Happy Merdeka?
Palui August 25th, 2008Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,
Apa kabar? Harap2 baik la aaaa..
Banyak blog entry yang tertinggal nih. Berlambak di bahagian drafts. Setelah berfikir, sa delete draft2 yg tidak perlu. Contohnya pandangan sa terhadap Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh, tentang BERHENTInya sudah pembanterasan PATI/PTI di kawasan ini (ada penjelasan mengatakan pihak tersebut sedang FOKUS kepada pilihanraya. Yalah, Sabahan ni kan RAKYAT KELAS BAWAHAN, bulih la dikasi uncit apa-apa hal sini).
Wah, belum-belum lagi sudah ada emosi di situ.
Sebenarnya sa mo menulis bukan didorong dengan emosi, nanti kata-kata yang keluar, bukannya berasal dari akal fikiran tetapi datang dari perasaan yang akhirnya boleh menampakkan kelemahan diri sendiri, selanjutnya menuju entah ke mana. Tiada arah tuju. Sasat.
Bila diamat-amati, blog sa ini banyak dipenuhi dengan artikel-artikel yang berbaur “anti-kerajaan” dan bersifat kritis, mengomplen.
Lepas itu, laras bahasa yg sa gunakan semakin banyak berubah, daripada laras bahasa seorang Sabahan yang ingin menulis blog dengan menggunakan Bahasa Melayu “Pasar” Sabah kepada menggunakan laras bahasa yang lebih….. “skema”.
Sa sedih dengan perubahan itu. Sepatutnya sa menulis sesuatu yang menggembirakan. Blog dan Internet bukannya segala-galanya tentang politik. Kalau mo baca blog politik, ada beratus-ratus di tempat lain. Boleh baca sampai muntah.
Dan penulis-penulisnya bukan alang-alang. Kalau kamurang mo membaca blog politik, selalunya apa yang kamurang tengok dahulu? Adakah isi atau tajuk yang dikupas atau di’blog’kan itu atau SIAPA PENULISNYA?
Selain daripada blog-blog yang menceritakan tentang hal peribadi, hal saya pergi sini saya pergi sana, “camwhoring”, resepi, tagging-menagging, gossip dan sebagainya, sa amat meminati blog yang mempunyai
1) Sesuatu untuk difikirkan
2) Sesuatu untuk dilihat
3) Sesuatu yang benar
4) Sesuatu yang sa tidak tau
5) Sesuatu yang menghiburkan
Sa percaya, dengan melawat blog-blog yang mempunyai nilai-nilai seperti di atas, sa akan menjadi seorang manusia yang lebih menghargai akan setiap detik kehidupan yang sa alami. Supaya tidak terjadi ‘makan, titul, melakkkk’ (pelat Cina) seperti mana seorang tauke di Tanjung Aru, KK perkatakan semasa zaman kanak-kanak sa dahulu.
‘Jangan jadi macam itu, apa mau makan?’ kata beliau.
Apabila kita menggunakan otak kita selepas membaca benda-benda sebegitu, baru lah ada pula tindakbalas yang dikatakan sebagai ‘respon’ kepada hal-hal yang dibaca. Anu, sa bukan la seorang cendikiawan tetapi apa yang sa pikirkan, boleh sa taip semula di blog ini, utk di’telan’ oleh org lain yang kemudiannya akan mengeluarkan pendapat pula, di sana, UTAK kita akan digunakan, tidak la sia-sia.
Kemudian, isi yang hendak disampaikan perlu JELAS.
Sa rasa entry sa ni tidak jelas. Sebab sa sendiri pun kabur-kabur.
Ujung-ujung, orang yang melawat akan tepuk dahi dan berkata “apa bah si Gaman ini melalut ni? Terlebih montoku ka?”.
Sa tida pandai minum montoku ah. Sorry. Dulu parna la mangkali, tapi skrg sudah tua-tua ini, insap sudah.
OK, sampai lah waktu sa mo ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka (yang ke 51). Lantak la kamu. Malu juga mo cakap, tapi Sabah dan Sarawak join Malaya pada 1963 membentuk sebuah negara bernama “Malaysia”. Jadi, hari Merdeka yang kita sambut ini, sebenarnya Hari Merdeka Malaya. Bukan Malaysia.
