Recent News

disconnected?

Posted by cicak on May 31st, 2008

Dulu sia slalu cakap pasal “disconnect” lah “TmNUT Screamyx” lah di blog dia yang lagi satu. Sia selalu cakapblog pasal tu sebab itu la current situation sia time tu.
Asik burukkkkk saja connection Internet. Bilang mo suruh rakyat jadi pro-aktif dengan E-Dagang. Tapi kalau internet selalu down, apa buli buat tai kambing bulat-bulat?

Tapi dalam sebulan dua ni, ok pula ni connection sia. ULANGAN, sebulan dua.
Sia tia tau la, adakah wayar yg kana gempa bumi dulu d Taiwan tu ada kaitan sama connection Internet di Malaysia? Sebab sia pernah dengar dulu yang Malaysia ni hanya tumpang server dari China. Mungkin ada kaitan juga la sama Taiwan. Kan Taiwan tu dakat-dakat sama China juga.
Tiba-tiba ok saja ni line internet di rumah ni.
Kalau dulu ada masa dia down, smpi 2 - 3 minggu. Wah! sampai boring ba sia menelepon tu operator TM100. Walaupun suara tu operator kadang-kadang gemersik nih. Rasa cair saja telinga bila becakap sama durang. Mo marah pun……. cair lah hati si getek yang menelepon ini…..

Mungkin satu permulaan yang bagus ini. Baru-baru sia dingar lagi yang Malaysia mo kasi up suda ni server. Mo kasi laju. Dan mo mula suda era wiMAX. Sebab sa nampak muka bos Greenpacket sana The Star. Tapi sia inda beli pula tu newspaper.

Ok, cakap pasal DISCONNECTED? 2 - 3 hari lepas sia disconnected. Btul-btul lah. Bila kita suda get used dengan sesuatu, kita akan ‘feel the need’ bila teda dpt tu benda setelah sekian lama. Sekian lama as in beberapa jam utk sa. Sa slalu dapat ‘information’ dari Internet. Bila ada urang cakap “kau ini Interrrrrrrrrrrrnet saja”, sia akan balas, nda, ko patut cakap gini “ko nih, interactive informationnnnnnnnnnnnn saja”.
Sebab urang kita yang masih ada segelintir jakun (x buli pakai tu JAKUN. sejenis suku kaum la ba pula tu)yang ‘belum terdedah’, akan anggap, Internet ni sebagai satu benda yang tida bagus.
Tempat tinguk porno lah, online gambling la apa la.

Tapi kan skrg ni Internet suda menjadi salah satu ’sumber media’ pilihan rakyat. Rakyat kita suda bijak. Kita tida paya lagi ‘terlampau bergantung’ kepada Media Arus Perdana (yang selalunya sudah di’trim’ mengikut perencah si pemerintah). Kita ada news from the otherside. Kita ada Malaysia-Today, MalaysiaKini, Screenshots (Jeffooi) dan mcm-mcm lagi.
Sampai ada pemimpin di negara kita ni cakap penulis-penulis ‘media alternatif’ tersebut sebagai goblok, anasir dan sampai gelaran ‘monyet’ pun ada. Wah tinggi betul moral yang ditunjukkan oleh pemimpin kita kan? Yang last-lastnya pun jadi bloggers juga last-last. Ini la namanya tepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri.
WKakakakk…

Bayangkan, sia disconnected, pasal 1 benda yang penting utk pengetahuan sia. Iaitu, cadangan penubuhan “Royal Commission” utk menangani masalah PTI di Sabah.
Bah, inikan Sabahanblog. Kita mesti lah cakap first and foremost pasal Sabah kita kan?
Interesting. Royal Commission.
Asal ada benda yang ‘tidak dapat ditangani oleh kerajaan’, suruh tubuh Royal Comission. Supaya, dia tidak dipengaruhi oleh mana-mana ‘kuasa’ yang lain. Bila dia suda jadi Suruhanjaya, dia akan ada kuasa mutlak.
Contoh dia mcm cerita Lingam Tape tu. Mo ada suruhanjaya dulu, baru ada keputusan “Ya. Urang yang bercakap dalam Lingam Tape tu ialah si Lingam”. Padahal sudah tarang-tarang si Lingam cakap, “the person looks like me, talks like me, but I’m not sure is me” dan bila dia cakap “correct - correct - correct” sama mcm dalam tape tu, urang masih tida recognize? Nakal!

To make things EVEN interesting. Ada la pula saturang SI PALUI ini yang MEMBANGKANG bila si Lim Kit Siang kasi utara ni cadangan pasal penubuhan Royal Commission. Siapa dia?

WOW! MAGIC!
Urang Sabah kaini dia? Setau sia, teda orang Sabah ASLI yang akan OPPOSE kalau pasal mo kasi hapus PTI di Sabah ni.
Hello Sabahan! PTI / PATI (atau apa-apa sajalah istilah yang kamu mo kasi - kalau sini, kebanyakan durang panggil PILAK, PANANGKUSAN atau MONGGOLUTON) ialah mereka-mereka yang memenuhi setiap sudut kawasan kita sekarang.

Sia pernah kena dengan PTI ni. Dia ni kerja kedai depan rumah. Bila sia limpas tu kadai, dia p peewit sa punya ex-girlfriend. Bila sia berenti dan tinguk dia, dia cakap “APA? APA? KAU MAU MATI KA? SINI LA”.

Hebat ah. Mungkin bila dia dilahirkan disini, dia buli ingat ni tempat bapa dia yang punya.
Punya la tambirang. Sia dengan cool saja kunun, katawa, “turn the other cheek” and walk away. Kalau sia mo ikut sia punya darah muda, sa timbak tu pakai bakakuk. Bukan jauh rumah sia.
Kawan sia pun pernah cakap “kalau durang mati, bukan juga durang kana tuntut tu. bukan ada I/C”.

Eh eh eh kawan. Durang ada I/C lah. Siapa kasi? Tuna mangkali yang ada dalam gambar tu. Ada urang di forum-forum yang membincangkan pasal masalah-masalah Sabah ni, “mesti PTI ni bini si Ronald Kiandee ni”. Paling tida pun, nasi yang dia makan tiap-tiap hari, hasil daripada pungutan ‘cukai’ dari PTI-PTI tersebut.

Alah, di Keningau ni pun dapan-dapan tu PTI cakap “Jangan kau susah ging. Kalau kita kana tangkap, kita kana kasi lapas lagi bah. Kita sudah bayar itu Pulis. Apa dia mau? Isap batu lagi nah kita”.

Cuba fikir-fikirlah. Dalam 5, 10, 20 tahun. Mana kita dan mana letaknya anak-anak kita?

Link-link lain
- delasagos
- MalaysiaKini
- Socmedia

Stacy dinobat juara AF6

Posted by cicak on May 24th, 2008

Nah, ini sia copy-paste habis-habisan dari BERITA HAIRAN.

KUALA LUMPUR: Seperti yang diramal, Stracie Angie Anam atau Stacy, 18, yang sentiasa menduduki tempat teratas dalam setiap persembahan mingguannya dinobatkan sebagai juara program TV realiti popular, Akademi Fantasia musim keenam (AF6) pada konsert akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Stacy tidak dapat menahan sebak sebaik diumumkan sebagai juara oleh pengacara AF6, AC Mizal. Dia yang menyampaikan lagu Atas Nama Cinta nyanyian asal Rossa dan lagu baru, Aku Stacy ciptaan Intan Norul Azlina dan lirik oleh Intan Norul Azlina dan Layla Ismail berjaya memukau penonton.

Malah, pengkritik tetap, iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Ning Baizura serta pengkritik jemputan, Adlin Aman Ramlie turut kagum dan memuji persembahannya pada konsert akhir itu.

