Recent News

Wah Sai!

Posted by cicak on September 26th, 2008

Bah apa kabar kamurang?

Bz skit ni sejak kebelakangan ini. Sampai time ‘bloghopping’ pun sa limpas-limpas saja, x sempat pun kasi tinggal mesej d shoutbox dsb.

Ok post ni mungkin ‘merepek’ skit sama bikin sayang bytes dari SabahanBlog, tapi sa mo post juga muahahahahahahaha…..

Sa mimang peminat berabis si Stephen Chow dan filem pertama Stephen Chow yg sa tinguk ialah ‘Tricky Brains’. Lucu berabis nih. Lepas tu balik-balik sa p rumah kwn sa d Taman Adika (Keningau) sebab dia ada banyak koleksi filem Stephen Chow. Time tu pakai VHS video lagi.

Tapi mo tinguk CJ7, filem baru dia d pawagam, mcm sa kureng skit la. Sebab ada elemen-elemen CGI bah. Walaupun sa suka CGI, sa kurang suka la pula kalau si Stephen Chow kasi telampau banyak CGI dalam filem dia. Apalagi kalau pasal alien-alien.
Walaupun dulu ada filem dia yg kalau tia silap sa, tajuk dia “6 Million Dollar Man’ ka tu yang dia kana bom penjahat, trus dia kana kasi robot tu. Yang dia makan bateri tu ba, trus dia punya ‘genital’ kana tukar jadi paip tu. WhkaHKAkhakhAHKAHKhkaHKAhka buduh betul. Adoi….

Tapi akhirnya sa dpt jua tgk CJ7, beli DVD.
Suda teda wayang lain mo d tinguk, tinguk ja la.
Ternyata sense of humor si Stephen Chow tetap macam dulu. Budu-buduh ni. WkakaKKAkakakakk… Walaupun gitu, sa bagi 3/5 stars saja la sama CJ7.

Tapi, apa yang ambil tumpuan sa, ialah……………..

JENG JENG JENG……

Kitty_Zhang

Kitty Zhang jadi sigu sana.

Silaka, mmg pandai o si Stephen Chow cari wajah baru n den kasi feature di film dia.
Dulu pun mcm pernah suda dia buat begitu. Mcm skil si Jackie Chan juga.

Jadi apa lah moral blog post ni?
Saja sa mo kasitau, sa suka meningu sigu perempuan. Wkakakakakakk..
Pasal tu la sa punya bakal isteri skrg ni pun, sigu juga.

Erk. Kalau kanapatan,  abis nih.

P/S: Apa2pun, selepas meningu CJ7, atau apa2 movie pun, ekstrak la perkara2 yg bagus utk dicontohi.

Bapak..

Posted by cicak on June 21st, 2008

Bah, apa kabar kamurang? Sa harap sihat-sihat lah warga Malaysia semuanya.
Sa ok saja ni. Cuma sia baru balik dari kampung sia sono Toboh, Tambunan.
Sa punya datuk meninggal. Datuk sebelah bapa.

Dulu si Aki yang meninggal (datuk sebelah mama). Skrg si ‘Bapak’ pula yg meninggal.
Walaupun sebagai seorang yang dewasa, yang mmg aware, benda seperti ini akan terjadi kepada kita, nobody is immortal, sa tetap mengalirkan air mata, atas pemergian Bapak.

Dulu bila sa balik kampung, sa akan jadi perhatian. Walaupun sa ni anak ketiga kepada anak sulung Bapak, tapi sa adalah anak lelaki. Jadi sa ni FIRST SON of the FIRST SON lah kunun.
Sa x bulih recall suda memori-memori dulu waktu kicik di kampung,
tapi sa masih ingat,

Si Bapak rapat dengan sa (time sa kicik), sebab sa slalu tidur di bilik dia. Dia slalu marah tu sebab sa gatal tangan mo p ‘usuk-usuk’ (menyelongkar) barang-barang di bilik dia. Sa masih ingat sa nampak gambar-gambar lama yang bulih tahan juga la teknologi dia, buli kasi double gmbr tu. Mcm kita sama diri sendiri begambar, cloned.

