caution : long post

Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,

Wah, skrg sa sedang mencuba pula theme Wordpress yang lain ni. Cuba latarbelakang putih pula. Selalunya sa suka sesuatu yang berlatarbelakangkan hitam. Malah dari dulu sa suka berpakaian seragam hitam. Bukan Blackmetal ah tapi bak kata si Rain (pelakon Korea) itu, “hitam itu kemas”. Eceh!

Sa rasa, latarbelakang yang baru ini “kurang menyakitkan mata”. Sa ni “baru saja” rabun. Dulu sa ingat orang yang pakai spek ni nampak berintelek dan ‘cool’. Selepas memakai spek mata, baru sa tau betapa lecehnya mau cari benda tu kalau salah letak. Mau tgk tv kena cari spek. Mau memandu kena cari spek. Dan dalam minggu ni, sa menjadualkan diri sendiri untuk ke Kota Kinabalu, membeli sepasang spek yang baru lagi. Supaya senang. Kalau lupa,boleh pakai lagi yang satu.

Ok lah. Lama juga sa x post entry apa-apa. Mungkin sebab sa jatuh sakit baru-baru ni. Gegendang telinga sebelah kiri sa pecah dan rosak. Kena jangkitan. Hairan betul. Doktor tu cakap “kau pernah cedera ka?”. Sa jawab “Sa pernah eksiden tahun 2003 dan tahun 2007″. Time eksiden tahun 2003, “teruk juga doktor. Tgk hidung sa ni ada parut kan? koyak hidung sa ni doktor”. Terlopong itu doktor dan dia hanya cakap “Oh”.

Sa mempunyai habit mem’bersih’ telinga selepas mandi bah. Asal mandi, p cari putik kapas, pusing2. Siapa yang x suka korek telinga? Sedap betul korek telinga. Bak kata seorang kawan sa dulu, “yang sedap di badan manusia ni, semuanya di lobang-lobang”. Jangan salah tafsir aaa. Tapi kata-kata kawan sa tu pun betul juga. Kan? Hehehehe…

Tempat kerja sa, outstation, teda bekalan air bersih. Cuma bergantung kepada air hujan, dan air ‘graviti’ (air sungai). Jadi memang kebersihannya diragui. Tapi tengok orang sekeliling, tiada pun yang meninggal bila masak dan minum dengan air tu. Semua sihat pula. Cuma yang memang dari dilahirkan hidup di sana, boleh nampak kesan kulit dan gigi yang ‘kurang cantik’ (tiada fluorida dan klorin dalam air).

Entahlah mungkin sa dapat jangkitan dari air lah tu. Kadang2 kulit jadi gatal. Ada kutu air. Jadi ikut la petua nenek kebayan dalam buku-buku ‘Variasari’ (mama punya) yang dulu-dulu dibaca, letak ubat gigi (Colgate) di tempat yang ada gatal-gatal, ‘nescaya’ hilang.
Hehehe..
———————————————————————————————————————————-

jalurgemilang

Mengenai tajuk entry ni, “6 hari lagi”, sa merujuk kepada 16 September.
Sebagai rakyat Malaysia, kita memperingati 16 September setiap tahun sebagai “Hari Malaysia”. Sa kurang pasti dengan penduduk negeri lain. Tapi bagi Sabah, “Hari Malaysia” ni sangat penting. Sebab pada hari itu lah ulangtahun Sabah dan Sarawak (dan juga Singapura) memeterai satu GAGASAN membina satu PERSEKUTUAN yang dinamakan MALAYSIA. Di sini sa ‘highlight’kan, Sabah, Sarawak, (Singapura) dan Semenanjung (Malaya) bekerjasama.

Tahukah kamurang, di Sabah ini, 16 September juga telah diisytiharkan sebagai “Harijadi Tuan Yang Terutama”? Tuan Yang Terutama Sabah, yang mempunyai title “Yang DiPertua Negeri” (Yang sepatutnya bertitlekan “Yang DiPertua NEGARA” dalam perkara -18, 20 PERKARA) diraikan pada hari tersebut, WALAUPUN setiap kali TYT Sabah ni bertukar, (maksudnya hari jadi pun tukar la kan), 16 September dijadikan “hari yang sudah fixed”.

Sekarang sa dgr TYT kita tia mau 16 Sept tu sebagai hari jadinya. Sebaliknya difokuskan secara sepenuhnya untuk “Hari Malaysia”.
Hari di mana wujudnya satu gagasan yang bernama MALAYSIA. Kenapa sa cakap GAGASAN? Bukan satu NEGARA?
Sebab jika anda membaca 20 Perkara (perjanjian gagasan MALAYSIA di antara Sabah dan Malaya - tidak menyebut perjanjian Sarawak dan Singapura), Sabah MENYERTAI GAGASAN itu sebagai ‘partner’. Dan bukannya sebagai JAJAHAN.

Yang juga membawa maksud, di Sabah ini, sepatutnya bukannya di’kepalai’ oleh KETUA MENTERI atau MENTERI BESAR. Tetapi seseorang yang mempunyai “kuasa” yang sama dengan “kepala” di Semenanjung Malaysia. Maksudnya, Perdana Menteri lah.
Kalau Perdana Menteri Semenanjung ialah PAK LAH (ikut masa sekarang), mungkin “Perdana Menteri” untuk Sabah ialah MUSAng AMAN. (Sorry silap taip pula).