Pelajar kecil molek yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu menerima hadiah lumayan keseluruhan bernilai RM733,734, termasuk sebuah banglo empat bilik di A Famosa, Melaka (RM550,000), kereta Peugeot 307 XS tajaan Naza Motors Sdn Bhd (RM139,535), wang tunai RM25,000 sumbangan Hotlink, pakej percutian ke Itali tajaan Mayfirst, pakej pelancongan ke New York tajaan Maybelline, Sony Playstation tajaan Astro (RM1,199) bersama trofi AF6.

Naib juara, Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau Riz, 22, dari Grik, Perak menyanyikan lagu 11 Januari (Gigi) dan Hanya Sandiwara ciptaan Norliza Abu Bakar serta lirik oleh Dean. Dia membawa pulang hadiah bernilai RM96,076 iaitu kereta Naza Bestari tajaan Naza Motors Sdn Bhd (RM68,877), wang tunai (RM15,000), pakej percutian ke Itali, baucar pelancongan (RM3,000), Sony Playstation serta trofi AF6.

Tempat ketiga, Ahmad Nubhan Ahmad atau Nubhan, 22, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan menyampaikan lagu Bukan Di Sini (Sofaz) dan Ada Untukmu ciptaan Zeti Akmar, manakala lirik oleh Abie Abdullah. Kejayaan itu membolehkannya

membawa pulang hadiah bernilai RM21,199, iaitu wang tunai (RM10,000), pakej percutian ke Afrika Selatan, baucar pelancongan (RM2,000), Sony Playstation serta trofi AF6.

Khairul Nizam Baharom atau Toi, 31, dari Johor Bahru sekadar menduduki tempat keempat. Dia yang mendendangkan lagu Cinta Zulaikha (Mawi) dan Panahan Asmara ciptaan Muhd Nur Hadi dan Muhamad Hafiz manakala lirik oleh Ad Samad. Dia membawa pulang hadiah bernilai RM9,199 iaitu wang tunai (RM5,000), pakej percutian ke Chiang Mai, Sony Playstation serta trofi AF6.

Tempat kelima, Nadia Haswani Hasnan atau Nadia, 18, dari Kuala Lumpur yang menyampaikan Aku Lebih Tahu (Mila AF5) dan Kalut Lagi Mengarut ciptaan Clifford Joseph Hughes dan Amiruddin Syawal, manakala lirik oleh Syeikh Qalam. Dia menerima hadiah bernilai RM7,199 iaitu wang tunai (RM3,000), pakej percutian ke Chiang Mai, Sony Playstation serta trofi AF6.

Jumlah keseluruhan tajaan dan hadiah bagi AF6 bernilai hampir RM900,000. Hadiah disampaikan Pengetua AF6, Ramli MS.

————————————————————————————————————

Last-last kana kasi manang juga urang Sabah kan. Itu pun AF 6 sudah. FREAKING 6!
Bah, urang kita la ba yang kasi kaya tu astro sama Hotlink tu. So we deserve a little something. Freaking 6th AF!

Sia bukan peminat setia AF. Dan, akaun astro sia sudah pun kana putung sebulan. Jadi lebih kurang 4 atau 5 konsert sebelum final, sia tia dapat tinguk si Stacy menyanyi. Tapi kan ada Youtube, bila ada critics pasal nyanyian dia, baru kunun sia p tinguk d Youtube ni. Mcm tu lagu si Mulan yg dia nyanyi balik, “Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi” yang “telampau seksi” kunun dia bawa.

Kenapa pula sia bukan peminat AF tapi sia tinguk juga si Stacy di Youtube?
Sebab sia minat muzik. I am an AUDIOSLAVE. Walaupun sia tia pandai mengguring gitar, memukul dram mengikut beat atau bermain alat muzik lain dgn baik, sia sangat2 menghargai muzik sebagai salah satu benda yg penting dalam kehidupan sia.
Mo panuh 5GB (takut ‘hang’) sia punya memori henpon sia sumbat dengan MP3.

Dan, of course, support to our very own Sabahan. Kita Sabahan terkenal di AF dengan ’sifat kenegerian’ dari AF2 lagi. Time si Linda Nanuwil. WkakakaKakakkakak.. Apa sifat kenegerian jika kita chatting d @15 dgn loghat Sabah?
Utk pengetahuan saudara2 dari Semenanjung, menggunakan loghat Semenanjung utk bercakap di kalangan Sabahan ialah salah satu perkara yg kana kira ‘offensive’. Jadi ia bukan lah ’sifat kenegerian’ gia.

Kenapa offensive?
Sia rasa sebab org kita sudah tebiasa MUNDUR di sini (Nah! sia mengaitkan lagi sama politik ni - kan btul si Nokurogia sakap)
dan pada masa dulu, bila seorang Sabahan pigi semenanjung untuk melanjutkan pelajaran ka apa ka dan bila balik semula ke kampung, dia punya slang B.M. pun sudah tukar jadi ’slang semenanjung’, mengakibatkan dia dipanggil ‘lupa daratan’.
Malah ada banyak cerita lucu mengenai insiden2 begitu kunun.
Contoh dia cerita di bawah nih.

Si Anak baru pulang dari semenanjung.

Anak: Mak.. oo00o Mak.. Mak kat mane ni?
Ibu: Nu nu ri ondu? Hitiiiiiiiiiiiii oku.. (Apa tu Ondu? Saya di sini)
Anak: Mak saye dah balek ni.
Tiba-tiba seekor anjing meluru ke arah si anak dan mula menderam. GRRRRRRRR……..
Anak: Mak! Ade anjeng mak! Saye takut!
Si ibu mula terasa lucu mendengar slang B.M. anaknya lalu mengambil keputusan untuk pura-pura x dgr.
Anak: Mak! Anjeng mak! Takut ni!
Ibu: …..
Anak: AMAAAAAAAAAAAAAAAAA!!! TASUUUUUUUU!!!!!!!!!

jadi, jangan la bah tukar tu slang. Sama mcm urg Kelate becakap sama urg Kelate, durang cakap tu BM durang yg susah mo paham. Itu cuma bila bercakap sama sendiri. Lain la kalau kita becakap sama urg smnjg, drg tia paham BM kita, buli la kita ubah slang sekejap. That is reasonable gia.

Okeh, jadi apa-apapun, sbnrnya, jangan lupakan sokongan kita kepada orang kita sendiri. Itu yg penting. Bukan labah bersifat kenegerian tapi kalau bukan orang sendiri yang mo support, siapa lagi kan?
Ini bila si Atama buat lagu Rap + Hiphop + Dusun, dia kana gusuk pula ni berabis. Kena cakap ‘tida hormat kepada mendiang John Gaisah’. Padahal ada juga anak-anak Dusun yang langsung tia kenal John Gaisah, apa lagi mendengar lagu-lagu Dusun sebelum tu lagu hiphop si Atama kana kasi heboh.
Sama juga sama syarikat rakaman yang tida pun membagi royalti jualan album yg secukupnya kepada waris-waris John Gaisah walaupun kaset / CD dia masih on sale smpi skrg.

Support la your local music scene. Dan kepada si Stacy, congrats. Banyak hadiah tu. Skali tu bapa dia minta tu Peugeot dia, bikin momirangkat parai.
WkhahkAHKkhahkakhahkahkahka….

Arigato Gozaimasta Sensei!

Posted by cicak on May 18th, 2008

Bah, kemarin ba sia mo post ni tapi tia sampat. Biar lah, asalkan ikhlas, belated pun bulih bah kan. Hehe
Sia mo mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua cigu-cigu di seluruh dunia.
Ok seluruh Malaysia saja lah. Sebab 16 May kan kalau di Malaysia.

Cuba kamurang tinguk butul-butul ni perkataan Jipun, ARIGATO GOZAIMASTA yang bermaksud TERIMA KASIH

arigato

Perasan ka ada guyangan di sana? Ekekekeke.. Sebab sia copy ni image dari sini bah. Jadi credits to the page owner ah.

