Hello kwn2 blogger dan bukan blogger sekalian,
Cuba kamu baca ni —> http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20080912235719/Article/index_html
Kalau tia sempat, sa ada copy tu artikel. Baca di bawah ni.
Tiga ditahan ISA
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Fazallah Pit, Norakmah Mat Youb, Ifwan Tun Tuah dan Rudy Syareme Sheriffudin
DARI kiri, Raja Petra Kamaruddin, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng
Penahanan mereka kerana bangkitkan isu perkauman KUALA LUMPUR: Dua hari selepas memberi amaran akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang membangkitkan isu sensitif dan perkauman, kerajaan semalam melancarkan gerakan dengan menahan tiga individu.
Mereka yang ditahan ialah penulis blog, Raja Petra Kamaruddin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dihubungi lewat malam tadi mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka dibuat mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 yang membolehkan mereka ditahan sehingga 60 hari.
Raja Petra, 58, ditahan sepasukan 10 anggota polis Bukit Aman diketuai Asisten Komisioner Md Yusof Che Me di rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, kira-kira jam 1.10 petang. Tan, 33, ditahan di rumahnya di Alma, Bukit Mertajam kira-kira jam 8.30 malam, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, manakala Teresa Kok yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, ditahan di sini jam 11.20 malam tadi.
Ketiga-tiga mereka ditahan kerana mengancam keamanan, ketenteraman awam, menimbulkan isu berbaur perkauman dan kebencian rakyat, termasuk di kalangan umat Islam negara ini. Dalam masa sama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga akhbar tempatan, The Sun, Sin Chew Daily dan Suara Keadilan, berhubung laporan mereka yang menyentuh perkembangan politik semasa. Setiausaha Unit Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Che Din Yusof, berkata surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada The Sun kerana akhbar itu didakwa memanipulasi dan memainkan banyak isu sensitif; Sin Chew Daily pula kerana melaporkan kontroversi kenyataan berbaur perkauman membabitkan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, manakala Suara Keadilan melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan jantung. Ketiga-tiga akhbar itu diberi masa seminggu untuk menjawabnya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengesahkan penahanan Raja Petra dibuat selepas tindakannya menyiarkan artikel tertentu di laman web Malaysia Today, diyakini boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman awam. Beliau menjelaskan penahanan Raja Petra mengikut Seksyen 73(1) ISA itu diputuskan polis berdasarkan bidang kuasa mereka, tanpa memerlukan tandatangannya.
“Tindakan Raja Petra boleh menimbulkan kebencian dan pertelingkahan rakyat. Polis sudah memberi amaran dan nasihat kepadanya tetapi tidak dihiraukan. “Jika polis berasa perlu menahannya lebih 60 hari, mereka akan rujuk kepada saya mengikut Seksyen 8 ISA yang membolehkannya ditahan sehingga dua tahun,” katanya. Penahanannya dikatakan berkaitan dua ulasan artikelnya bertajuk “I promise to be a good, non-hypocritical Muslim” yang menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW untuk artikel ‘Not all Arabs are descendants of the Prophets’ yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.
Pada 6 September lalu, Syed Hamid memberi amaran Raja Petra mungkin dikenakan tindakan mengikut ISA kerana penyiaran artikel dan komen itu. Sehari sebelum itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung penyiaran artikel sama. Ini kali kedua Raja Petra ditahan mengikut ISA. Kali pertama dia ditahan mengikut akta sama pada 11 April 2001 kerana terbabit dalam gerakan reformasi dan mengendalikan laman web FreeAnwar.com.
Tan ditahan kerana menulis laporan ucapan berbaur perkauman yang mengaitkan Ahmad. Ahmad yang turut diuar-uarkan akan ditahan polis mengikut akta sama, pula ketika dihubungi malam tadi, enggan memberi sebarang ulasan tapi mengesahkan beliau tidak ditahan. Lebih 50 orang termasuk wartawan dan pemimpin politik serta aktivis masyarakat berkumpul di pintu depan IPK Pulau Pinang dan sekitar 30 lagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), sehingga awal pagi tadi. Antaranya, Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye; Naib Presiden Gerakan, Datuk Teng Hock Nan; bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang, Teng Cheng Yeow dan bekas Ahli Dewan Undangan Machang Bubuk, Toh Kin Woon.
Syed Hamid berkata penahanan wartawan itu terpaksa dilakukan kerana laporannya menimbulkan masalah dan perpecahan dalam masyarakat. Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Hong Boon How, menyifatkan penangkapan wartawan itu sebagai tindakan keterlaluan polis. Sementara itu, penahanan Teresa Kok dikaitkan dengan isu melarang azan dilaungkan di masjid dan surau di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya serta menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulis Tamil, Cina dan Inggeris.
——————————————————————————-
Bah, apa pendapat kamurang?
Habis la tu wartawan Cina yang muka dia keluar di frontpage kemarin tu. Intimidated sudah. Memang pasni dia nda mo lagi kasi post kenyataan macam itu. Sebab kena ISA sudah kan. Walaupun mungkin laporan yang dia buat tu betul (cuma teda orang yang berani kasi siar).