Ahh.. Sa malas lah mo cakap pasal itu. Hari tu bukan main lagi ahli-ahli politik Sabah kita bercakap pasal benda tu di surat-surat khabar. Orang semua sudah tau. Tapi bila ada orang atasan cakap “HOI! Jangan kamu cakap pasal itu. Sensitif itu”. Terus tediam kan ahli politik kita. Teda ba yang boleh diharap politikus di Sabah ini.
Kamu mo harap si BigFoot yang kuat cakap perempuan bocor, dan siap bagi isyarat lucah lagi di Dewan Parlimen? Sorry lah.
Apa-apapun, sejauh mana bergolak pun politik negara kita, jan la sampai kita terpaksa betatak sama sendiri suatu hari nanti. Tulunglah.





August 25th, 2008 at 5:41 pm
kebetulan saya juga ada menulis tentaag merdeka tetapi pendek saja. sebetulnya saya sudah malas mahu mempertikai bila sebenarnya tarikh hari merdeka. walaupun saya tahu dari segi teknikal malaysia dibentuk pada 1963.
nampaknya rakyat tiada ‘kaki’ untuk mengubah sejarah.
cicak:
betul bos. sedangkan pemimpin pun ‘teda kaki’ apa lagi rakyat.
kita tetap kasi sebar dalam blog-blog la. sekurang-kurangnya kita sudah memainkan peranan kita,
walaupun sekecil mana. kan buss.
buduh 1000 kali buduh btul yang menutup mata dan menidakkan sejarah.
rasa macam durang ingat fakta sejarah ni buli ditutup dan didelete mcm partition di hardisk ka apa.
August 25th, 2008 at 7:27 pm
hemmm… sa arap ko jadi wakil rakyat suatu hari nanti.. yang akan tertulis dalam sejarah “who has been change the wrong fact of true Sabahan”..
cicak:
uisis si kuai. kuang asam ko aaaaaa. menguluk. hehehehe.
ndak bah.
kita sebagai rakyat Sabah sentiasa cuba untuk mengubah nasib kita ni. Ambil balik hak-hak kita yang sudah dirobek rakus oleh manusia-manusia yang tamak dan durjana. koh!
Fakta gini, harus disebarkan sama urang. Ada bukti begia ni. Jadi jan takut utk menyuarakan.
August 26th, 2008 at 10:59 am
sedari dulu saya suda d didik dari sekolah lagi klo soal kemerdekaan,iyaitu menyebut pembebasan dari pemerintahan kuasa luar.
setau saya kita merdeka atas 14 jalur gemilang dan ternyata kini kita bernaung atas pemerintahan orang melayu.melayu telah memartabatkan bahasa sebagai bahasa kebangsaan malaysia dan english sebagai bahasa antarabangsa.namun INDIAH dan CINA ada penswataan dan sekolahnya tersendiri.
tapi bagi kita sabahan dan sarawakian adalah warga ASLI kata mulut2 orang CINA,INDIAH dan MELAYU…SAMPAI SEKARANG KITA WARGA ASLI.
mengapa saya berkata demikian?..
1-tidak berilmu
2-tidak kormesial
3-tidak ada seberang kemajuan
4-tiada pendirian sekolah
4 faktor itu yg yg menyebabkan kita tersisih dari kelayakan untuk meraih kemerdekaan yg ada ini.coba kita tengao sendiri..MELAYU,CINA DAN INDIAH sahaja yg semestinya adalah warga malaysia yg original,pasal mereka yg menyatukan negara malaya d Kuala lumpur.semananjung adalah majoriti dan terutamanya melayu adalah yg berhak memiliki negara malaysia(malaya)
sejak itu,musim memertabatkan bahasa MELAYU kita telah berjaya tapi bahasa ibunda dan asli suda lenyap..mungkin ada 7 tahun suda lenyap habis…
bukan apa,sya bukan anti kerajaan dan melayu tapi sya sekadar bercakap mengenai yg patut sja.
saya masi ingat ketika dahulu…bahasa kadazandusun akan d tambah dalam mata pelajaran,tapi perdana mentri ketika itu kurang senang..klo tia silap sya d BANTAH.
so tiadalah harapan.jadi kita turut kata pemerintah kerna kita ini KECIL.tidak pa….
AKHIRNYA SAMPAI SEKARANG DAN SMPAI BILA2 KITA TETAP PAPUAH ATAU WARGA ASLI.KITA TIDAK BOLEH MENGATA CINA,INDIAH DAN MELAYU.MEREKA ADA KEMAJUAN SENDIRI..ADA SEKOLAH TINGGI2.
