe eksiden, ditolong oleh si Sudin.
Klip original dia,
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Lepas tu keluar pula versi Sabahan, slang Pantai Barat (Tawau, Sandakan dll)
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Tia lama kemudian, keluar pula versi bahasa Dusun, yang di’upload’ oleh ging sa sendiri, Mr. Bakakukakak
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Lepas tu, Slang Murut pun ada! Siap bagi nama “Ampalus” lagi tuh! Ni ‘dubbing’ paling OK dlm series ni. Siap ada bunyi cengkerik.
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Dan kemarin, punya la sa katawa berabis mendengar versi bahasa Tausug / Suluk
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Tu yang paling latest la yg sa tau. Cuba dgr betul2 tu versi Tausug. Betul-betul mcm Pelipin punya bahasa. Whkahahkahkahka!!

Ada banyak lagi versi alihbahasa ni kalau kamurang cek-cek di Youtube. Kalau sa x silap, klip video “Sabahan Flashman” tu la yang first sa nampak. Lucu gila babeng ni.

Oklah, sekarang sepatah dua kata pula.
Selain daripada menjadi website untuk sharing video yang paling terkemuka dalam Internet ni, Youtube juga menjadi gelanggang untuk budak-budak tadika bergaduh sesama sendiri. Hahkahkahkahk…
Selalunya bergaduh pasal AGAMA, RACISM dan kadang-kadang PLAIN STUPIDITY.
Pendapat sa, apa2 pun benda yang disurung sama kita, mesti dinilai dari segala sudut yang ada. Kalau lah betul dunia ni ada 4 dimensi, lihat la dia dari semua dimensi yang ada!

Selepas semua sudah dinilai mengikut akal yang dikurniakan Tuhan, maka komenlah kalau perlu. Ingat,
“intellects SPEAK because they have something to say, and idiots SPEAK because they have to say something”
Sebelum buat apa-apa remarks yang akan memulakan ‘pergaduhan budak-budak tadika’, sila fikir dahulu.

Sa tau, hidup dalam masyarakat majmuk, kita sudah diSUMBAT MULUT oleh yang memerintah, untuk sentiasa takut menyuarakan pendapat. Diorang cakap ISU SENSITIF tia buli kana kasi main-main. Sedangkan diorang yang paling banyak menyuarakan perkauman setiap kali berhimpun. Siapa bah tu yang kalau suda begumpul, asik sebut pasal bangsa duranggg saja.
Siapa ah? So ironic.

Oklah, setakat tu dulu, enjoy the videos, bangga la sebab kita banyak juru alihbahasa, dan SENTIASA bagi KREDIT kepada filem-filem P. Ramlee.

Jun 30

Wah kira lama suda sa x post entry ni. Selalu sibuk bloghop saja. Rasa-rasanya yang sa mo cakap, sudah pun di cakap oleh kwn-kwn bloggers yang lain. Jadi trus kira mcm xda suda sa mo cakap.

Pasal minyak, pasal politik, pasal krisis makanan sedunia, kebanyakan suda kana cakap. Pasal BAAAAAARU sekarang Kerajaan “KONON”nya mo buat operasi besar-besaran pasal pembanterasan PTI / PATI di Sabah, boring suda mo cakap.
Tapi syukur syukran la juga kan at least durang mo BUAT juga. Jangan tia ikhlas buat sesuatu, nanti Tuhan ndak berkat oo00o0o…..

Sudah tu ada dgr pasal TPM mo kasi RM1 juta sama pemenang emas di Olimpik Beijing? Wow! Amazing! Dari mana tu duit dtg tu? Duit rakyat? Wow RM1 juta, kalau dilaburkan untuk membanteras penduduk-penduduk miskin tegar di Sabah ni, yang masih banyak ni, banyak family yang menderita boleh diselamatkan tu. Tapi seriously, tu duit persendirian ka mr TPM? Oh, sa rasa itu la dari setengah billion komisyen dari pembelian kapal selam tu kan? Tu yang sampai si Altantuya kena bom tu?
Namau la kalo gitu, WANG HARAM tuh. Ko kasi saja la tu atlit, tapi sa rasa tu atlit pun tia mo tu duit kalau wang dari sumber yang tia berkat. Eeeiii……….

Sudaitu, dengar lagi pasal DSAI kena tuduh liwat lagi?
Bangas suda isu liwat, yang sa rasa rakyat tia pecaya dulu ni. Ko tinguk apa jadi sama yang tuduh dia dulu? Kena musibah, karma la tu. What goes around comes around. Kamu fitnah, at the end of the day, eksiden ka apa ka, rot in hell wooo…
Sekarang timbul lagi tu tuduhan. Kalau dulu, si Tun yang buat, skrg ni jeng jeng jeng siapa ah?
Tah kenapa durang takut betul sama DSAI ni, sama-sama orang Melayu. Sama2 makan nasi. Kalau kena bawa bersemuka mo berdebat, tia pula berani. Apa? si DSAI juara pidato ka apa? Ka yang di bawa berdebat tu teda biji ka apa? Ka mmg DSAI ada bukti yang buli membuatkan si yang dituduh tu sakit jantung. Tula mo men cara kutur pula.
Sa marah bukan pasal si DSAI kana tuduh lagi.. tapi sa marah pasal apa durang ingat ni rakyat PALUI sangatka mo pecaya propaganda yang sama begitu?

Banyak juga la berita hangat ni. Tia putus-putus oh. Sekali ingat punya ingat, kurang pula berita sensasi ni sebelum pemimpin kita betukar dulu kan?

paklah

« Previous Entries