Recent News

berkecamuk!

Posted by cicak on June 30th, 2008

Wah kira lama suda sa x post entry ni. Selalu sibuk bloghop saja. Rasa-rasanya yang sa mo cakap, sudah pun di cakap oleh kwn-kwn bloggers yang lain. Jadi trus kira mcm xda suda sa mo cakap.

Pasal minyak, pasal politik, pasal krisis makanan sedunia, kebanyakan suda kana cakap. Pasal BAAAAAARU sekarang Kerajaan “KONON”nya mo buat operasi besar-besaran pasal pembanterasan PTI / PATI di Sabah, boring suda mo cakap.
Tapi syukur syukran la juga kan at least durang mo BUAT juga. Jangan tia ikhlas buat sesuatu, nanti Tuhan ndak berkat oo00o0o…..

Sudah tu ada dgr pasal TPM mo kasi RM1 juta sama pemenang emas di Olimpik Beijing? Wow! Amazing! Dari mana tu duit dtg tu? Duit rakyat? Wow RM1 juta, kalau dilaburkan untuk membanteras penduduk-penduduk miskin tegar di Sabah ni, yang masih banyak ni, banyak family yang menderita boleh diselamatkan tu. Tapi seriously, tu duit persendirian ka mr TPM? Oh, sa rasa itu la dari setengah billion komisyen dari pembelian kapal selam tu kan? Tu yang sampai si Altantuya kena bom tu?
Namau la kalo gitu, WANG HARAM tuh. Ko kasi saja la tu atlit, tapi sa rasa tu atlit pun tia mo tu duit kalau wang dari sumber yang tia berkat. Eeeiii……….

Sudaitu, dengar lagi pasal DSAI kena tuduh liwat lagi?
Bangas suda isu liwat, yang sa rasa rakyat tia pecaya dulu ni. Ko tinguk apa jadi sama yang tuduh dia dulu? Kena musibah, karma la tu. What goes around comes around. Kamu fitnah, at the end of the day, eksiden ka apa ka, rot in hell wooo…
Sekarang timbul lagi tu tuduhan. Kalau dulu, si Tun yang buat, skrg ni jeng jeng jeng siapa ah?
Tah kenapa durang takut betul sama DSAI ni, sama-sama orang Melayu. Sama2 makan nasi. Kalau kena bawa bersemuka mo berdebat, tia pula berani. Apa? si DSAI juara pidato ka apa? Ka yang di bawa berdebat tu teda biji ka apa? Ka mmg DSAI ada bukti yang buli membuatkan si yang dituduh tu sakit jantung. Tula mo men cara kutur pula.
Sa marah bukan pasal si DSAI kana tuduh lagi.. tapi sa marah pasal apa durang ingat ni rakyat PALUI sangatka mo pecaya propaganda yang sama begitu?

Banyak juga la berita hangat ni. Tia putus-putus oh. Sekali ingat punya ingat, kurang pula berita sensasi ni sebelum pemimpin kita betukar dulu kan?

paklah

The Greatest

Posted by cicak on June 22nd, 2008

Saja feeling blue selepas funeral, lagu The Greatest oleh CatPower yang sa embed di sidebar sa ni semakin mendayu-dayu.
Sa suka dengar Catpower (penyanyi solo, Chan Marshall) sebab musik dia sungguh melankolik.

chan

Ni lirik dia.

Once I wanted to be the greatest
No wind or waterfall could STALL me
And then came the rush of the flood
The stars at night turned DEEP to dust

Melt me down
into big black armour
Leave no trace
Of grace
Just in your honor
Lower me down
TO CULPRIT SOUTH
Make ‘EM WASH A SPACE IN TOWN
FOR THE LEAD
AND THE DREGS OF MY BED
I’VE BEEN SLEEPING
Lower me down
PIN ME IN
Secure the grounds
For the later parade

Once I wanted to be the greatest
TWO FISTS OF SOLID ROCK
WITH BRAINS THAT COULD EXPLAIN
Any feeling
Lower me down
PIN ME IN
Secure the grounds
FOR THE LEAD
AND THE DREGS OF MY BED
I’VE BEEN SLEEPING
For the later parade

Once I wanted to be the greatest
No wind or water fall could STALL me
And then came the rush of the flood
The stars at night turned DEEP to dust

Bapak..

