Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,

Apa khabar semua?
To fellow Sabahans, macamana RAID d tempat anda? Datang ka pulis ke kawasan anda untuk mencari PTI? (Atau PATI?).

Sekarang ini lah benda hangat yang berlaku. Kalau di tempat sa ni, sa dgr betapuk-tapuk sudah tu PTI. Yang lain sebenarnya datang ‘dengan izin’ (ada Pas Perjalanan). Tapi selepas lama-lama tinggal sini, boring sudah durang mo membayar tu Pas. Durang ndak renew. Jadi tetap jadi illegal la keberadaan durang sini. Apa bulih buat.

Ada juga yg sudah renew pas. Tu sudah menunaikan kewajipan tu. Sa kagum juga sama durang, sbb durang datang dengan izin dan ada pas perjalanan yang sah, tapi durang lebih humble dari PTI-PTI yg tia sedar diri tu. Ada yang teda pas langsung tapi buli pula beteriak-teriak di tengah jalan. Nuisance.

Sebenarnya yang membuatkan orang tempatan benci kurang senang dengan kehadiran PTI ini ialah, perangai dan tabiat yang mereka bawa.
Sesetengah bangsa PTI ni sangat mengagung-agungkan bangsa mereka sendiri. Tidak takut lah. Pantang dicabar lah. Sampai famous slogan “Pantang Lari Kecuali Checking

Memang lucu. Tapi sekarang tidak payah lari. Asalkan ada duit, boleh sudah ‘membeli’ kerakyatan atau senang dilepaskan oleh pihak berkuasa yang korup. Apabila ada raid besar-besaran macam ni, baru lah yang korup-korup dan kurap-kurap tadi malu sikit mo ‘meminta’. Sebab kalau tia silap sa, selain pulis, askar juga dilibatkan. Jarang sekali dengar askar menerima rasuah. Pulis menerima rasuah, depan mata pun pernah nampak.
Jadi askar-askar, jangan kamurang pula belajar aaaaaa…

OK. Pesanan, jika PTI2 tersebut mo lari, mungkin dalam keadaan terdesak, mereka akan panik dan melakukan perkara-perkara yang berada di luar dugaan. Kamurang jaga-jagala. Silap-silap dorang mau bertapuk di rumah kamurang. Habis kamurang diikat dalam almari. Nda ka sandik tu?

Lebihkan alert.
Lebihkan awas.
HAPUSKAN PTI!