Salam sejahtera semua, nampaknya sa rajin betul ni ari sampai mau post 2 entry dlm hari ini. Eseh.
Bukan apa, lama tida post entry kan. Bz, sekarang bulan 8 suda. Tida abis-abis gerak gempur untuk budak-budak UPSR.

Ok lah, kali ni, post mengenai artikel dalam Berita HAIRAN.
Bukan sekali atau dua kali sa nampak artikel sebegini. Macam dalam bulan lepas pun ada, bulan-bulan lepas, tahun lepas, pun ada!
Apa rakyat ni mo di’sound’ balik2 ka oleh orang-orang ni?
Ka diorang yang tia baca newspaper ni sampai mengeluarkan balik kenyataan yang ‘orang lain suda katakan’. ATAU, si wartawan berita HAIRAN lah yang betul-betul mengHAIRANkan.

Tajuk tu artikel ialah “Perbincangan sentuh sensitiviti kaum, agama perlu dielak”, link.

Artikel tu berbunyi PROOOT macam kentut kamurang. Hahahahaha. Ndak bah. Bunyi nya mcm ni –>

PUTRAJAYA: Sebarang perbincangan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini perlu dielakkan bagi memastikan keharmonian masyarakat setempat tidak terjejas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata perbincangan seumpama itu jika dibiarkan berterusan, dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai salah faham yang akan mendatangkan implikasi buruk kepada rakyat jelata.

Walaupun kerajaan menggalakkan perbincangan secara terbuka yang boleh memberi kesan kepada rakyat, namun jelasnya ia perlu dilakukan dengan penuh berhemah.

“Perbincangan dalam konteks kebebasan dan dalam konteks untuk membincangkan dengan semangat terbuka, ia ada (pengaruh) positif dan negatif.

“Memang kita menggalakkan membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kesan kepada rakyat, tapi dalam masa yang sama kalau ada perkara yang boleh menimbulkan kesan kepada sensitiviti, menyentuh perasaan kaum, agama atau benda yang boleh membangkitkan salah faham, ia perlu kita elakkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini. - Bernama

Sa rasa terpanggil untuk cakap pasal benda ni, ialah kerana, terkilan.
Terkilan, setelah KONON-KONONnya kita sudah merdeka selama 50 TAHUN, fikiran kita langsung tidak berkembang.
Isu seperti ini, pada pendapat sa, dikatakan SENSITIF, sebab TIADA individu yang SANGGUP mengetepikan EMOSI dalam berbincang hal-hal seperti ini.
Setiap individu, akan pro kepada benda-benda yang dipegang. Contohnya, sa mengambil contoh kaum sa sendiri, iaitu kaum DUSUN. (Supaya kaum lain tidak tersinggung - PULAK!)

Stereotype kepada kaum DUSUN ialah, ARAMAITI!, perkataan itu dilaung-laungkan oleh orang kita, Sabah, dengan berkobar-kobar dan penuh semangat. Ya, sebagai seorang berbangsa Dusun, sa faham benar dengan perkataan itu. Walaupun ia boleh didefinisikan dengan perkataan “Meriah” atau “Ramai Orang”, tetapi maksud sebenarnya ialah berkait rapat dengan “happy hours” atau “bersukaria”.

Jadi, “aramaiti” tadi ialah aktiviti-aktiviti seperti bersukaria dengan kehadiran minuman-minuman yang memabukkan seperti tapai, montoku, arak dan sebagainya.
Jadi, DUSUN, stereotype nya ialah ARAMAITI?

Ada orang Dusun yang akan setuju dengan stereotype itu dan ada juga yang tidak bersetuju.
Ada yang bangga, dan ada yang malu. Terpulang kepada diri sendiri. Tiada yang paksa.

Pernahkah kamurang bercerita atau berbincang dengan kawan-kawan mengenai benda ni?
Sa pernah, dan setakat ini, rata-rata kawan yang berbangsa Dusun seperti sa, tidak bersetuju dengan stereotype tersebut.
Kenapa? Sebab stereotype itu NEGATIF. Walaupun ada pendapat mengatakan dengan ‘aramaiti’ itu, kita akan dapat mengeratkan perhubungan sesama kawan, malah jika BOS bawa kita p CLUBBING pun, kita akan ‘aramaiti’ juga. Dan si BOS tadi akan ‘kamceng’ dengan kamu sebab kamu ‘boleh aramaiti’.

Harus diingatkan disini, kita melihat benda tu dari dua perspektif.
Kalau kamurang nampak negatif, maka negatif lah ia dan kalau kamurang menjadikan ia negatif, maka negatif la yang akan menimpa anda. Contohnya, budak sekolah yang telampau ‘aramaiti’ sehingga drop out dari sekolah, akhirnya tidak mempunyai pendidikan yang sempurna dan seterusnya menjalani hidup yang susah.

Kalau ‘positif’ pula, bila si BOS bawa jalan-jalan untuk ‘entertain’ client, banyak ‘peluang business’ akan kita dapat, kenal orang-orang baru yang memang rata-ratanya sukakan ‘aramaiti’. (selalunya bos-bos besar pun suka aramaiti).

Berbalik kepada tadi, BERAPA RAMAIKAH ORANG DUSUN yang tidak MELENTING apabila diajukan soalan seperti ini?
Selalunya apabila yang pi bertanya tu ialah dari kalangan kaum sendiri, tahap ‘kemelentingan’ itu tidak lah terlalu tinggi.
Tapi apabila orang dari kaum lain yang cakap, wah wah wah marah betul si Gaman.

Itu lah maksud sa dengan sensitiviti.
Menurut artikel tadi, perbincangan terbuka digalakkan, tetapi mesti dijalankan dengan penuh berhemah.
Selalunya perbincangan terbuka, bukan DEBAT aaa, cuma perbincangan saja, akan disertai oleh bijak-bijak pandai sebagai wakil suara ramai. Dan hasil perbincangan tadi, akan meninggalkan KESAN kepada rakyat.

Adakah rakyat hari ini tidak dibenarkan berfikir secara terbuka, dan secara independent?
Haruskah rakyat diSUAP sahaja oleh apa yang dikatakan oleh ‘pemimpin-pemimpin’ kita?
Sa percaya, rakyat sudah bijak dan boleh berfikir. Kita mempunyai tahap pemikiran bertaraf dunia. Tapi kalau benda seperti “isu-isu sensitif” ini pun tidak boleh dibincangkan, maka ia akan selama-lamanya menjadi tanda tanya.

Benda yang menjadi tanda tanya lah yang akan menimbulkan ketegangan sebenarnya.
Sebab curiousity kills the cat, pernah dgr pepatah tu ka?

Apa-apapun, harus diteliti juga apakah tujuan satu perbincangan itu. Perbincangan mengenai “Agama mana yang betul?” memang akan menimbulkan ketegangan. Walaubagaimana PALUI pun seseorang individu itu, harus lah pandai berfikir akan tahap sensitiviti tertentu.

Yang sa tia puas hati ni,
ada la pemimpin-pemimpin tu, cakap pasal BANGSA dan AGAMA tu sensitif katanya. Tetapi setiap kali UCAPAN, mesti diselitkan tentang CHAMPIONING their own race and religion. They don’t practice what they preach.

Bukan ka itu HIPOKRIT namanya?