Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,

Post ni, khusus untuk Sabahan aaaa. Jadi yang bukan Sabahan, sila la paham akan keadaan urang-urang sini ni.

Politik di negara kita ni semakin hari semakin gawat dan menggegarkan. Bah, dari dulu lagi dia begitu bah kan. Kadang-kadang sa tepikir sendiri, bila lah semua ini akan berakhir? Akan wujudkah persefahaman di antara rakyat majmuk dan berlainan agama yang dibangga-banggakan di negara kita ni?
Selalu sa amat berbangga dengan tagline “UNITY IN DIVERSITY” yang kita pegang ni. Cuma berapa kerat sangatlah manusia yang betul-betul menghargai ‘ketaksamaan’ kita dan melihat sesuatu yang unik daripadanya.

Cabaran untuk hidup berbilang kaum dan agama ini amat lah besar. Ini lah sebenarnya ‘kerja kita’ untuk memastikan generasi hadapan, hidup dengan sejahtera dan tinggi nilai hormat-menghormatinya. Regardless of race and religion, we have our common thing that is very important to us; HUMANITY.

Bah, itu tia paya la sa kasi ulas panjang-panjang. Sa percaya pembaca Internet semuanya bijak-bijak dan berfikiran kritis serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut.

Merujuk kepada perkataan “BIJAK” ini, lucu pula bila baru-baru ini sa ternampak sesuatu yang “BIJAK” dijalankan oleh KERAJAAN kita.
Apa yang bijak? Khusus untuk Sabahan, kita telah mendapat JAMINAN untuk CUBA menyelesaikan satu MASALAH yang sudah sekian lama TERPURUK di Sabah ini. Iaitu jeng jeng jeng!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

P.A.T.I

Bukan pati lembu ah, atau pati ayam ka apa ka. PATI ialah abbreviation utk Pendatang Asing Tanpa Izin. Dulu istilah dia ialah PTI, entah kenapa tiba-tiba ada pula abbreviation PATI ni. Apa? Ada ka Pendatang Tanpa Izin yang bukan “ASING”?
Lucu betul lah bahasa kita nih.
Macam tu perkataan “baru” dan “baharu” juga. Kamurang tia perasan ka perkataan “baharu” digunakan secara meluas di iklan-iklan TV? Tu “baru” mo di kasi ganti ka apa?

OKlah, nanti melalut pula sa. Apa yang sa cakap BIJAK ialah, katakan lah anda ialah seorang POLIS atau PENGUATKUASA.
Bila anda mau menjalankan RAID atau SERBUAN, atau istilah paling senang, RANCANGAN MO MENANGKAP seseorang atau sesuatu tempat itu,
ADAKAH ANDA AKAN MEMBERITAHU SI SASARAN AKAN PERBUATAN / RANCANGAN ANDA?

Bijak betul kan? Bila di dada-dada akhbar, keluarlah INFO / MAKLUMAT mengenai bila dan dimana serbuan untuk menangkap WARGA ASING (lucu betul ada perkataan ‘warga’) tersebut.

Oi! Kalau mau serbu, buat apa bagitau?
Bijak-bijak.

Jadi sekarang ni, jika anda ialah seorang Sabahan sejati, anda akan nampak kumpulan-kumpulan PATI ini menghilangkan diri. Ada yang masuk pi hutan tebal. Ada yang bertapuk entah di mana. Semua siap dengan strategi masing-masing. Alah sebab suda di kasitau kan bila mo kena tangkap.
Nanti sudah lepas operasi, nah bekeluaran balik tu semua.

Jadi, bila kah masalah PATI di Sabah ini akan berakhir? Tepuklah dada oi.

Baru-baru ini sa di’beri cadangan’ oleh seseorang yang bekerja dengan satu Jabatan kerajaan ni, untuk menyenaraikan tempat-tempat ‘persembunyian’ PATI di Keningau, daerah sa ni.
Secara peribadi, sa tau beberapa orang yang tidak mempunyai PAS perjalanan yang SAH, malah ada yang tidak pandai cakap B.Melayu pun. Pilak berabis lah.

Apakah yang perlu sa buat? Kalau anda? :)