Lagi Klip Bujang Lapuk
Public July 11th, 2008Bah apa kabar kawan-kawan? Harap semua ok aaa.
Sa akhir-akhir ni bz skit sama kerja. Budak-budak darjah 6 berkampung bah. Jadi bukan pagi saja ada kelas. Petang ada, malam pun ada. Siang malam oh. Harap2 berbaloi la keringat yang keluar, untuk mengubah nasib anak bangsa, keluar dari kancah kemiskinan. Wow, niat bah, tia salah kan. Eseh..
Ni, asal sa hujung minggu sa balik p rumah di Keningau ni, adaaa saja ‘bahan’ baru yang adik bungsu sa kasi kenal, supaya sa sentiasa ‘updated’ sama benda-benda dari Internet. Mostly, pasal benda-benda lucu lah.
Kamurang biasa sama Youtube kan? Kalau kira, Youtube ni la website untuk video sharing yang terbesar sekali. Dan kalau tia silap sia, Google yang punya suda ni selepas dia beli dari tuan punya website beberapa tahun lepas. (untung oh tu previous owner. juta-juta USD dia dpt kalau sa x silap tu). Sia sendiri pun ada akaun Youtube dan kamurang buli cek video-video sa yang entah hapa-hapa, di http://www.youtube.com/geckoirc
Oklah, mengenai tajuk entry, pemes betul klip Bujang Lapuk ni kan?
Alaaaa.. adegan P. Ramlee, Aziz Sattar dan M. Shamsudin atau secara ringkas, Si Ramlee, Si Ajis dan Si Sudin dalam series Bujang Lapuk diorang tu bah. Eiikkkkkk munceceh munceceh munceceh…
Sebagai Malaysian, sa sendiri pun enjoy betul dengan movie otai yang penuh originality mcm filem-filem P.Ramlee ni. Kan kebanyakan dialog diaorang dulu-dulu tu spontan saja. Tu la pasal lawak dia tu bisa betul. Bisa bonar! WKkaka..

Klip yang paling pemes ialah klip polis bagitau si nenek yang pekak badak pasal laki dia, si Pak Mat Tempe eksiden, ditolong oleh si Sudin.
Klip original dia,
Lepas tu keluar pula versi Sabahan, slang Pantai Barat (Tawau, Sandakan dll)
Tia lama kemudian, keluar pula versi bahasa Dusun, yang di’upload’ oleh ging sa sendiri, Mr. Bakakukakak
Lepas tu, Slang Murut pun ada! Siap bagi nama “Ampalus” lagi tuh! Ni ‘dubbing’ paling OK dlm series ni. Siap ada bunyi cengkerik.
Dan kemarin, punya la sa katawa berabis mendengar versi bahasa Tausug / Suluk
Tu yang paling latest la yg sa tau. Cuba dgr betul2 tu versi Tausug. Betul-betul mcm Pelipin punya bahasa. Whkahahkahkahka!!
Ada banyak lagi versi alihbahasa ni kalau kamurang cek-cek di Youtube. Kalau sa x silap, klip video “Sabahan Flashman” tu la yang first sa nampak. Lucu gila babeng ni.
Oklah, sekarang sepatah dua kata pula.
Selain daripada menjadi website untuk sharing video yang paling terkemuka dalam Internet ni, Youtube juga menjadi gelanggang untuk budak-budak tadika bergaduh sesama sendiri. Hahkahkahkahk…
Selalunya bergaduh pasal AGAMA, RACISM dan kadang-kadang PLAIN STUPIDITY.
Pendapat sa, apa2 pun benda yang disurung sama kita, mesti dinilai dari segala sudut yang ada. Kalau lah betul dunia ni ada 4 dimensi, lihat la dia dari semua dimensi yang ada!
Selepas semua sudah dinilai mengikut akal yang dikurniakan Tuhan, maka komenlah kalau perlu. Ingat,
“intellects SPEAK because they have something to say, and idiots SPEAK because they have to say something”
Sebelum buat apa-apa remarks yang akan memulakan ‘pergaduhan budak-budak tadika’, sila fikir dahulu.
Sa tau, hidup dalam masyarakat majmuk, kita sudah diSUMBAT MULUT oleh yang memerintah, untuk sentiasa takut menyuarakan pendapat. Diorang cakap ISU SENSITIF tia buli kana kasi main-main. Sedangkan diorang yang paling banyak menyuarakan perkauman setiap kali berhimpun. Siapa bah tu yang kalau suda begumpul, asik sebut pasal bangsa duranggg saja.
Siapa ah? So ironic.
Oklah, setakat tu dulu, enjoy the videos, bangga la sebab kita banyak juru alihbahasa, dan SENTIASA bagi KREDIT kepada filem-filem P. Ramlee.