Cakap pasal cigu ni,
Sia pasti ada cigu yang kamu tia buli lupa kan. Walau apa pun, JIKA ANDA PERNAH PIGI SIKUL, tidak dinafikan, CIKGU ialah satu perkara dalam kehidupan kita yang buli dilupakan.
Mungkin kenalan di sekolah (yg tia berapa rapat), kita buli lupa. Yang kita ingat, muka dia saja, ataupun worse, lupa terus nih. Tapi kalau cikgu, sampai bila-bila pun kita tia lupa.

Mana
cigu yang paling garang,
cigu paling ensem / cantik,
cigu yang nakal

dan macam-macam jenis cigu yg kita jumpa. Betul lah bila org cakap ‘cikgu ni ibubapa kedua’. Sebab banyak masa kita dihabiskan dengan cigu-cigu. Sedangkan baru guru pelatih yang datang untuk ‘praktikum’ atau ‘latihan mengajar’, baru 2 minggu ka, 3 bulan ka atau full 6 bulan, wah wah wah, kalau time perpisahan tuh, siap nangis-nangis lagi.
Kalau bukan tu murid-murid yang nangis, tu cigu pula yang nangis.

Secara peribadi, sia ingat betul cigu-cigu sia. Ok, sia cuba senaraikan sini cigu-cigu yang pemes dalam hidup sia.
1) Cigu Tarsih (SK Pekan, Nabawan) ~ Sia ingat betul cigu Tarsih sebab dia la yang rutan kami (sia dan kawan-kawan) time kami p main Tarzan di dekat parit besar di depan tu bukit mo p Pejabat Daerah Lama (Sekarang tu Pejabat Daerah di bukit sebelah sudah). Cigu ni terkenal dengan kegarangannya. Bayangkan dia turun dari Proton Saga dia, cabut saja apa rumput ka batang ka d siring tu parit, trus dia ZASSSSSSSSS rutan kami. Kami pun bertempiaran lari. Pulang. Sia kelucuan sebab time sia main tarzan sana, tu ranting pokok patah, pastu sia tejatuh pi parit. Bayangkan kalau tu parit dalam ka ada kaca ka di dalam. Update tentang cigu Tarsih, beliau masih bertugas di sekolah kawasan Nabawan. Tia tau la SK Pekan ka apa. Dan oh ya, kalau kamu tau tu lagu “Pansiangan” oleh Rusdi Bambangan (Lagu Murut yang popular dan dianggap ‘evergreen’), Cigu Tarsih ni, bini si cigu Rusdi tu la. Rusdi Bambangan @ Rosdi Aspar (juga seorang cigu).

2) Cigu Juanis (SK Pekan, Nabawan) - D ni cigu English baru time tu. Bising saja, nah, lastik! Tau kamu tu getah sayur? Dia ikat-ikat jadi panjang, pastu dia guna utk lastik murid yang bising dan untuk yang tia pandai English. Hahahahah… Time tu dia asyik dengan spelling saja nih. Banyak juga la kawan sia kena. Sia pernah kena lastik 1 kali saja, sebab tesilap eja “Tuesday” sedangkan dia cakap “Thursday” kunun. Ada kawan tu eja “Tounge” jadi “Tang”, habis dia kana lastik, trus nangis. Sia rasa banyak improvement la time dia ajar tu. Sebab cigu yg sebelum ni ajar English, tau marah saja tapi tia merotan @ melastik. Yang lucu dia, ni cigu sia nampak mcm….. ‘pundan-pundan’ sikit (Sori ah cigu hehehe) dan time perayaan apa tu di Resthouse Nabawan, dia ikut tu Ratu Pundan. ALAMAK! WKakakkak… Update pasal Cigu Juanis ni, dia sekarang mengajar di SK Pamuntarian Nabawan dan bila tu ari sama-sama kursus BI di Nabawan, sia p salam dia dan cakap “Cigu! cigu la cigu BI sia dulu” dan sia tia buli lupa tu ekspresi di muka dia. Dia cakap “Nah kan anak murid sia!”. Tapi dia tida berapa mo tinguk sia dan capat-capat mo lari. Mungkin dia teingat pasal dia kuat lastik dulu dan skarang ni bekas murid dia, BASARRRRR nih. Hahaha.

3). Cigu Jukoris (SRK St. David Toboh Tambunan) - Bila family pindah pi Tanjung Aru selepas 12 tahun di Nabawan, sia pindah skola di St. David nih. Tinggal di kampung, sama mama dan menumpang di rumah auntie sebelum rumah kami siap. Cigu Jukoris ni pun garang sebenarnya. Sia rasa titik permulaan sia untuk ‘belajar betul-betul’ ialah hasil hinaan teguran cigu ni. Dia cakap “oh kau dari Nabawan ka. Ko tinguk ni tulisan ko, huruf besar huruf kecil tia tentu.Tulisan pun buruk. BEGINI KAH ORANG NABAWAN. Pulang lah ko pi NABAWAN”. Sia tia pernah kena tiau mcm tu. Trus keluar air mata sia (bukan menangis tersedu-sedu ah). Tapi selepas sia kena cakap tu, sia berabis belajar. Hasil dia sia dapat top ten dalam peperiksaan semester (sia pindah time darjah 3 1/2) dan time darjah 4, sia dapat 1st dalam kelas, beat budak-budak perempuan yang (jadi anak tambatan) pandai-pandai itu. (si Linda dan si Donna). Satu lagi sia tida buli lupa ni cigu, adik sia spell “KNEE” dia rotan pula. Dia cakap “KNI”. Bila adik sia tulis “KNI” dia cakap pula “KNEE”. Bila adik sia cakap “cigu cakap begini itu yang dulu…” trus tu cigu lari. Lawak! Update pasal cigu Jukoris, sudah pencen ka masih bertugas tu ah. Lupa pula sia. Padahal tu anak dia ada kasitau tu. (Anak dia pernah chat sama sia di IRC. Dan uih! daring lg tuh hehehe)

4) Cigu Ambrose (SRK St. David Toboh Tambunan) - Sia tia lupa sbb time dia ajar muzik, dia cakap “OK ini bar… bukan BAHAR ah”. Hahaha padahal mana sia tau apaitu BAHAR itu masa. Dia la yg kasi kanal ni. Sudaitu bila dia ajar Kemahiran Manipulatif (sekarang dikenali sebagai Kemahiran Hidup), dia cakap “Kemahiran Manipulatif. Bukan Kemahiran Mau Menipu Si Latif”. Nakal ni! Update, tia tau mana sudah cigu Ambrose ni. Sejahtera lah hendaknya. :)

5) Teacher Clara (SRK St. David Toboh Tambunan) - Ahhh.. siapa tia kenal Teacher Clara. Kalau kamu pernah dgr lagu “Buaya Tembaga” oleh Clara G, dia laitu! Cantik ni cigu, dan dia punya rumah, sana dekat sawah-sawah di area belakang sekolah. Dia ni pun ajar English kalau tia silap sia. Update, sia tia tau pula ni. Last sia dengar, dia suda kawin. Tu saja.

6) Cigu Wences (SRK St. David Toboh Tambunan) - Ni pun pemes. Penyanyi juga. Siapa tia kanal Wences Linus? Dia punya anak pun juara sugandoi ni kalau sia tia silap. Dan anak perempuan dia, forumer di Guritom / Socmedia skrg. Sia ingat cigu Wences ni sbb dia nakal (kelakar). Adaka dia p taru soalan macam ni dalam peperiksaan?
Contoh soalan: Gunsobu sedang menanam _____________ di halaman rumahnya. A) pokok durian B) maggi dan keropok C) kereta lumba D) sulap
Not exactly begitu lah, tapi idea dia begitu. Yang ketara ni jawapan dia mana satu. Wkakakkaka..
Update, mungkin sudah pencen ni sebab basar-basar suda anak dia. Tia tau lah.