Posted by cicak on June 21st, 2008

Bah, apa kabar kamurang? Sa harap sihat-sihat lah warga Malaysia semuanya.
Sa ok saja ni. Cuma sia baru balik dari kampung sia sono Toboh, Tambunan.
Sa punya datuk meninggal. Datuk sebelah bapa.

Dulu si Aki yang meninggal (datuk sebelah mama). Skrg si ‘Bapak’ pula yg meninggal.
Walaupun sebagai seorang yang dewasa, yang mmg aware, benda seperti ini akan terjadi kepada kita, nobody is immortal, sa tetap mengalirkan air mata, atas pemergian Bapak.

Dulu bila sa balik kampung, sa akan jadi perhatian. Walaupun sa ni anak ketiga kepada anak sulung Bapak, tapi sa adalah anak lelaki. Jadi sa ni FIRST SON of the FIRST SON lah kunun.
Sa x bulih recall suda memori-memori dulu waktu kicik di kampung,
tapi sa masih ingat,

Si Bapak rapat dengan sa (time sa kicik), sebab sa slalu tidur di bilik dia. Dia slalu marah tu sebab sa gatal tangan mo p ‘usuk-usuk’ (menyelongkar) barang-barang di bilik dia. Sa masih ingat sa nampak gambar-gambar lama yang bulih tahan juga la teknologi dia, buli kasi double gmbr tu. Mcm kita sama diri sendiri begambar, cloned.

Si Bapak ada ‘grandfather clock’ yang pendulum dia bebunyi ‘tik tok tik tok tik tok’ dan kalau jam 12 malam, DONG DONG DONG macam dalam filem P.Ramlee tu. Tapi musnah masa rumah Bapak kebakaran dulu.

Si Bapak seorang yang tagap, masol dia bulat-bulat mcm telur burung unta, di bisep dia.
Sa rasa kalau anak-anak dia ‘mipulos’ (gusti tangan) sama dia, Bapak tatap manang punia.

Si Bapak dulu pernah isap sigup, pakai pipe. mcm Popeye tu. Tia tau pula bila dia teberenti. Kana marah Auntie Jo / Auntie Pollo mungkin. (Dua-dua anak dia tu, jururawat)

Si Bapak selalu bawa sa pigi ’sondot’ di dekat sungai, sana ada kulam ikan dia. Selalu sa p ambil ‘pupuk’ (hampa padi) kasi makan ikan-ikan dia. Ada masa dulu, sekeluarga anak-anak Bapak akan ‘ayas’ (kasi kering) tu kulam, ikan-ikan piara banyak lagi tu. Dan sa pernah nampak juga durang pungut ‘butod’ (ulat rumbia) untuk dijadikan makanan. (Yak! tapi dulu sa pernah makan juga la)

Si Bapak sinonim dengan warna hijau tua. (Bagi sa la) Sebab sa slalu nampak dia berpakaian mcm askar. Bah, tambahan pula, dia ni memang bekas Pulis, berkhidmat time Kota Kinabalu, masih kana panggil ‘Jesselton’. Bapak juga ada ’sinapang kerajaan’, tapi tia tau lah, mungkin sudah musnah time rumah Bapak tebakar dulu.

Si Bapak dulu pernah asyik begaduh saja sama si Mama (nenek). Sampai anak kedua dia, Aunt Pauline pernah cakap duuuulu, “wah IRAN sama IRAQ berperang” (time tu memang IRAN dan IRAQ berperang).