Si Bapak ada ‘grandfather clock’ yang pendulum dia bebunyi ‘tik tok tik tok tik tok’ dan kalau jam 12 malam, DONG DONG DONG macam dalam filem P.Ramlee tu. Tapi musnah masa rumah Bapak kebakaran dulu.

Si Bapak seorang yang tagap, masol dia bulat-bulat mcm telur burung unta, di bisep dia.
Sa rasa kalau anak-anak dia ‘mipulos’ (gusti tangan) sama dia, Bapak tatap manang punia.

Si Bapak dulu pernah isap sigup, pakai pipe. mcm Popeye tu. Tia tau pula bila dia teberenti. Kana marah Auntie Jo / Auntie Pollo mungkin. (Dua-dua anak dia tu, jururawat)

Si Bapak selalu bawa sa pigi ’sondot’ di dekat sungai, sana ada kulam ikan dia. Selalu sa p ambil ‘pupuk’ (hampa padi) kasi makan ikan-ikan dia. Ada masa dulu, sekeluarga anak-anak Bapak akan ‘ayas’ (kasi kering) tu kulam, ikan-ikan piara banyak lagi tu. Dan sa pernah nampak juga durang pungut ‘butod’ (ulat rumbia) untuk dijadikan makanan. (Yak! tapi dulu sa pernah makan juga la)

Si Bapak sinonim dengan warna hijau tua. (Bagi sa la) Sebab sa slalu nampak dia berpakaian mcm askar. Bah, tambahan pula, dia ni memang bekas Pulis, berkhidmat time Kota Kinabalu, masih kana panggil ‘Jesselton’. Bapak juga ada ’sinapang kerajaan’, tapi tia tau lah, mungkin sudah musnah time rumah Bapak tebakar dulu.

Si Bapak dulu pernah asyik begaduh saja sama si Mama (nenek). Sampai anak kedua dia, Aunt Pauline pernah cakap duuuulu, “wah IRAN sama IRAQ berperang” (time tu memang IRAN dan IRAQ berperang).

Si Bapak punya bahasa Dusun, pelat dan kelat dengan slang Toboh.
Slang Toboh, kalau ‘waig’ (air), dia sebut ‘weg’
Slang Toboh, kalau ‘kerbau’ (kerbau) dia sebut ‘korob-boh’
Slang Toboh, kalau ‘walai’ (rumah) dia sebut ‘dualey’
dan macam-macam lagi.

Si Bapak kalau ketawa, ada bunyi ‘kikkkkkkkkkkkkkkkkk….’ yang panjang.

Si Bapak seorang yang kelakar, dia selalu pigi angkat cucu-cucu dia, pastu dia kasi gisil janggut dia yang baru mula mau tumbuh (masih tajam-tajam) tu di dada atau di leher kami. Apa lagi beteriak la cucu-cucu dia.

Si Bapak ambil si Gadi pula sebagai ‘pengikut’, selepas sa x lagi selalu di kampung. Si Gadi ialah FIRST SON of the LAST SON. Anak bungsu si bapa ni, seorang penyanyi lokal.

Si Bapak ada 8 orang anak (1 meninggal lebih awal), dan skarang, mempunyai cucu sebanyak, aiyah, tia tekira. Tapi ramai lah. Walaupun cucu dia, baru 1 yang suda bekawin dan ada anak. Iaitu anak kakak sa yg numbur 2, si Zoe.

Banyak lagi yang sa buli ingat pasal Bapak, tapi bukan semua buli post sini.
Paling sa ingat, dia cakap sama sa, “kalau ko dapat numbur satu, sa kasi boli kau bosikol”.
zaman itu, sapa-sapa yang ada basikal, KAYA laitu.
Guess what? SA DAPATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT…
tapi sa x buli recall, si Bapak kah, atau si Daddy yang beli? Ah, yang penting, dulu sa ada bosikol. Warna kuning lagi tu.