7) Sister Felicity (SRK St. David Toboh Tambunan) - Kepada sesiapa yg heran, Sister ni mcm lebih kurang “nuns” tu bah. Biarawati. Sebab ni skola ni ‘missionary school’ dulu-dulu. Jadi ada juga la Sister yang jadi cigu. Punya la garang ni Sister Felicity. Tempat mo beli ‘badge’ @ ‘emblem’ sekolah. Kakak sia dulu yang pernah jadi murid dia pun panggil “Si Gurongit” (yang bermaksud ‘cerewet’ dalam Bahasa Dusun - correct me if I’m wrong tho’). Update, sia dgr sudah passed away. Rest in peace.

8) Guru-guru pelatih (SRK St. David Toboh Tambunan) - ala sia lupa suda nama yang lain.. Yang sia ingat, ada satu cigu ni dari Batu Sapi, Sandakan, Cigu Selvia orang Keningau dan Cigu Sisom yang pernah jadi boipren kakak sia ni. Silaka tul. Wkakaka. Macam sia pernah nampak tu cigu di Federal House, KK, tahun lepas tapi sia tia sampat pi tegur. Alah buduh btul sia. At least, p la say thank you. Harap2 diorang pun sejahtera lah hendaknya.

- Ada lagi cigu2 di St. David ni yang sia ingat, tapi sia lupa nama. Terima kasih cigu -

9) Cigu Margaret (SRK Stella Maris, Tanjung Aru, KK) - Ni cigu tiba-tiba p kubit sia time sia katawa sama kawan-kawan. Mungkin dia nampak sia yang paling basar sana, sia la jadi mangsa. Sia ingat btul ni cigu sebab dia ada juga ajar pasal ‘pembentukan Malaysia’ dan dia panggil si Ghafar Baba sebagai Ghafar BAB1 ni. WKHahkAKHhkaHKAhkahkahkahkahkHKAhkhakhak.. (Siapa cakap cigu ajar yg +ve saja?) Tapi dia suruh kami diam sambil tunjuk isyarat jari telunjuk p bibir ni. Syyyy dia bilang. Update, tia tau pula. Sejahtera lah hendaknya.

10) Cigu Amnah Haji Din (SRK Stella Maris, Tanjung Aru, KK) - Guru kelas. Btul2 mengambil berat tentang anak murid. Dia cakap sama sia “wah ko numbur 1, numbur 2 ah di kampung ko. Tia tau lagi di KK nih”. Dan budak2 lain semua tinguk sia lain mcm saja lepas tu cigu cakap macam tu. Apa lah, next exam, sia dapat numbur 2. Trus banyak pigi “wah” sama sia nih. Dan sia malu btul time mo kasi balik duit Jogathon sama borang Jogathon sama tu cigu dulu. Sebab patut mo kumpul sampai RM24, tapi first sama second day sia p minta derma, sampai kana bubut-bubut anjing di sana, 40sin saja sia dapat. Wwkakak.. Mama sia tulung minta derma, trus ada tulis KUIH PISANG ni di borang Jogathon sia. Siap ada minyak kuih lagi tu. Punya tabal muka sia mo kasi balik tu borang. Cigu Amnah senyum-senyum saja. Update, tia tau pula. Sejahtera la hendaknya.

11) Mr. Lucas Leong (SRK St. Francis Xavier, Keningau) - Hah! ni pun cigu yg jadi catalyst utk sia belajar English dengan efective! Bayangkan sia budu English all those years, dan bila tebelajar saja sama Mr. Lucas, trus suddenly semua senang ni sia nampak. Dia bikin formula sendiri time ajar English. Contoh: am/is/are + “ing verb” untuk memperbetulkan kami punya pembikinan ayat. Mr Lucas ni pun lucu. Dia mau kena greet bila kaki dia masuk saja p kelas. Asal dia mo masuk kelas, dia hentak kaki di pintu. Trus semua berdiri, dan greet dia GOOD MORNING SIR! ~ mungkin cara dia untuk kasi ‘wake up’ budak-budak. Sudaitu bila dia mengajar, dia buat gestures yang lucu-lucu ni. Yang sia tia buli lupa, “Adakah si anu ni pi jawap “Go to school BY FOOT?” dia cakap. Trus dia cakap “si anu ni ada enjin mangkali di belakang, brrrrrrrrrrrrrrrrrr” trus dia buat gaya macam mo tarik tu tali yang bikin kasi idup enjin ni. Wahahahah… Update pasal Mr. Lucas, dia ni kuat btul tgk lumba kuda, dan ayam sabung. Jadi mana2 yang ada lumba kuda dan ayam sabung, sana lah dia tu. Oh ya, dan rumah dia d sana Jalan Tenom, kalau kamu nampak tulisan “MY HOME” di satu tayar di jalan masuk. Dia laitu.

12) Mr. Wee (SRK St. Francis Xavier, Keningau) - Wee Kok Lam ka kalau sa tia silap nama dia ni. Ajar matematik dengan pelat cina. Slalu dia cakap “ini budak talak tau kira. garu sana garu sini garu sana garu sini” sambil dia kasi pusing-pusing badan dia. Lucu ni mo tinguk. Dan dia banyak collection duit-duit antarabangsa. First time sia nampak Renminbi punya duit, Mr. Wee la yg kasi tinguk. Siap ada duit syiling RM1 yang warna perak ni. Besar macam duit syiling 50sen. Very rare. Update, memang sudah pencen, tapi tia tau sudah dimana dan apa khabar. Sejahtera la hendaknya.

13) Cikgu Awang (SRK St. Francis Xavier, Keningau) - Punya lah jahat ni cigu. Kurus-kurus tinggi, rambut kriting, mata merah - basar lagi tu mata dia. Tempat dia sana bilik KH. Asal dia masuk kelas, mesti dia pi pulas tangan ni saturang kawan sia, dan panggil tu kawan “si Doraemon Popok”. Mcm sakit betul sia nampak, tapi bila sia tanya kawan-kawan lain, dorang cakap “biasa sudah durang gitu”. Kalau sekarang, sia rasa abis dia tu kana saman kalau dia buat gitu sama budak-budak. Sudaitu ada budak jajal kelas sebelah pi kacau sumandak dari kelas kami, (kiut lagi tu. Sumandak Filipino yang cute berabis ni sia nampak), habis bah kana kasi ampas kapala pi papan hitam. Ganas ni cigu. Pa lagi time puasa. Tapi sia masih ingat, dia sayang betul sama keluarga dia. Kadang-kadang ada tu bini sama anak dia d skola. Di bilik KH tu. Update, tia tau. Sejahtera lah hendaknya.

14) Cikgu Helen Theresa (SRK St. Francis Xavier, Keningau) - Helen kaitu ah. Macam. Cigu ni ajar Muzik. Ajar tiup rekorder. Skali silap tiup, kana katuk kapala pakai rekorder ni. Wakakakaka punya sia lucu tinguk kawan sia yang butak di dapan kana katuk kapala pakai rekorder. For the record, sia campin ni main recorder dan lagu paling sia suka main pakai rekorder, lagu “Jambatan Pulau Pinang”. Sebab buli bikin ’suara dua’ dia. Apa bah istilah tu. Update, sia tia pasti pula. Sejahtera lah hendaknya.

15) Cikgu Hasnan (SRK St. Francis Xavier, Keningau) - Sia heran ni cigu. Macam tia pandai tua. Itu itu juga muka dia. Tia pernah pula masuk kelas kami ni. Update, masih sana lagi kali. Hahahaha. Immortal kali.