CUMA PERANAN KITA ADALAH MELIHAT SJA SIAPA HEBAT SIAPA MAJU.
cicak:
tu la buss, kita sebenarnya sudah ada ahli pemikir yang hebat bah. malah ada orang kita yang lebih bijak berfikir daripada pemikir-pemikir bangsa lain. (ambil contoh, Dr. Jeffrey - tapi ‘fikir’ dengan ‘buat’ dua perkara berlainan ba kan. jadi susa mo cakap la pasal dia ni).
Pernah dgr pasal George Soros yang membeli matawang kita time kemelesetan ekonomi 1997? Si Rashid Hussein (RHB BANK) banyak jual sama dia tu. Dan mengikut cerita yg sa dgr, Dr. Jeffrey lah pemikir ekonomi Malaysia yang mencadangkan penghapusan matawang RM1,000 tu. Lepas tu PM kita, Dr. Mahathir, kasi umum dan kuatkuasa.
Bayangkan si Soros yang banyak duit RM1,000 tu. Trus teda guna kan. Muahahah..
Tia tau la kesahihan cerita ni. Biasa lah kalau angin saja, teda itam puti kan.
Mengikut pengalaman sa sendiri, sa pernah bergaul dan menetap di Shah Alam kira-kira setahun lebih, dan bergaul dengan masyarakat setempat dengan ‘giat’, sa dapati kaum2 yang ada di Malaysia ni sama saja taraf nya. Kalau kawan sa di kampung, seorang yang ‘ignorant’, tia peka dan kuat aramaiti saja, di bumi Shah Alam itu pun sama juga orang dia.
Cuma bila bercakap tentang kemajuan dari segi apa yang kita boleh nampak,
orang yg mempunyai kuasa dan berada di atas, akan memastikan kemajuan itu lebih berpihak kepada KAUMNYA dahulu sebelum kaum yang lain.
Ini lah Malaysia. Bukan senang untuk hidup di masyarakat majmuk berbilang agama dan bangsa tanpa ada sense of security kepada agama dan bangsa sendiri. Bukan semua orang boleh hidup harmoni. Bukannya sa merujuk kepada contoh yang tida bagus la ging, tapi itu la fakta dia.
Sedangkan mana-mana tempat pun, seorang yang berasal dari sesuatu kaum itu, akan cuba mencari ‘rasa selamat’ dikalangan kaumnya dahulu, baaaaru pigi tempat kaum lain.
Jadi pemimpin2 skrg, yang jauh berada di atas, ialah orang-orang Melayu. Dari dulu pun begitu, sebab constitution of Malaysia, telah difikirkan oleh orang yang dulu, untuk memastikan orang-orang ini sentiasa dalam ‘corridors of power’. Mereka yang dahulunya berniat suci murni (dengan agama yang suci - Islam) DIAMANATKAN untuk berkhidmat kepada rakyat, memajukan negara tanpa mengira bangsa dan agama, telah GAGAL!
Sehinggakan ada pemimpin yang boleh memutarbelitkan agama untuk kepentingan sendiri! Itu dihalalkan, ini diharamkan, ikut suka-suka dia saja. Dia suruh la mufti2 untuk umumkan tu. Mengikut kesesuaian. Kadang-kadang orang kita tia nampak ni.
Jadi, orang kita yang mempunyai kredibiliti harus diketengahkan. Itu lah mo suru durang pula memerintah tempat kita ni sendiri. Politik di Sabah ni dari dulu lagi teruk betul. Paling ok pun zaman Donald Stephens. Sa rasa dia saja yang betul-betul mo tinguk org Sabah ni maju. Tu misteri kematian dia pun misteri betul. Mcm kana bunuh dan ada konspirasi saja. Neraka la orang-orang yang menganiayai orang-orang yang baik-baik ni.
Sedih bila pemimpin kita hanya pentingkan poket sendiri saja. Rela melihat rakyat menderita.
Daripada tidak berbuat apa-apa, sa sebagai seorang warga Sabah yang kecil, rakyat biasa, akan terus bercakap tentang ini. Supaya generasi selepas sa tidak akan berkubur, malah akan menentang habis-habisan.
Hidup rakyat!