Si Bapak punya bahasa Dusun, pelat dan kelat dengan slang Toboh.
Slang Toboh, kalau ‘waig’ (air), dia sebut ‘weg’
Slang Toboh, kalau ‘kerbau’ (kerbau) dia sebut ‘korob-boh’
Slang Toboh, kalau ‘walai’ (rumah) dia sebut ‘dualey’
dan macam-macam lagi.

Si Bapak kalau ketawa, ada bunyi ‘kikkkkkkkkkkkkkkkkk….’ yang panjang.

Si Bapak seorang yang kelakar, dia selalu pigi angkat cucu-cucu dia, pastu dia kasi gisil janggut dia yang baru mula mau tumbuh (masih tajam-tajam) tu di dada atau di leher kami. Apa lagi beteriak la cucu-cucu dia.

Si Bapak ambil si Gadi pula sebagai ‘pengikut’, selepas sa x lagi selalu di kampung. Si Gadi ialah FIRST SON of the LAST SON. Anak bungsu si bapa ni, seorang penyanyi lokal.

Si Bapak ada 8 orang anak (1 meninggal lebih awal), dan skarang, mempunyai cucu sebanyak, aiyah, tia tekira. Tapi ramai lah. Walaupun cucu dia, baru 1 yang suda bekawin dan ada anak. Iaitu anak kakak sa yg numbur 2, si Zoe.

Banyak lagi yang sa buli ingat pasal Bapak, tapi bukan semua buli post sini.
Paling sa ingat, dia cakap sama sa, “kalau ko dapat numbur satu, sa kasi boli kau bosikol”.
zaman itu, sapa-sapa yang ada basikal, KAYA laitu.
Guess what? SA DAPATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT…
tapi sa x buli recall, si Bapak kah, atau si Daddy yang beli? Ah, yang penting, dulu sa ada bosikol. Warna kuning lagi tu.

Sekarang si Bapak sudah tiada.
Kami sekeluarga besar, berabis suda menangis tetapi kami merelakan pemergian beliau, with dignity. Si Bapak tia pernah cari gaduh sama orang, ataupun buat hal.
Paling-paling pun, dia yang pernah kana tipu orang.

Jadi Bapak, kami berdoa semoga roh Bapak, dicucuri rahmat, Rest In Peace.
Jangan risaukan kami, we will manage. Harap-haraplah.

Dan oh, sa ada jumpa kazen sa, yg juga seorang blogger, tuan punya http://kadazandusun.my
bersama isterinya. Cute couple.

Terima kasih kepada yang datang ke rumah utk pay final respects.
May his soul rest in peace.

bapak.jpg

RM210!

Posted by cicak on June 8th, 2008

Wah wah wah bos!
Kemarin dulu sa punya kereta baru keluar dari workshop bah. Setelah 8 bulan lebih memburuk di sana. Jadi ‘bosou’ sudah.
Last-last, keluar la juga dia. Itu lah keburukan kalau mo bikin kerita 99% tanggungan INSURAN.

Diulangi, INSURAN!

Sia punya kereta, insured by AmFinance.
Bukan sia mo kasi buruk-buruk AmFinance lah kan. Tapi btul-btul lah. Jara sa kena nih.
Mula-mula, diorang cakap, itu “jurunilai” yang akan datang pigi nilai kau punya kerosakan kereta.

Sa rasa, itu jurunilai ambil ’shortcut’ lah. Walaupun sistem insuran durang ni, di’handle’ secara ‘online’ (yang sepatutnya mempercepatkan proses) iaitu melalui sistem MERIMEN. (www.merimen.com.my)
Melambatkan lah pula. Apa maksud sa dengan ’shortcut’,
itu jurunilai tida datang. Dia harap saja itu WORKSHOP untuk ‘ambil gambar’ dan send sama dia secara online. Melalui e-mail ka apa ka.

Jadi ini WORKSHOP punya pekerja, dia cek-cek saja lah. Tulis itu ini kerosakan. Dan kira claim begini-begini.
Jadi, post sama Merimen, dan claim begini - begini, sekian sekian HARGA.
Lepas tu sia dapat SMS dari AmFinance, yang menyatakan “CLAIM ANDA SUDAH DILULUSKAN”.

