Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,
Apa kabar? Harap2 baik la aaaa..
Banyak blog entry yang tertinggal nih. Berlambak di bahagian drafts. Setelah berfikir, sa delete draft2 yg tidak perlu. Contohnya pandangan sa terhadap Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh, tentang BERHENTInya sudah pembanterasan PATI/PTI di kawasan ini (ada penjelasan mengatakan pihak tersebut sedang FOKUS kepada pilihanraya. Yalah, Sabahan ni kan RAKYAT KELAS BAWAHAN, bulih la dikasi uncit apa-apa hal sini).
Wah, belum-belum lagi sudah ada emosi di situ.
Sebenarnya sa mo menulis bukan didorong dengan emosi, nanti kata-kata yang keluar, bukannya berasal dari akal fikiran tetapi datang dari perasaan yang akhirnya boleh menampakkan kelemahan diri sendiri, selanjutnya menuju entah ke mana. Tiada arah tuju. Sasat.
Bila diamat-amati, blog sa ini banyak dipenuhi dengan artikel-artikel yang berbaur “anti-kerajaan” dan bersifat kritis, mengomplen.
Lepas itu, laras bahasa yg sa gunakan semakin banyak berubah, daripada laras bahasa seorang Sabahan yang ingin menulis blog dengan menggunakan Bahasa Melayu “Pasar” Sabah kepada menggunakan laras bahasa yang lebih….. “skema”.
Sa sedih dengan perubahan itu. Sepatutnya sa menulis sesuatu yang menggembirakan. Blog dan Internet bukannya segala-galanya tentang politik. Kalau mo baca blog politik, ada beratus-ratus di tempat lain. Boleh baca sampai muntah.
Dan penulis-penulisnya bukan alang-alang. Kalau kamurang mo membaca blog politik, selalunya apa yang kamurang tengok dahulu? Adakah isi atau tajuk yang dikupas atau di’blog’kan itu atau SIAPA PENULISNYA?
Selain daripada blog-blog yang menceritakan tentang hal peribadi, hal saya pergi sini saya pergi sana, “camwhoring”, resepi, tagging-menagging, gossip dan sebagainya, sa amat meminati blog yang mempunyai
1) Sesuatu untuk difikirkan
2) Sesuatu untuk dilihat
3) Sesuatu yang benar
4) Sesuatu yang sa tidak tau
5) Sesuatu yang menghiburkan
Sa percaya, dengan melawat blog-blog yang mempunyai nilai-nilai seperti di atas, sa akan menjadi seorang manusia yang lebih menghargai akan setiap detik kehidupan yang sa alami. Supaya tidak terjadi ‘makan, titul, melakkkk’ (pelat Cina) seperti mana seorang tauke di Tanjung Aru, KK perkatakan semasa zaman kanak-kanak sa dahulu.
‘Jangan jadi macam itu, apa mau makan?’ kata beliau.
Apabila kita menggunakan otak kita selepas membaca benda-benda sebegitu, baru lah ada pula tindakbalas yang dikatakan sebagai ‘respon’ kepada hal-hal yang dibaca. Anu, sa bukan la seorang cendikiawan tetapi apa yang sa pikirkan, boleh sa taip semula di blog ini, utk di’telan’ oleh org lain yang kemudiannya akan mengeluarkan pendapat pula, di sana, UTAK kita akan digunakan, tidak la sia-sia.
Kemudian, isi yang hendak disampaikan perlu JELAS.
Sa rasa entry sa ni tidak jelas. Sebab sa sendiri pun kabur-kabur.
Ujung-ujung, orang yang melawat akan tepuk dahi dan berkata “apa bah si Gaman ini melalut ni? Terlebih montoku ka?”.
Sa tida pandai minum montoku ah. Sorry. Dulu parna la mangkali, tapi skrg sudah tua-tua ini, insap sudah.
OK, sampai lah waktu sa mo ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka (yang ke 51). Lantak la kamu. Malu juga mo cakap, tapi Sabah dan Sarawak join Malaya pada 1963 membentuk sebuah negara bernama “Malaysia”. Jadi, hari Merdeka yang kita sambut ini, sebenarnya Hari Merdeka Malaya. Bukan Malaysia.
Ahh.. Sa malas lah mo cakap pasal itu. Hari tu bukan main lagi ahli-ahli politik Sabah kita bercakap pasal benda tu di surat-surat khabar. Orang semua sudah tau. Tapi bila ada orang atasan cakap “HOI! Jangan kamu cakap pasal itu. Sensitif itu”. Terus tediam kan ahli politik kita. Teda ba yang boleh diharap politikus di Sabah ini.
Kamu mo harap si BigFoot yang kuat cakap perempuan bocor, dan siap bagi isyarat lucah lagi di Dewan Parlimen? Sorry lah.
Apa-apapun, sejauh mana bergolak pun politik negara kita, jan la sampai kita terpaksa betatak sama sendiri suatu hari nanti. Tulunglah.






Recent Comments