Sekarang si Bapak sudah tiada.
Kami sekeluarga besar, berabis suda menangis tetapi kami merelakan pemergian beliau, with dignity. Si Bapak tia pernah cari gaduh sama orang, ataupun buat hal.
Paling-paling pun, dia yang pernah kana tipu orang.

Jadi Bapak, kami berdoa semoga roh Bapak, dicucuri rahmat, Rest In Peace.
Jangan risaukan kami, we will manage. Harap-haraplah.

Dan oh, sa ada jumpa kazen sa, yg juga seorang blogger, tuan punya http://kadazandusun.my
bersama isterinya. Cute couple.

Terima kasih kepada yang datang ke rumah utk pay final respects.
May his soul rest in peace.

bapak.jpg

silaka! mimpi pula

Posted by cicak on May 16th, 2008

Just having fun. Sia tepinsan (means - sia tetidur), n den, sia bermimpi.
Dalam mimpi sia, sia tinggal di satu very country-looking house, sia cakap ‘country’ sbb bukan mcm rumah-rumah di kampung-kampung, tapi lebih menyerupai rumah ‘urang puti’ di bahagian ‘country’ dorang. kira-kira macam, siapa yang tinguk Smallville, macam Kent’s house bah.

Rumah tu downhill. Turun bukit yang penuh dengan suasana hijau, saujana mata memandang urang bilang.
Sia sedang duduk di verandah, main gitar, and boy was I good (only in my dreams).
Main gitar punya main gitar, datang la sumandak sia, yang dalam mimpi itu, sudah jadi bini sia.
God! She was my schoolboy-crush!

Tetap dengan pe’el dia yang pemalu dan kalau becakap pun tiada gigi (istilah telampau lembut becakap), selalu senyum dan tunduk malu, dan kalau dia katawa pun kiut. And we spend the whole day, playing the guitar, cerita-cerita, watching the sun goes down, and then the STUPID ALARM went ringing!

*tebangun* - gusuk-gusuk mata, *sighs* lapas tu tidur balik, cuba untuk mimpi balik mimpi yang sama. Wkakakak…

Apa pendapat kamu tentang mimpi? Selalu sia dengar, mimpi itu ialah mainan tidur.
Dan ada juga cakap, mimpi itu satu petanda.
Mimpi itu suatu yang tidak akan berlaku di dalam realiti.

Tapi, sia sudah beberapa kali termimpi benda yang berlaku pada masa depan. Bukanlah benda yang penting la macam bom ka mo malatup ka apa ka, cuma benda-benda kecil, macam lepas sa p jamban ni, tiba-tiba kazen sia datang, pastu dia cakap pasal benda yang “aik? mcm sia suda pernah mimpi ini” begitu.
Kadang-kadang, mcm deja vu pula. Macam sudah pernah berlaku ni, kunun sia dalam hati sia. Mana ah? Dalam mimpi.

So apa petanda, apa petunjuk, bila sia temimpi pasal schoolboy-crush sia?
Seriously, sia tia capat mo crush sama seseorg walaupun ya, erti kata ‘crush’ tu bermaksud ’suka suka gitu’ saja yang boleh hilang in a matter of minutes / hours / days / months.
Pertama kali sia ‘berminat’ terhadap lawan jenis (normal bah geng), ialah seawal 12 tahun. Butul2 kin malu lah tapi apa sia mo malu, sia p express feelings sia sama saturang kawan yang silaka nda buli arap nih, yang last-last tell this other friend, yang pada masa tu, mimang TV1 , TV2 punya urang lah. Dia kastau the whole class!!!

The irony is, tu sumandak tia pernah kana ‘notice’ sebelum ini. Dan bila seseorang mcm ’sia’ (a weirdo, a loser - back then) p suka, trus naik oh saham dia. Sia tia buli lupa oh senyuman dia. So sweet :)

Nah, itu first. Yang kedua ini yg sia mimpi.
A shy kampung girl yang sia tia pernah betul-betul dengar suara dia kalau becakap the whole 2 semester! What a pity, selepas form 3, dia pindah p skula len. Sob sob.
Sia ada lagi kira mo pindah p skula dia tu cuma beliau sia taling sia kaw-kaw punya ni. “KO GILA KA HARI-HARI MO HANTAR KAU, MACAM MO PIGI TAMBUNAN?” dia cakap. Erk!