Raja Petra pula ialah kerabat di-Raja. Mengapa seorang yang bertaraf “Yang Mulia” seperti beliau sengaja mencari ‘nahas’ dalam arena politik negara? Betulkah dia ni berpaksikan pembangkang? Kenapa artikel-artikel dalam blog beliau, susah betul untuk melihat sokongan beliau kepada pembangkang?
Yang sa nampak, dalam ruangan comments saja orang memberi sokongan kepada PR dan tidak kurang juga yang menyokong BN. Salah meh begitu?
Apabila Raja Petra menceritakan tentang apa yang sebenarnya terjadi dalam peristiwa-peristiwa besar negara (yang telah disembunyikan dari mata dan telinga rakyat - media tidak memberi laporan yang telus - media arus perdana kan di’control’ oleh kerajaan), beliau dituduh sebagai menghasut.
Sa percaya, apa yang beliau tulis dalam blog hampir semuanya betul. Kenapa pihak berkuasa beria-ia sangat mau si Raja Petra kasitau sepa dia punya ’sumber’? Mesti la perkara tu betul kan, sebab hairan dorang. Camana dia boleh tau.
Apabila diorang tia dapat tangkap si Raja Petra ni berkenaan dengan kes diorang (sebab takut akan penyiasatan, tembelang durang pula yang pecah), durang pun tuduh pula si Raja Petra menghina agama dan macam-macam lagi.
Hello, Raja Petra tu ialah seorang Muslim. Sejak bila seorang Muslim, tergamak merosakkan imej agamanya sendiri? (Aik, baru sa perasan, benda ni hari-hari terjadi - with the corrupts in the corridors of power)
Sila baca artikel yang dia tulis tu dan fikir betul-betul. Secara peribadinya, sa sendiri tidak akan mengaku seseorang itu ialah Muslim jika dia tidak acts like it.
Contohnya macam si Osama Bin Laden. Dia teda langsung perbezaan sama orang yg non-Muslim ketika hidup di Amerika . Joli katak sana sini, berpeleseran, kaki botol dan macam-macam lagi. Mengapa setelah dia kasi panjang janggut dan pakai serban, baru dia dianggap Muslim? Fikir tu.
Seorang Muslim yang baik, ialah yang mengikut ad-din (the Muslim way of living), dan mengikut segala yang diajar dengan baik. (Tanpa memanipulasinya seperti orang-orang yang berperang dengan tiket ‘jihad’ tu).
Teresa Kok pula, famous sejak beliau menunjukkan 3gp atau rakaman melalui handpon, yang menunjukkan seorang pulis wanita suruh seorang perempuan menanggalkan pakaian, lalu injut. (ketuk ketampi).
Guess what, dia kena marah pula sebab kasi tinguk tu sama seluruh negara. Perbuatan dia kununnya memalukan Malaysia, dan hasilnya si bos tukang tidur tu suruh pula delegasi pigi negara China untuk minta maaf. (sebab kununnya dalam clip tu, rakyat China)
Sa rasa kalau dia kasi sembunyi, dan kasi lapor tu secara diam-diam, manaaaaa pulis mo terima tu. Sebab dia akan ‘tarnish’ nama ‘baik’ pulis dalam negara ni.
Susah mo percaya pulis skrg. Walaupun mmg benar, mereka adalah “law enforcer”, mereka sepatutnya mengambil tugas tu sebagai “tanggungjawab”, bukan sebagai “beban”.
Apa yg ingin sa sampaikan sini, senang cerita betul Kerajaan handle akan orang-orang yang mereka anggap ‘berbahaya’. Senang-senang saja durang tangkap orang masuk ISA. Only God knows apa yang terjadi dalam kurungan tu. Eh, God and the detainees lah.
Mana tau durang kana mental-torture.
Kalau kamu ada clastrophobia, (gitu kaitu ejaan dia tu), mesti kamu terseksa bila dikurung kan. Sudah, abis sudah semangat.
Kemudian semalam sa nampak si Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, becakap pasal ISA (tia tau dia ni mo pok pemes ka apa ni), dia cakap jangan lah menangkap orang tia tentu hala. Lagipun orang-orang ni boleh dihandle dengan cara yang lain. Bukan semestinya ISA. ISA seharusnya dikhaskan untuk ‘armed criminal’.
Betul juga cakap dia. Tinguk betapa ‘lemah’ nya Kerajaan kita, terpaksa menggunakan ‘alasan’ untuk menangkap 3 orang ni. Adui malunya.
Tapi apa buli buat kan geng. Kerajaan kita pada masa kini, ialah kerajaan demokrasi. Rakyat yang pilih, rakyat juga boleh tukar kalau rakyat merasakan mereka kurang berkesan. Macam rancangan Jom Tukar! di Astro tu. Heheh.
Hidup Rakyat!








Recent Comments