Ahh.. memanjang pula sa becakap pasal 20 Perkara ni. Kamurang boleh cek sendiri di perpustakaan awam. Tia tau la kalau FAKTA di perpustakaan tu pun sudah di’liwat’.

Sebab time sa skolah dulu, yang sa faham, Sabah KONONNYA “menyertai” Sarawak, Singapura dan Semenanjung untuk memBINA satu negara bernama MALAYSIA. Itu yang sa baca dalam buku teks sejarah. RUPANYA, salah pula aaaaa…. Sial juga penulis buku teks tu. Apa sengaja kah dia tulis macam itu.

Dan kamurang mesti paham. Kalau kamurang ni Sabahan, kamu perasan ka buku teks tu adalah “OLAHAN SEMULA” untuk murid-murid / pelajar-pelajar Sabah sahaja. Di sana lah keluar nama-nama orang Sabah dan Sarawak sebagai “watak utama” dalam buku-buku teks. Kalau tia pecaya, belek-belek lah buku teks anak-anak kamu, adik-adik kamu, cek nama-nama dalam tu.
Bayangkan, kalau sa jadi penulis dalam buku teks, sa akan masukkan fakta yang salah, apa yang akan terjadi? Kadang-kadang murid-murid / pelajar-pelajar dan kadang-kadang guru-guru juga LEBIH MEMPERCAYAI buku teks daripada kata-kata seorang manusia.

Oklah.
Kamurang boleh baca sendiri lah 20 Perkara tu di sini –> http://en.wikipedia.org/wiki/20-point_agreement_(Sabah) <– jika tiada sebarang ‘perubahan’ yang dibuat oleh manusia-manusia dajal la. (Tau la Wiki ni ‘editable’ kan)

Satu lagi benda mengenai Hari Malaysia ini (16 September).
Jika hari itu baru lah wujud sebuah gagasan bernama MALAYSIA,
mengapa kita meraikan “Hari Kemerdekaan MALAYSIA yang ke-51″?

Ada pelbagai pandangan mengenai tarikh ini. Kepada mereka yang tia tau,
MALAYA, telah mendapat kemerdekaan daripada BRITISH, pada tanggal 31 OGOS 1957. Yang membuatkan’kita’ meraikan Kemerdekaan Malaysia yang ke - 51 tahun ini.
Oppss… Apa sa tulis tadi? MALAYA?

Ya. MALAYA ialah sebuah NEGARA. Ia telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

Jadi, MALAYSIA tu apa pula?
Jika merujuk kepada FAKTA SEJARAH. Diulangi, FAKTA SEJARAH,
MALAYSIA ialah satu GAGASAN yang kemudiannya secara SEMBUNYI-SEMBUNYInya diisytiharkan sebagai satu NEGARA.

Jadi kalau begitu, MALAYSIA skrg ini BARU SAHAJA 45 TAHUN MERDEKA!

Apa beza GAGASAN dan NEGARA?
Gagasan, ialah seperti UK dan USA. Lucu juga kadang-kadang bila ada orang-orang yang mengaku cerdik pandai, tidak pun mengetahui bahawa

1) USA, atau dikenali sebagai United States Of Amerika, bukannya satu NEGARA. Selalunya bila kita cakap “Negara Amerika”. Itu salah tu geng. Sekadar menyebut 2 nama, CALIFORNIA dan FLORIDA ialah 2 NEGARA yang berasingan. Maksudnya, UNDANG-UNDANG NEGARA di CALIFORNIA dan FLORIDA, berbeza. Sebab dia ada sistem perundangan sendiri. Sebabnya, kedua-dua ialah NEGARA. Sedangkan BRAZIL sendiri ialah sebuah negara, dan termasuk dalam AMERIKA. See the point?

2) EUROPE atau EROPAH, bukannya 1 negara. Tetapi ialah negara-negara.

3) BRITAIN juga bukan satu negara. Dia adalah satu gagasan. Sedangkan negara seperti WALES pun masuk juga dalam GREAT BRITAIN ni.

Oklah. Sa harap ada lah satu-dua yang kamurang dapat dalam artikel ni. Sekurang-kurangnya tidak juga rugi membaca post yang panjang mcm ni. Macam baca surat cinta pula. Ceh. :P

Oh, selain daripada itu, 16 September juga, ialah tarikh ‘aim’ DSAI untuk ‘mengambil alih’ negara kan? Hahahaha. Kamurang rasa, jadi kaitu?
Sebab beribu-ribu duit rakyat sudah dibelanjakan untuk ‘membawa lari’ MP-MP yang ‘dikhuatiri’ akan ‘melumpat katak’ tu supaya dapat pergi ke negara luar untuk ‘lawatan sambil belajar’ kan?

WKHahkakhahkahkaHKAhkahkahk.. Lucu juga bila ada orang cakap “Tiada akan terjadi”,”Kami percaya tiada akan melompat parti” ataupun “kami yakin akan sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi” tapi, maaauuuuuu juga kasi tapuk tu MP-MP di luar negara kan. Macam takut-takut bah.
Sore losers.

Apa-apapun, kita doakan kesejahteraan kita. Walau bagaimanapun politik Malaysia ini bergolak, diharapkan tiada lah RAKYAT yang akan BERPERANG dan TERKORBAN akhirnya. Kita harus bersyukur kepada Tuhan, kita masih aman.

Bah. Selamat menyambut hari MALAYSIA 16 September. 6 hari lagi :)

p/s: Soalan cepumas, kalau begitu, mana satu yang penting jadi HOLIDAY? 31 OGOS atau 16 SEPT?