16) Cikgu Adrian (SRK St. Francis Xavier, Keningau) - Haaaaaaa!! Paling pemes ni. Sebab dia p mengajar, pakai seluar BELL BOTTOM. Manada tahun 90an urang pakai BELLBOTTOM lagi. Dia la yg masih pakai time tu. Sampai nama “Cikgu BellBottom” temalakat sama dia. Cigu ni kuat senyum dan macam pernah jadi pemangku Guru Besar ni. Yang lucu, kawan sia pernah panggil dia “Samurai Munyit”. PUnya jahat tu kawan sia, tapi sia pun tekatawa juga. Eh tia bagus oh mo buat gitu sama urang yang baaagus. Update, sudah pencen kalau tia silap.

17) Cikgu Elizabeth (SRK St. Francis Xavier, Keningau) - Ajar English juga kalau tia silap sia. Sia ingat sebab ni cigu, bagus btul kalau becakap. Update, tia pasti. Sejahtera la hendaknya.

OK lah. Sia rasa cukup panjang suda ni entry. Ni pun cigu - cigu yang sia buli recall saja pada masa skrg, DAN, semua ni cigu-cigu SEKOLAH RENDAH sahaja. Secondary school, blum masuk lagi tu. Mungkin sia akan post pasal cikgu-cikgu Secondary School, di blog sia yang satu lagi.

Apa-apapun, cigu-cigu ni telah meninggalkan banyak kenangan-kenangan sama sia. Pahit manis, semua lah. Semua telah contribute kepada apa kejadian sia skrg ni. Terima kasih cikgu! Jasa mu dikenang!

Sia sekarang pun sudah menjadi seorang cikgu. (in case kalau kamu tida tau la) dan sia dapat rasakan macamana rasa dia mo jadi seorang cikgu, apakah accountability sia, beban blessing, dan sebagainya.
Ada pepatah mengatakan, “The teacher opens the door, the students enter themselves” tapi bagi kes - kes tertentu, tia jua buli begitu. Budak-budak ni perlukan bimbingan dan kasih sayang. Dan most of the time, ketegasan.

cikgupedalaman

Profession perguruan dewasa ini (aiseh) banyak telah dicemari dengan ‘kes - kes unbelieveable’ seperti cikgu bertumbuk la, cikgu rogol murid la, cikgu ini la cikgu itu lah yang telah banyak mencacatkan profession yang suatu masa dahulu pernah dihormati oleh masyarakat sepenuhnya. Sekarang ni, ibubapa lebih percaya kepada Media Massa sebagai benchmark prestasi guru-guru. Sebab segala yang baik dan buruk, semuanya keluar di suratkhabar. Kadang-kadang kes belum soal siasat dengan thorough, si Cikgu sudah dipersalahkan. Contoh macam guru yang menampar budak-budak sekolah menengah suatu ketika dulu apabila budak-budak tu cakap “Porah” kepada tu cikgu (mungkin tu cigu, berbangsa India). Si cikgu tia dapat kawal perasaan la tu sampai menampar tros. Trus masuk newspaper, heboh 1 Malaysia.

cikgukesiandelo

Begitu juga dengan Guru Besar menampar murid-murid di Tuaran tu. Tahun lepas tu. Tu pun cikgu yang tia dapat kawal perasaan. Apa pun, dia juga yang akan dipersalahkan. Ba yalah, siapa suruh dia tampar budak-budak. Lebih baitu.
Walaupun tu budak2, sudah beberapa kali diingatkan supaya bawa buku ini bawa buku itu, tapi dorang LUPAAAAAAAAAAAA juga.
Dari segi logik, durang masih budak-budak, dan guru sepatutnya ada cara yg lebih ideal utk handle perkara mcm tu.

Ada juga yang sebaliknya. Macam dulu time sa skula, ada sturang pelajar yang kira samsing jua la, kana tangkap time mo pulang, sebab kenapatan pakai ’seluar sekolah bergaya jeans’ (poket di luar ada jahitan). Dia cakap dapan-dapan tu cigu “Master! Kalau sia nampak ko di kadai master, sia pukul oh”. Mana sudah p hormat dia? Lol!
Sama cikgu yang kena pukul pakai pasu bunga di Semenanjung sana. Punya sandi.
Kalau di tmpt kita, sia pernah dgr ibubapa yang pi sekolah mo p tumbuk cikgu. Tapi bila siasat betul-betul, anak dia yang kurang ajar dan ‘pandai buat cerita’ time mengadu sama beliau.
Ini sia nasihatkan, ada channel tertentu untuk kasi suara ni. Sebab mana-mana ibubapa yang p masuk sekolah mo p tumbuk cikgu, pertama-tamanya boleh didakwa atas sebab menceroboh. Itu belum masuk kesalahan yang lain tu. Walaupun tu cigu salah, p jumpa Guru Besar @ Pengetua. Lebih ngam.
Jangan p terus melapor sama Media. Nanti malu oh. Tinguk tu ari TV3 cakap pemain bola dibawah 15 tahun ka 18 tahun kita tu yang jadi johan seluruh Malaysia, budak-budak SMK II Keningau kaitu. Dorang cakap tia asi dan kejohanan patut ditarikbalik kerana tu budak-budak kana kasi campur dari sekolah lain kunun. Padahal tu budak, mimang lah dari sekolah lain, tapi PINDAH pi sekolah itu. Baru durang MINTA MAAF kunun ni di Buletin Utama sebab salah lapor. Damage is done mah.

Nah, betambah panjang pula lagi. Bah, apa2 pun, Selamat Hari Guru juga kepada semua cigu-cigu. GANBATE NE’ !! Berusaha!

p/s, Thanks Chegu Carol for correcting the “Cikgu Helen” to “Cikgu Theresa” :)

ni ada link bagus pasal cikgu-cikgu dan pendidikan.

- sklikas.com
- cikguonline.com.my
- cikgu.net
- PPD Hulu Langat

blogs

- Chegu Carol
- Cikgu Lee
- Gravedigger

dan lain-lain

- Google Search for “cikgu”

silaka! mimpi pula

Posted by cicak on May 16th, 2008

Just having fun. Sia tepinsan (means - sia tetidur), n den, sia bermimpi.
Dalam mimpi sia, sia tinggal di satu very country-looking house, sia cakap ‘country’ sbb bukan mcm rumah-rumah di kampung-kampung, tapi lebih menyerupai rumah ‘urang puti’ di bahagian ‘country’ dorang. kira-kira macam, siapa yang tinguk Smallville, macam Kent’s house bah.

Rumah tu downhill. Turun bukit yang penuh dengan suasana hijau, saujana mata memandang urang bilang.
Sia sedang duduk di verandah, main gitar, and boy was I good (only in my dreams).
Main gitar punya main gitar, datang la sumandak sia, yang dalam mimpi itu, sudah jadi bini sia.
God! She was my schoolboy-crush!

Tetap dengan pe’el dia yang pemalu dan kalau becakap pun tiada gigi (istilah telampau lembut becakap), selalu senyum dan tunduk malu, dan kalau dia katawa pun kiut. And we spend the whole day, playing the guitar, cerita-cerita, watching the sun goes down, and then the STUPID ALARM went ringing!

*tebangun* - gusuk-gusuk mata, *sighs* lapas tu tidur balik, cuba untuk mimpi balik mimpi yang sama. Wkakakak…

Apa pendapat kamu tentang mimpi? Selalu sia dengar, mimpi itu ialah mainan tidur.
Dan ada juga cakap, mimpi itu satu petanda.
Mimpi itu suatu yang tidak akan berlaku di dalam realiti.