Bah jadi gembira lah si kawan. Ingat tu kereta dalam sebulan dua lagi, ok sudah.
Sekalinya, datang tu ’second boss’, pigi RECHECK kerosakan tu kereta. dan ALALALALALALLAALLALALALALLA!!!
Bos!
Rosak pula dia punya engine block ni bos! Mana boleh cukup RM7k ni bos. Mau lebih ini! Mungkin mo RM20k ini mau claim!

Nah jadi apa macam dengan claim yang sebelumnya? Suru itu workshop yang kasi explain sama tu AmFinance.
Tapi diorang tau, diorang yang tia check betul2. Kalau sia report sama TRIBUNAL PENGGUNA, itu jurunilai deluan kena.
Kedua, itu workshop. Ketiga, itu insuran.

Apa macam diorang buat kerja?

Jadi apa kejadian, maka 1 bulan terbungkang laitu besi buruk di sana. Segala macam haiwan sudah bermastautin di dalam. Al-maklumlah, benda hancur lepas eksiden. Semua benda pun mo p bikin rumah.
Lama-lama sa telepon workshop, tanya update, dia cakap “Bagus kau telepon itu INSURAN. Bagus kau minta TOTAL LOSS”.

“TOTAL LOSS”?

So, sia teda jalan lain, sia tulis surat, dan telepon, minta TOTAL LOSS. Supaya itu kereta x payah buat sudah. Buang saja pigi scrap. Maksud dia, itu Ambank kasi cari sa satu kereta yang seakan-akan mcm ni lah. Second hand. Wira Aeroback 1.3 keluaran 2001.

Sekali tu Amfinance cakap “Alah. We cannot accommodate”. So you have to wait for another CHECK by the ‘jurunilai’, supaya kami boleh approve kamu punya new claim”.
Hmmmmmmmmmmmmmm………………

After waiting for so long, claim baru sampai, so itu workshop pun mula lah buat kerja. Until dia suda siap, dan until yesterday, kami pigi KK.

Me, my little sister Alyne, my younger brother Kilok and Dad.

Penampang, ada runtuh dekat Kolopis.

kolopis

Hujan mencurah-curah tia berenti. Sia baru pasang tu ‘cap’ di tengah-tengah rim tu yang ada betulis “proton”. RM10 lagi tu 1 biji. Silaka. Pasal ujan, tecabut bila si beliau radak saja limpas tu air-air yang bertakung.

dan paling sandi, sia belanja RM210, untuk petrol.
Pigi kk jalan Tambunan, n den pulang, jalan Kimanis.

THANKS FOR NOTHING PAK LAH!

HABISLAH KITA!

Posted by cicak on June 4th, 2008

Ini lah KEZUTAN paling gampang skali di abad ini! Selama umur Malaysia, berapa umur Malaysia? Kira lah berapa tahun suda kita “MERDEKA”?

Sa macam tia picaya ja bila beliau sa dengan muka pucat, menyuru sia tukar channel dari TV3, pigi Astro Awani. Pui! Manada kita ada Astro Awani lagi, sudah habis tempoh ‘pengenalan channel’ lah!
“Kanapa?” sa tanya. “Angkol ko cakap, ada pengumuman, mulai tengah malam ini, minyak naik harga!”

“AIK?” sa bilang. “Bukan semalam tu MENTERI KEWANGAN di TV1 ada cakap harga minyak baru, bulan 8 kah?”
sa mcm tia picaya ja ni. Tapi bila sa masuk chatting di IRC, semua urang sedang sibuk pasal harga minyak. Sampai si Appleboy yang sedang jaga kadai dia dkt Shell sana pun cakap “Nah! ada suda belanggar!”. “Jem sekarang di Keningau”.

Beliau sa terus pi stesen minyak. Harap2 dia sampat la tinguk TV3 punya Buletin Utama ni.
JENG JEJENGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!