So, apa lah moral dia dalam ni entry? Teda. Cuma mo ingat-ingat old sweet memories. Seorang superior sia pernah cakap.
“Hidup ini hanya sekali, ukirlah kenangan-kenangan manis”

You live only once <– wah, ini lagu dari kumpulan The Strokes ini, sia suka!
maksud dia, kalau boleh, kita cuba warnai kehidupan kita dengan kenangan-kenangan manis. Bila suatu masa kita sudah dimamah usia, kita akan mengingat bittersweet memories yang kita ada. Dan cuba gumpul, mana yang banyak? Manis ka pait? Manis pait? Heheh.

My schoolboy crush, sia tau ko betunang suda, sia lost contact suda sama ko tahun lepas. Hope someday I can bring you (and maybe your future husband / husband too) utk p dinner ka apa ka, just to show yang sia bukan lah pemalu sangat suda skarang. Thanks for the memories :)

elisha

p/s, She’s the reason why I adore Elisha Cuthbert - the nose is 100% identical, cuma cara senyum saja lain skit.

pemalas!

Posted by cicak on April 26th, 2008

Sia kasi siap dulu lah bikin ini PC lama ni.
Tia bagus juga kasi lama-lama bejaruk di rumah. Bukan makin cantik pun, makin behabuk ada la.

Tula, kalau ‘kurang komitmen’ membuat sesuatu, bagus jangan telampau manis mulut mo berjanji. Nasip ni kwn yg sa tulung ni jenis ‘penyabar’ tapi sabar pun ada had juga kan. Dan nasip ada timbangrasa dan tolak ansur bah. Wah macam2 bahasa Pendidikan Pengetahuan Moral keluar nih.

Info, ni PC Intel Celeron lama, orang panggil “Pentium 1″.
Sia heran oh kenapa orang buli panggil “Pentium 1″ lah “Pentium 2″ lah padahal mana da pun istilah sebegitu? Ka komputer ni kana panggil berdasarkan “processor” dia?
Kalau begitu, ni komputer ‘rumah’ yang sia pakai utk post ni blog-entry, nama dia “Pentium 4″ lah?
Padahal kalau di kalangan adik-beradik, ni PC sia panggil “PC kantin” sebab si beliau (boss a.k.a big daddy) yg suruh taru ni komputer sini “kantin”. (kedai runcit kecil d hadapan rumah. eh silap, more to ‘attached’ baini. kana renovate dulu.)

Jadi, sia rasa, nama ni PC yg sia sedang buat ni, ialah entah. PC LAMA?
Ni la kejadiannya bila IBM kana ‘tipu’ oleh si bijak pandai Bill Pagar. Kalau sia tia silap, dia indada duit mo bikin perisian, tapi dia ‘kaw tim’ saja sama tu IBM dengan menjanjikan ‘perisian’ (software) yang dia akan ‘cipta’ (yg sebenarnya pun hakmilik some Indian programmers - yg sia dingar), akan bergantung kepada ‘perkakasan’ (hardware).

Tapi bila duit suda disalurkan, si Bill suda beli tu perisian dengan beberapa puluh ribu dollar (so they say) daripada programmer2 ituuuu…….
Dia kasi ’set’ pula jadi ‘hardware’, bergantung kepada ’software’, dan menjadikan industri peng’hardware’an, bubut tu ’software’ dari si Bill. Jadi bila keluar syarikat2 hardware baru, na kasian la si IBM yang sia rasa dari ‘pengeluar utama’ utk perkakasan komputer, jadi syarikat yang bulih ‘disaingi’ nih.

Eh! apa pula sia melalut ni! SAMBUNG KERJA!

Recent Comments | Recent Posts


designed by: Website Builder | Coded by: Blog Directory | Provided by: Wedding photojournalism chicago
FireStats icon Powered by FireStats

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 10 access attempts.

bottom