Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,

Salah satu penyakit sebagai seorang manusia ni, lebih-lebih lagi, sebagai seorang yang selalu berdepan dengan monitor komputer. KEBORINGAN.

Tidak kira lah sama ada anda ialah seorang blogger ka atau bukan ka, mesti ada masanya anda akan rasa buring bukan main lagi. Buring seburing buringnya.
Senario sa, sa akan masuk IRC (Internet Relay Chat) dan meng’idle’kan diri. Atau istilah sana, ‘park nick’. Ia adalah satu perbuatan yang amat memboringkan.

Untuk menghilangkan boring, buli juga membaca entry dari blog-blog yang selalu dilawati, atau selalu di’bloghopping’i. Baca apa durang punya aktiviti atau luahan. N den bagi pendapat. Atau lawat saja, baca dan termenung. Akhirnya browser pun ditutup.
Atau p baca random blogs. Bagi sa sendiri, sa akan menghabiskan masa berjam-jam merenung hasil karya kreatif di deviantart.com
Kemudian merungut sendiri bahawa diri sendiri sepatutnya memulakan sendiri satu akaun Deviantart dan berkongsi dengan kawan. Sa boleh melukis kartun, tapi kampung-kampung lah. Tidak lah secantik yang dilukis oleh otai-otai di Deviantart.

Lepas tu, semua laman web berita akan dilawati. Selalunya bermula dengan Berita HAIRAN. Berita arus perdana yang selalunya mengampu kerajaan. Jika ada kebaikan yg dilakukan oleh parti pemerintah, akan disiarkan tetapi jika ia dilakukan oleh parti pembangkang, jarang sekali disiarkan. Mungkin tiada langsung. Peduli lah. Sekurang-kurangnya boleh la tau serba sedikit kepala berita apa yang keluar.
Apabila keboringan, tabloid seperti Malay Mail pun di baca! Atau NewSabahTimes yang lembab betul dalam mengupdate laman webnya. RSS FEED pun tiada. Hmm…

Sebenarnya satu ‘penyakit’ bahaya apabila anda bosan dan mula berfikir benda-benda yang tidak sepatutnya. Macam sa baru-baru ini, tiba-tiba pula membuang ‘filter’ di Google Image Search.

Pernahkan anda mendisablekan filter tersebut? Sekali buang. Wah! Banyak betul gambar teda baju yang keluar. Bila nampak 1, akan cenderung lagi untuk melihat yang seterusnya.
Surfing utk porn di Internet ni, sa rasa, amat ‘lame’ lah. Sebab sa sendiri, dengan tidak malunya, pun pernah berbuat demikian. Bila benda tu balik-balik dilihat, akan menimbulkan kebosanan tu bos. Nanti bini pun malas ditinguk. NAH! itu kan masalah suda tu. (Itu pun kalau tia kedapatan sama bini, meninguk benda-benda mcm tu. kalau kenapatan! habis!)

Jadi apakah solutionnya kepada keboringan?
SHUTDOWN lah.

dan keluar dari rumah. Cari tempat yang mempunyai udara segar.
Sa baru-baru ini ke Ranau dan ke Kundasang. Ikut jalan Keningau - Tambunan - Ranau.
Memang jalanraya sana masih teruk (setelah sekian lama? apa tindakan wakil rakyat sana?).
Menghirup udara segar, sambil melihat pemandangan saujana mata memandang di Kundasang dan sekitar Ranau (yang jarang dilihat di Keningau ni), hilang pula boring sa.

Bagi yang berkeluarga, bawa la tu bini dan anak-anak jalan p berkelah ka apa ka. Mengeratkan hubungan kekeluargaan tu.