Mo dakat pukul 11 sudah ging, baru beliau sa dpt balik p rumah. Muka dia ada bermacam-macam emosi sa nampak. Ada lah hairan, ada lah marah, becampur-campur. “Tidak pernah sia nampak oh begitu keadaan kereta di Keningau” dia cakap.
Dan sa dapat bayangkan, HURU HARA!

HABIS LAH KITA! Kenapa?
Sebab minyak lah “KUNCI” segala kenaikan harga barang. Mungkin tengah malam tadi, minyak telah naik, kenaikan harga yang paling tinggi. Pacah la rekod ulih si PM-Tukang-Tidur tuh!
Sa sempat tinguk skit melalui TV3 online tadi, si tua kutuk PM tu sedang memberi penjelasan.
Yang sia dpt tangkap, tia pasti la betul ka inda, ada “PENGURANGAN BEBANAN” (cam sial saja tu perkataan), dengan memberi WANG TUNAI kepada motorists, dan buli dpt time p bayar roadtax.

SIAL! Tadi sa p bayar insuran sama roadtax. Teda pun duit kana kasik?
Jadi yang sudah bayar, acamana lah?
Sudah tu, sa dapat tangkap dia cakap, “Harga subsidi minyak untuk nelayan dinaikkan daripada RM1.00 ke RM1.40++”
DAN, akhirnya, sia pun terperasan satu perkataan yang selama ini digunakan bersama dalam tema MINYAK di negara kita ni.

Apa dia perkataan itu? SUBSIDI.

Selalu sa dengar tu perkataan, bila ia dikaitkan dengan perkataan lain, iaitu BAJA.
Kan? Baja Subsidi. Itu lah perkataan sinonim btul sama dia. Mcm laki-bini yang sedang berhanimun setiap masa. Eh, lain pula sa punya perumpamaan ni.

Apa baitu subsidi? Jadi sia teda kamus B. Melayu sini, sia cari la di Wikipedia. Dia cakap,
Subsidy, (also known as a subvention) is a form of financial assistance paid to a business or economic sector. A subsidy can be used to support businesses that might otherwise fail, or to encourage activities that would otherwise not take place.

Subsidies can be regarded as a form of protectionism or trade barrier by making domestic goods and services artificially competitive against imports. Subsidies may distort markets, and can impose large economic costs.[1]

Financial assistance in the form of a subsidy may come from one’s government, but the term subsidy may also refer to assistance granted by others, such as individuals or non-governmental institutions, although these would be more commonly described as charity.

Sa bukan lah pandai sangat dalam BI nih. BI sia tia pernah improve sejak dari Sekolah Menengah lagi. Asik itu itu saja. Macam kapla utak sia ni sudah panuh kunun. Ceh, panuh kunun.
Melalui Wikipedia, sa dapat tangkap yang sebenarnya subsidi ni, ialah BANTUAN dari segi KEWANGAN. Dia cakap sana “financial assistance” kan?
Jadi kalau kita kaitkan dia dengan minyak? What the hell kena mengena SUBSIDI dengan MINYAK?

Jadi sa tanya la beliau sia. (Hormat urang tua sebagai lebih pengalaman kenen ~ padahal malas membaca di Internet).
Beliau sa cakap, “SUBSIDI tuuuuu….. kira macam, KERAJAAN BELI MINYAK dari luar, lepas itu dia jual balik sama rakyat, tapi dengan harga LEBIH MURAH”. Kira dia kasi SUBSIDI la bah tu.
Sa slalu dengar harga minyak di pasaran, sudah USD122+ 1 tong.
Mahal tu sa rasa. Jadi, beli begitu, n den jual balik sama rakyat dengan harga murah? WOW, baiknya hati KERAJAAN nih, kunun-kunun sia becakap.
Skali beliau sa menambah, JADI APA LAH BIKIN MINYAK-MINYAK KITA DI MALAYSIA?