Tapi, sia sudah beberapa kali termimpi benda yang berlaku pada masa depan. Bukanlah benda yang penting la macam bom ka mo malatup ka apa ka, cuma benda-benda kecil, macam lepas sa p jamban ni, tiba-tiba kazen sia datang, pastu dia cakap pasal benda yang “aik? mcm sia suda pernah mimpi ini” begitu.
Kadang-kadang, mcm deja vu pula. Macam sudah pernah berlaku ni, kunun sia dalam hati sia. Mana ah? Dalam mimpi.

So apa petanda, apa petunjuk, bila sia temimpi pasal schoolboy-crush sia?
Seriously, sia tia capat mo crush sama seseorg walaupun ya, erti kata ‘crush’ tu bermaksud ’suka suka gitu’ saja yang boleh hilang in a matter of minutes / hours / days / months.
Pertama kali sia ‘berminat’ terhadap lawan jenis (normal bah geng), ialah seawal 12 tahun. Butul2 kin malu lah tapi apa sia mo malu, sia p express feelings sia sama saturang kawan yang silaka nda buli arap nih, yang last-last tell this other friend, yang pada masa tu, mimang TV1 , TV2 punya urang lah. Dia kastau the whole class!!!

The irony is, tu sumandak tia pernah kana ‘notice’ sebelum ini. Dan bila seseorang mcm ’sia’ (a weirdo, a loser - back then) p suka, trus naik oh saham dia. Sia tia buli lupa oh senyuman dia. So sweet :)

Nah, itu first. Yang kedua ini yg sia mimpi.
A shy kampung girl yang sia tia pernah betul-betul dengar suara dia kalau becakap the whole 2 semester! What a pity, selepas form 3, dia pindah p skula len. Sob sob.
Sia ada lagi kira mo pindah p skula dia tu cuma beliau sia taling sia kaw-kaw punya ni. “KO GILA KA HARI-HARI MO HANTAR KAU, MACAM MO PIGI TAMBUNAN?” dia cakap. Erk!

So, apa lah moral dia dalam ni entry? Teda. Cuma mo ingat-ingat old sweet memories. Seorang superior sia pernah cakap.
“Hidup ini hanya sekali, ukirlah kenangan-kenangan manis”

You live only once <– wah, ini lagu dari kumpulan The Strokes ini, sia suka!
maksud dia, kalau boleh, kita cuba warnai kehidupan kita dengan kenangan-kenangan manis. Bila suatu masa kita sudah dimamah usia, kita akan mengingat bittersweet memories yang kita ada. Dan cuba gumpul, mana yang banyak? Manis ka pait? Manis pait? Heheh.

My schoolboy crush, sia tau ko betunang suda, sia lost contact suda sama ko tahun lepas. Hope someday I can bring you (and maybe your future husband / husband too) utk p dinner ka apa ka, just to show yang sia bukan lah pemalu sangat suda skarang. Thanks for the memories :)

elisha

p/s, She’s the reason why I adore Elisha Cuthbert - the nose is 100% identical, cuma cara senyum saja lain skit.

2cents

Posted by cicak on May 16th, 2008

Banyak pula ‘pending post’ sia ni. Temelakat di ‘drafts’.
Sori tapi tmpt keja sia, block habis-habisan ini Sabahanblog. Sia pun tia tau kenapa.
Walaupun sia access ni website, off duty time. Lol!

Sia mo cakap pasal banyak benda dalam ni post, tapi bagus one-step-at-a-time oh kan?
Supaya orang tia akan cakap “tagarau jua ko ni” sama sia….
Wakkakaka…

Selalunya kalau kita becakap secara ‘tertib’, orang akan cakap kita humble.
Bah begitu la bah anggapan orang tu kan, semakin tinggi ilmu, semakin humbe seseorang itu.
Jadi yang memaki-maki dalam Dewan Parlimen tu tinggi-tinggi I.Q laitu kan?
Ceh nah kan menyimpang sudah sia.

Nda bah.
Sia ada tejumpa post dari kwn se’Sabahanblog’ iaitu tompinai Nokurogia.
Dia cakap selepas jumping from forums to forums, bloghopping from blog to blog kepunyaan orang Sabah, kita ni, ada habit mo “mengaitkan keburukan dengan politik”, dan dari pemerhatian beliau,

1) Kadazandusun miskin ————- > politik semenanjung punya pasal

2) politik org semenanjung ————— > ambik 95% duit minyak sabah

3) duit minyak 95% kana ambik ———- > jalan raya, bangunan2 gagal kana buat

4) jalan raya, bangunan2 business tidak banyak —– > susah buat business

5) susah buat business ——- > ini salah satu sebab kadazandusun miskin(dan ulang balik pi step 1)

baca selanjutnya SINI

Bagus juga ada post begini. Mungkin ramai sudah juga orang kita yang ada post entry begini di blog durang, atau sekadar cakap secara live kepada orang-orang kita tentang ‘mindset’ kita yang satu ni.

Suka atau tidak, memang begitu lah mindset kita. Mindset yang sudah lama ditanam sejak dari dulu lagi. Politik ialah salah satu elemen dalam kehidupan. Kita tia buli cakap, politik cuma melibatkan menteri-menteri atau YB-YB saja. Kita mesti tau dulu erti itu perkataan POLITIK. Apa baitu POLITIK?

Politik ialah PROSES membuat keputusan, oleh sekumpulan manusia, tentang perkara-perkara berkaitan dengan manusia. Dan, perkataan POLITIK, berkait rapat dengan perkataan POLISI. Jadi, buka lagi kamus, cari lagi apaitu POLISI.
(Bukan POLISI di Indonesia ah.)

Jadi bukan saja dalam civil governments, politik juga digunakan dalam interaksi di antara manusia (atau kumpulan-kumpulan manusia) dalam bidang-bidang tertentu. Cek sini lah sanang –> http://en.wikipedia.org/wiki/Politics

Bagus dan siuk blog si Nokurogia ni, banyak post tentang psikologi. Cause & effect. Jadi kalau kamurang mo tinguk satu blog yg ‘jarang ada’ dan boleh menjana minda, silakan pigi ke blog beliau

Ok, sia mo cakap sia punya pendapat pasal kenapa ‘rata-rata’ Sabahan mengaitkan keburukan dengan politik kenen.
Rata-rata manusia, di mana-mana pun di dunia, ada kecenderungan mengatakan their own 2cents kan, maka wujudlah ‘warung mamak’ di mana-mana tempat pun di seluruh dunia. Timbul laitu STARBUCKS atau SETARBAK (versi low budget).

setarbak

Kalau kita di Malaysia, ada kadai kupi.
Bukan saja urang-urang Malayu yg kuat lepak kadai kupi (selalu di tibi, itu yg kana kasi nampak kan?) Tapi juga orang2 dari pelbagai bangsa di negara Malaysia ini.
Dan, salah satu topik yang paling HANGAT di kadai kupi, ialah POLITIK.
Mengapa politik? Sebab politik ialah sesuatu yang semua benda boleh di’relate to’.
Dari keputusan-keputusan kecil, sehingga besar, semuanya dibuat oleh pemimpin-pemimpin yang kita lantik. Dan itu kan satu proses politik?

Jadi, segala-gala disekeliling kita, ada lah rata-rata daripada KEPUTUSAN-KEPUTUSAN yang kita buat, melalui pemimpin-pemimpin yang kita lantik. Kan?
Ambil lah contoh senang, Yuran Persekolahan yang KONONNYA dimansuhkan oleh kerajaan kita, MANSUH meh?
Sia pernah nampak di newspaper, dalam FONT BASAR lagi tu! PENDIDIKAN PERCUMA DI MALAYSIA! SUDAH TERBUKTI KERAJAAN BN bla bla bla..
Skali, tup tup tinguk tibi, apa kejadian? Adaaaaaaaaaaaaa juga bayaran.

Itu contoh paling sanang lah sbb hampir semua orang terlibat kan gia.