August 26th, 2008 at 11:12 am
31 OGOS adalah tahun merdeka malaysia..itu sja sya tahu.namun klo menyambutnya tidak pernah…
orang asli kan mana ada tv.semasa sya berada d singapura orang M kita ini papuah.dan klo kita menonton filem papuah itu mesti kita seram,PASAL KLO CERITA INI SERINGKALI MENGAITKAN PEMBUNUHAN DAN PENYEMBAHAN BERHALA.
so apa kata orang sekarang? kita d katogerikan orang kampong atau orang utan.
klo orang kampong mcm bodoh2..
klo orang utan yg tinggal d hutan dan berkapong d hutan,mesti tidak tahu apa2..
so( PR malaysia)bilang kita balik hutan hehe
cicak:
ui buss. Papuah?
Sa pernah dgr tu perkataan, tapi mcm PTI/PATI saja yang sebut-sebut. Ada kaitan ka?
Last sa dgr perkataan “Papua” ni, orang Sandakan / Tawau (tidak pasti la apa etnik dia ni, tapi nampak mcm orang Indonesia) cakap “Papua” ni nama satu kumpulan gengster sana. Sama macam kumpulan “Piranha Boys” tu.
Tia tau lah. Buli cerita ka.
August 26th, 2008 at 11:26 am
bagaimana orang asli sekalipun sya tetap sedar sya belajar dari orang cina…
tapi sya berfikir d Ajar oleh orang melayu,sya bermaruah mcam orang melayu bilang.tapi klo terlalu bermaruah buruk pula akhirnya…bagaimana dengan Forum memeluk agama islam?
k ini agak sensitive…seperti kita bilang,jalanmu,ikut jalanku..u know, klo kita d jembatan yg sama yg agak kukuh tapi goyang2,oleh kerana dia ada kelebihan dia berani..dia tidak takut curam,yg seorang sangat bising …kerna ketakutan dan marah2…hahahaha sya harap kamu imagen sja situasi itu,dan gambarkan.
FORUM AGAMA ITU ADA KESAMAAN…
cicak:
mgkn yang org2 yg marah tu, sebab dorang tia akun dgn kredibiliti org yg menganjurkan forum sebegitu baitu.
contoh dia, konon-kononnya la ada FORUM membincangkan “Kaamatan dan pantang-larang” tapi dibincangkan pula oleh kaum Bugis, memang orang Dusun marah kan.
Yang lucu dia pula, walaupun ada orang yg menganut agama tu mengikuti forum tersebut, dorang akan dihentam habis-habisan. Hilang segala hormat dan persaudaraan seagama. Kadang-kadang perasaan pula yang melangkaui akal.
Dari dulu lagi, orang menilai sesuatu bangsa dan agama itu berdasarkan kelakuan penganut-penganutnya, dan daripada apa yang kita nampak hari ini, banyak imej yang baik, terjejas.
Bila kita cuba betulkan, orang lain banyak pula ‘point’ utk ‘patahkan’ hujah kita.
Sa rasa utk menganjurkan forum sebegitu dan diterima ramai, masih terlalu jauh utk kita rakyat Malaysia. Kita masih mentah dalam hal-hal itu.
Tapi geng, cuba kalau ‘pihak Kerajaan’ yang buat benda tu. Diam saja tu. Hahahahaha
August 26th, 2008 at 11:27 am
TAPI BAGAIMANAPUN SEMUA AGAMA MENGAJAR KEBAIKAN
BERSAMBUNG……
cicak:
ya, cuma manusia saja yang pandai putar belit, menggunakan agama utk menghalalkan pembunuhan.
DAJAL semua tu
August 26th, 2008 at 11:29 am
BERSAMBUNG ARR…
cicak:
kasi lagi tanakvagu. keep it kaming
September 14th, 2008 at 3:28 am
muhahahaha..memang menyusakan.
tetapi segilintir agama islam sekarang makin fanatik berjuang untuk menyatupadukan politik dan kekuasaanya.
contohnya d luar negara.sampai ada yg bom2!!..hahaha
dan kalau d luar ngara asia seperti philipine,indonesia dan china pun ada juga.
tapi d malaysia belum ada.sabah dan sarawak harus berhati hati.sekarang dunia makin membimbangkan atas kewujudan -jemaah islamiah-yg fanatik.
sekarang agama makin panas d rantau asia,sehinggalah ada yg sungguh sungguh berdebat tentang agama yg bertentangan denganya.
cicak:
kita jaga diri sendiri la kan tanakvagu. biar la yg d luar-luar. kita tegur pun bukan dorang mo dgr. kin paning kapla saja