Aik, yakan, kita ni negara pengeluar minyak. Well, x lah sebanyak mana, tapi kita tetap EKSPORT! Aik? Kenapa kita EKSPORT kalau sendiri pun tia cukup minyak? Apa? kita tia buli meh proses sendiri tu minyak? Trus beliau sa menambah “Untuk MENGIMBANGI EKSPORT/IMPORT KUNUNNNNNNNNNNN”.

Rasa2nya, sia tia dapat terima alasan gitu, tapi what the hell, sa bukan lah scholar dalam bidang ekonomi, jadi someone please explain to me.
Buat masa sekarang, sia baca Malaysia-Today saja. And this one is one good comment.

A fisherman caught a sea bass and cooked it for his son to eat. Before his son could eat the sea bass, the father asked his son to pay up $10.

The son thought that the fish was caught abundantly from nature and therefore at little or no cost, asked his father why.

The father said “son if I buy that fish in the market, the fish would cost you $15. Therefore, you should be thankful that I’m asking you to pay only $10 because I had subsidised $5 for you!”

******************************************************* **************************

Substitute father with Badawi, sea bass with petrol and son with Malaysians and you will see the simple logic and how the BN government has hoodwinked us as if it had generously subsidised us all these years!

Komputer bersaiz keyboard

Posted by cicak on June 3rd, 2008

Computer ka lagi ne?

zpc-9100

nah, pigi link ni –> http://www.cybernetman.com/pop/pop_9100_overall.cfm

Tinggal sambung monitor saja, trus jadi desktop PC yg sungguh menjimatkan ruang. Butul ka? Kenapa sia nampak produk mcm ni nampak macam ‘produk murah’ ah? Padahal bukan senang mo buat ni?

Mungkin design dia. Ka apa? Entah

Kenapa musik Indonesia?

Posted by cicak on June 1st, 2008

Ada band-band dari Malaysia yang pernah meluahkan rasa tia puas hati durang pasal band-band dari Indonesia ni. Kenapa urang Malaysia, bukan saja yg di semenanjung, tapi juga Sabah & Sarawak, begitu ‘tertarik’ sama kumpulan-kumpulan Indonesia.

Mengikut kiraan sa sendiri, sa rasa band-band Indonesia yang pernah dan masih pemes di Malaysia ialah SheilaOn7, Dewa (Dewa19), Padi, Gigi, Element, Peterpan, Radja, Samsons, Ungu dan macam-macam lagi.
Sa sendiri amat meminati kumpulan Dewa19, Padi dan beberapa kumpulan musik Indonesia yang lain seperti Jikustik dan Naif.

So, kenapa musik Indonesia? Apa yang best sangat? Adakah dia jadi satu trend, di mana orang tiba-tiba semua mau suka semua produk dari negara seberang?
Pendapat peribadi, sa rasa orang sudah mulai boring dengan ’stereotaip’ lagu Jiwang Malaysia.
Bukannya lagu jiwang kita tia pernah pemes d Indonesia.
Kumpulan Search misalnya, pernah jadi siulan tu di Indonesia. Tu belum masuk artis-artis perempuan. Durang sana amat suka sama Siti Nurhaliza!

Jadi mungkin sekarang ini, influence muzik durang, jadi ikutan pula oleh pemuzik Malaysia. Contohnya band Flop Poppy yang dulu cuma band yang beraksi di arena Underground. Bila dia naik mainstream, urang cakap “Eh? Ini band Indon kaini?”. Sia giling kapala saja, sebab sia tau, durang orang Malaysia. Termasuklah lagi kumpulan-kumpulan baru seperti 6ixth Sense, Sofaz dan satu band yang sa suka btul baru-baru ni. HUJAN. I’m a rainger!

Bah, nanti sa sambung ini post. Mo p makan kacang bendi dulu. Sia tinggalkan kamurang dengan ini lagu dari Andra And The Backbone

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Recent Comments | Recent Posts


designed by: Website Builder | Coded by: Blog Directory | Provided by: Wedding photojournalism chicago
FireStats icon Powered by FireStats

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 10 access attempts.

bottom