Apa yang menjadi isu di sini ialah apabila AHLI POLITIK yang kita lantik tu, bukan seperti yang kita harapkan. Ingat, KITA YANG LANTIK. Sebenarnya, bila kita lantik, kita bagi dia satu ‘kepercayaan’ dan ‘tanggungjawab’. Apa ahli politik kita buat?
Kejar kekayaan semata-mata. Ada yang sanggup jual maruah. Kenapa sia cakap “jual maruah”?

Kita menggadaikan nasib anak-anak dan generasi depan dengan membiarkan pemerkosaan di depan mata. Projek IC, paling pemes la ni perkara. SEMUA ORANG TAHU.
Kenapa tiada yang bertindak? Adakah menjadi TUGAS kita sebagai rakyat biasa untuk mengambil ‘matters to own hands’? Nanti jadi mcm tu kes belasah orang sampai mati. Nanti kita masuk penjara?

Sia setuju. Sikap kita menjadi barrier paling besar yang menghalang kepada kemajuan diri sendiri. Manakan bulih kita menyalahkan orang lain saja jika sendiri tia mo bergerak kan? Sia tia picaya la kalau ada orang kita, Sabahan original yang “tidak pandai berusaha”?
Sedangkan mo makan nasi pun kena morobuat bah. Tia payah cakap makan lah. Mo moginum pun kena morobuat!

Tapi apabila hak kita dinafikan, apabila kita berabis, tapi last-last itu-itu juga, apa bulih buat? Conflict of interest dari segi bangsa, dari segi religion, dari segi kronisme, berleluasa. Itu semua siapa punya bikinan? Kalau bukan ahli politik?
Pernah dengar ‘Borneosasi’? bertujuan mengembalikan ‘jawatan-jawatan’ kepada orang Sabah sendiri.
Tau ka kamurang kebanyakan ketua-ketua jabatan dan jawatan-jawatan penting di Sabah ini, dipegang oleh ‘orang semenanjung’?

Bukan apa geng, orang semenanjung, pun orang Malaysia juga bah. Kan?
Tapi level ‘conflict of interest’ itu MUNGKIN tinggi daripada biasa. Dan, maybe this is too harsh,
tapi this is just my 2cents. Sabahans kurang skit memasukkan unsur2 ‘keagamaan’ dalam mengendalikan kerja dan sebaliknya memasukkan unsur2 ‘moral’ sahaja.
Mungkin kamurang heran sia cakap macam tu. OK, imagine this, seorang ‘ketua jabatan’ akan terasa ‘menolong si kapir @ si Yahudi’ dengan menaikkan gaji / memberikan peluang naik pangkat. That’s why si kapir @ si Yahudi tida pernah naik pangkat atau naik gaji, walaupun prestasi kerja dia cemerlang.
Sia bukan menghentam mana-mana agama, sia sendiri dalam proses mendalami agama yang satu ini dan sia sedang digesting mana-mana yang positif.

Kita perlukan fair chance di Sabah kita. Di mana semua itu akan berbalik kepada politik? Tompinai Nokurogia ada menyebut tentang kejayaan orang-orang Cina yang selalunya kita panggil ‘taukeh’ dan dianggap sebagai orang-orang kaya. Bah, antara paling kaya di Keningau ini pun, Kapitan Liew. Cina juga.

Di sini, sia bersetuju. Kan perkataan “Kia Su” tu dari bahasa Cina? Kita perlu belajar courage dari diurang. Berani menanggung risiko. Yang sia nampak, orang-orang Cina, dia tida akan membuat sesuatu yang dia tia pasti. (most of them lah). Dia akan belajar dulu membuat sesuatu, baru last-last kasi keluar modal utk bisnes. Dia tida akan terus secara bidang terjun, tiba-tiba buka restoran? Buat buku kira-kira pun tida tau, camana mo bisnes?

Cakap pasal royalti minyak pula,
mimang realiti, suatu masa dahulu, bila orang Sabah ke semenanjung, orang semenanjung akan cakap “wah! orang Sabah, dari negeri kaya”.
Tapi skrg, kalau dorang tau ko ni Sabahan, the least they can ask is “keje kilang mana?”.
Bitter truth, skrg, orang2 kita flocking pula p Semenanjung, sebagai tenaga kerja kilang.
Negeri kita yang suatu masa dahulu dikatakan negeri terkaya (mungkin di atas atau di bawah negeri Sarawak) telah menjadi negeri yang TERMISKIN. Diulangi, TERMISKIN!

Apa kejadian? Kita kaya kayu balak (suatu masa dahulu), kita kaya natural resources, dan paling penting, kita kaya MINYAK.
Mungkin sia ni tia pandai dari segi ekonomi, correct me if I’m wrong. Sia tia pernah ambil subjek ekonomi pun, dan itu bukan alasan sia.
Yang sia tau, negeri yang mengeluarkan minyak, sepatutnya menjadi kaya. Tinguk Brunei. Oh ya, dia negara kecil kan, mgkn tia sesuai. Tinguk Sarawak? Miskin? Tiada pun cakap-cakap?
Sedangkan Sarawak, lebih kurang saja dengan kita. Negeri, pengeluar minyak.
Cuba terangkan kenapa ‘negeri’ (yang mengikut Federal Constitution, sepatutnya sebagai PARTNER dalam pembentukan Malaysia - by right, tidak dikenali sebagai ‘negeri’), YANG LUAS ini hanya mendapat 5% saja dari royalti minyak?

Ini ‘negeri’ luas geng. Bayangkanlah negeri-negeri di Semenanjung yang kecik2, dibahagi-bahagikan dengan ‘baki’ 95% royalti minyak dari Sabah. Wow! Tidak heran lah sana ada infrastructure yang jauh lebih moden dari Sabah? Sana ada Subway LRT, sana ada Twin Towers, sana ada KL Towers. Ok, lupakan pencakar-pencakar langit itu.
Rata-ratanya, pembahagian royalti memang KETARA, tida adil bah geng.
Baru, Sukau, satu kawasan di Sandakan, sudah sebesar negeri Perlis. Bayangkan Sukau, itu hanya satu ‘kawasan’ di Sabah saja, tu belum tau berapa sangatlah ‘peruntukan’ untuk tu tempat? Patut lah dia lambat maju. Yang itu hari keluar TV3, macam kana bagi skrip saja supaya orang-orang sana cakap “Yah lah terima kasih lah kerajaan bla bla bla kerana bagi kami begini, ada suda ini ada suda itu” tapi nampak sangat, rumah-rumah sana, PPRT geng. PPRT. Maksud dia, untuk orang-orang miskin.
Sia rasa kan lagi bagus tu tempat dimajukan. Bukan diberikan ‘rumah’ untuk urang kampung tinggal, tapi masih lagi mencari ikan, masih lagi kais pagi makan pagi.

Ok, lupakan tentang Sukau. Mari tinguk tempat sia. Keningau. Ni tempat, sebesar negeri Melaka (kalau tia silap). Dan sia pernah nampak di newspaper, kadai-kadai sini, nampak seperti di Taiping, Perak.
Besar tu geng. Kamurang rasa, berapa peruntukan untuk Keningau?
Jadi memang tia adil lah pasal royalti minyak.

Wah panjang sudah ini post sia rasa. Mo brenti dulu lah. Siapa-siapa ada pendapat buli komen. Dan mana-mana yang sia silap cakap atau too harsh, sia minta maaf. Anggaplah ia sebagai pendapat oleh nobody. Kalau tia mau terima, tia payah digest. No harm done :)

WTF?

Posted by cicak on May 4th, 2008

Kamurang tinguk lah. Sendiri rasa diri bersih sampai sanggup tanpa usul periksa, belasah orang sampai mati.
Seorang lelaki yang diSYAKI mengintai dan mencabul kehormatan diBELASAH SEHINGGA MATI oleh orang-orang kampung, DIHADAPAN ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA.
Baca sini —> Berita HAIRAN

Mungkin pasal masyarakat kita sekarang banyak dikejutkan dengan perkara-perkara mcm gini kan? Contoh dia tu kes culik dan rogol pelajar UMS tu. Itu kalau di sini. Kalau tempat lain pun memang ada berlaku juga. Mana2 tempat di dunia ni mesti ada saturang MANUSIA YANG BERFIKIRAN melakukan perkara diluar fikirannya.

Jadi, apabila orang kampung mendengar angin ‘kus-kus’, terus dibelasah la orang yang disyaki? Nah ini lagi pula satu kejadian yang PALUI nih. Kalau YAAAA pun TUAN TUAN DAN PUAN PUAN, bawa la yang bersalah tu p balai. Biar dia kena sebat sampai memanggil mama dia di hadapan ALGOJO.

Ini ‘taking matters to own hands’, sampai mengorbankan orang yang BELUM PASTI BERSALAH pun. Dibelasah depan ANAK BINI lg tu. SAMPAI MATI!
Apa punya binatang durang nih. Nah, sudah si mangsa tu mati kana kuruyuk, baru durang mau “Eh! Silap pula kita pukul urang ni ging. Nah macamana ni ging? Kita mengaku silap saja lah kan, 20 urang jua kita ni, sama-sama tanggung salah la ah…”
Na palui la kamurang sana..

Kalau sia la kan,
Sebelum membuat SESUATU KEPADA ORANG LAIN, sia akan sentiasa berfikir, adakah sia layak mo buat begitu? Kalau adik sia kana pukul dapan-dapan mata tanpa usul periksa, memang melayang NUN CHAKU besi dikepala tu yang memukul. Macam satu masa dulu adik sia kana pukul 3 orang yang tidak dikenali, sampai keluar darah tu dari hidung dia. Lepas tu bulih-bulih pula tu 3 urang cakap “alah kami silap orang. SETEL lah ah”. Sorry, ko sudah kasi jatuh darah keluarga sia, ko mesti bayar la kan. Jadi sampai sekarang, sia masih lagi mencari-cari tu 3 orang budak.

Kalau sia nampak saja limpas depan sia, AWAS!

Kamu rasa attitude sia begitu OK kah?

Kemudian sia tebaca pasal “those who do not sin may cast the first stone”. Ini petikan dalam Bible sia rasa. I’m not a Bible follower, tapi sia amat menghargai kata-kata hikmat seperti itu. Jadi kepada mereka yang mengambil INISIATIF mo memukul orang tanpa sebab, SILA FIKIR dulu. Tuhan bagi kita utak utk befikir, bukan hiasan.

Jadi kepada 3 urg yg pernah memukul adik sia tu, sia kasi ampun kamurang. Adik sia pun suda kasi ampun kamurang. Jadi tinggal kamu sama TUHAN saja lah. Your call.

ONCE (2006)

Posted by cicak on May 1st, 2008

Siapa suka tgk wayang sini? Sia rasa semua la bah suka kan.
Kalau tida suka, kenapa pula masih banyak wayang yg keluar panggung wayang?
Macam wayang-budu-budu-asik-si-Apek-jadi-hero atau wayang-cerita-hantu-yang-sudah-tidak-di’BAN’-kerana-unsur-tahyul-oleh-FINAS di Malaysia ni.
Hahahkaahka…

Pasal teda panggung wayang sini dan kedai-kedai jual VCD / DVD sini Keningau semua tia siuk (alasan), sia pun mendownload movie dari Internet. Don’t get me wrong bilang urang putih. I don’t support piracy. Jadi tu movie, lepas sia download dan tinguk, sia DELETE. kecuali kalau dia siuk lah.
Macam 1 movie ni sia download baru-baru. Tajuk dia ONCE.
Slalunya bila sia suda abis download movie, sia akan ‘VIEW’ dengan cepat. Kasi laju2 tinguk pakai tu ’seek bar’. Kalau mcm tia siuk, sia DELETE.

First and foremost, tu movie mesti DVD-RIP. Sbb DVD-RIP tarang. Buli bikin ‘trip wayang’ bila pancar dia p dinding bilik pakai LCD projector.

Jadi sia pun kasi laju-laju la ni movie ONCE ni. Mula-mula sia rasa ni movie mcm “musical” dan sikit lagi sia mo DELETE. Sebab sia tia suka kurang suka musical! maaaacam BOLLYWOOD saja nih rasa dia. Sikit2 nyanyi, sikit2 mo p naik gunung lah mo menyanyi, baju pun tukar-tukar dan entah dari mana penari-penari yang banyak tu datang. Belari sana sini lagi tuh. Tapi it’s OK. Exercise mah. :D

Bila sia nampak tu penyanyi (atau pelakun) dalam tu movie main gitar, trus sia stop. Sia dgr mcmana dan apa jenis lagu yg dia nyanyi. Adakah lagu dengan riff ganas mcm lagu2 Metal ataupun “patukan-patukan” mcm Yngwie Malmsteen.
Skalinya, simple songs, with simple words bilang urg Dusun. But yet, FANTASTIC!

ONCE

Tida payah pakai guitar chords belilit dan telampau Jazzy (walaupun sia suka jazz). Chords yg dia guna ialah chords-chords basic macam A, Am, C, D, F, dan G. Tapi siok lagu-lagu dia. Mungkin kalau kita ada ‘music influence’ yang lain drpd yang biasa (yang biasa didengar), mmg kita akan rasa siuk tu.

Sia dengar mcm-mcm jenis muzik tapi sia rasa ni lagu-lagu dari si Glen Hansard (tu pelakun) mmg siok lah. Dan ditambah lagi dengan co-musician-multi-instrumentalist yang superb (the girl, Markéta Irglová), tambah lg siok :)

Ditambah lagi dengan plot yang bersahaja, watak pun inda berapa banyak, NO NUDITY!, paling2 kissing scene pun bila mo last suda, si lelaki p kiss pipi si perempuan. (Yang dalam original scene, langsung tiada - FOX yang suru tukar kasi ada scene begitu.)
Tapi kesan ‘romantic’ dia kuat btul.

once2

once-3

Or maybe it is just me? CEH

Bila sia p Google-google pasal ni movie, sia dapat tau yang perbelanjaan utk buat ni movie, TERSANGATLAH murah. Low budget, $160,000 saja!
Slalunya kalau movie yg hebat-hebat, mesti lebih dari JUTA-JUTA kan dia punya belanja. Mcm tu filem-filem si Datuk Michelle Yeoh, action-films lah tapi tida berapa ‘box office’ la pula. Kan?
Tapi ni movie, menang banyak. Cek sini —> http://www.imdb.com/title/tt0907657/awards

Paling sia suka dorang menang “Best Achievement in Music Written for Motion Pictures, Original Song” untuk lagu “Falling Slowly”.

Ni Youtube video “Falling Slowly”
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Pastu lagu-lagu ’soundtrack’ dia yg lain pun siok-siok ni. Pendapat sia la, sia kurang pasti kalau urg len tapi ini utk sharing kpd siapa-siapa yg ada ‘music taste’ mcm sia kunun saja lah.

Kalau ada kesempatan, cuba dengar “Falling Slowly” , “Lies” , “Minds Made Up” , “Fallen From The Sky” atau dengar saja semua lah.
Dan cek juga lagu-lagu dari Glen Hansard & band dia, The Frames.

Nanti sia cuba usahakan “singingbox” yang buli letak lagu banyak mcm d blog kwn sia si Madpie

Can’t wait for the original DVD. :)

Recent Comments | Recent Posts


designed by: Website Builder | Coded by: Blog Directory | Provided by: Wedding photojournalism chicago
FireStats icon Powered by FireStats

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 10 access attempts.

bottom