Bah apa kabar?
Sa pernah buat ‘review kampung-kampung’ pasal Once dulu kan?
Sudah tinguk sendiri ka? Siok ka?
Kali ni sa mo review lagi pasal satu movie yang sa baru saja abis tengok tadi.
Selalunya selepas tinguk sesuatu movie, kita akan buat refleksi kan?
Kita mo tanya diri sendiri, apa yang kita pelajari dari movie yang baru kita tinguk atau lebih tepat lagi, kita belajar dari pengalaman.
Selain jalan cerita yang siok dan nampak ‘indie’ macam cerita Once tu, sa suka tinguk ‘action movies’. Tu baru dua genre tu, selain daripada tu, sa suka tinguk cerita genre horror dan ’science fiction’. Tapi movie yang baru sa tinguk tadi, tajuk dia ialah Chocolate. Lain pula yang melekat di kulit dia. Tajuk dia “Fury” dan sa rasa sa pernah tinguk filem yang bertajuk “Fury” dulu-dulu, tapi lain la cerita dia. Urang putih yang belakun.

Selepas beberapa saat, sa dapat tangkap yang tu movie yang sa tinguk ialah keluaran Thailand. Dengar saja dia cakap “kun kap, kun kap”, ah Thailand la tu.
Pelakun utama dia, Jeeja Yanin Visamitananda atau nama komersil dia, Yanin Mitananda.
Kiut berabis nih.
Sa sambung tinguk lah. Sebab Thailand mempunyai daya menghasilkan filem yang tinggi. Malah sori sajalah kalau sa cakap, (ini pendapat sa saja) lebih tinggi dari Malaysia.
Bukan mo kasi buruk-buruk negara sendiri bah tapi cuba kamurang nilai sendiri, tahap kualiti filem Thailand dengan Malaysia. Tinggi beza dia. Kalau pun kamu rasa tia tinggi, tapi beza dia ketara betul.
Dari segi kualiti hasil gambar, pun nampak suda. Dan jalan cerita. Kadang-kadang asyik cerita lawak Apek Senario jadi hero digandingkan dengan awek-awek cun macam Fasha Sandha dan Maya Karin, lama-lama pun boring juga bah. Paling-paling pun yang ok sikit ialah cerita KL Drift tu. Tu pun sebab ’stunt’ yang dilakukan, boleh tahan. Tapi masih di bawah kualiti la sa rasa kalau banding dengan filem Thailand.
Ok berbalik pada Chocolate,
ia mengisahkan kisah hidup seorang perempuan gangster, yang bernama SIN (lucu pula, sebab dlm BI, kan ‘Sin’ tu erti dia ‘dosa’? - Tia tau la pula kalau sarikata dia yang palui), bercinta dengan seorang ahli Yakuza dan ditentang oleh bos gangster dari Thailand tu sendiri. Tu bos gangster sebenarnya suka sama si Sin tapi apa buli buat, si Sin ni suka sama tu Jipun.

Jadi untuk menghilangkan rasa merajuk tu bos gangster Thailand pun timbak kaki sendiri dan kasi lapas si Sin untuk lari sama-sama tu Jipun. Oh ya, kalau ada budak-budak, jangan bawa tinguk ni filem, sebab ada juga adegan ‘ehem-ehem’ meliuk lentuk walaupun cuma beberapa saat. Tau la kalau budak-budak yang aktif kapla utak dia, mesti dia tanya tu. “Apa durang buat tu?” Nah, menjawab la kamurang.
Balik pada cerita, tu Jipun pun kasi tinggal la si Sin. Maka si Sin pun idup sendiri la kunun jadi ibu tunggal. Mo dijadikan cerita, anak dia ni ada pula penyakit autisme. Cek apa itu penyakit ‘autisme’ dari search engine. Ni salah satu pengetahuan yang penting ni. Membesar la anak si Sin yang dinamakan ‘Sen’. (Sen anak Sin. Apalah)
Walaupun Sen menghidap autisme, dia mempunyai daya tumpuan yang luar biasa. Ala mo dijadikan cerita kan, dia belajar ‘martial art’ apabila durang tinggal bersebelahan dengan ‘dojo’ Muay Thai. Dengan melihat, dia mencuba. Tendang tiang lagi tu. Mula-mula sakit, bengkak dan berdarah. Tapi mungkin dipendekkan cerita, kaki dia karas la sudah tu. Memang pun dalam Muay Thai, paling penting ialah kita melatih dulu bahagian badan kita, supaya ‘tajam’ seperti senjata. Tinggi mana pun ilmu kita dalam ‘martial art’, tapi kalau badan kita senang saja sakit atau bengkak, teda guna juga kan?
Kemudian ada sturang budak gumuk yang selalu dibuli dan tinggal berdekatan dengan si Sen, jadi kawan dia. Dia pi cuba umban si Sen pakai bola tapi si Sen capat kunun tangkap. Baru si gumuk ni tau si Sen ni ada kebolehan macam tu. Diurang pun membuat persembahan di khalayak ramai, siapa saja buli umban si Sen, dan si Sen akan tangkap. Untuk mendapat duit.
Kemudian durang kana kacau oleh gangster jalanan. Tapi si Sen dapat mempraktikkan apa yang dia belajar dari meninguk wayang lakonan Tony Jaa iaitu Ong Bak (pengaruh TV la kunun). Dia pun ber’Muay Thai’ la di sana dan berjaya membelasah tu gangster-gangster picisan. Selepas tu, mama si Sen, si Sin, sakit la pula. Masuk hospital dan memerlukan wang untuk mengubat penyakit. Si gumuk tu pun secara tida sengaja, jumpa ‘buku hutang’ si Sin dan cuba pi menagih hutang tapi kena belasah pula.

Ngam2 si Sen pun ada sana, dia pun mula-mula kena humban keluar juga dari tukang hutang yang pertama tu. (Taukeh kedai ais)
Tida puas hati sampai temimpi-mimpi kunun si Sen. Dia bangun, trus pi minta utang sama tu taukeh, dan bila tu taukeh suruh pekerja-pekerja dia ‘urus’ si Sen, si Sen kasi ’sap sai’ semua. Kemudian, lepas belasah semua urang-urang sana, Sen balik, kasi tu duit sama si gumuk, dan terus tidur sebab kepenatan.

Nah, dari sana lah durang pi memungut hutang lagi. Hairan betul orang yang berhutang ni tia pula mo bayar balik. Tia malu betul. Padan la muka durang kana kasi jadi ‘punching bag’ oleh si Sen. Suda nampak si Sen ni buli tahan dalam ‘martial art’, maaaau juga bah durang pi cuba lawan juga. Dan hasilnya, semua pun ’sap sai’ lah. Sandik.

Kemudian,
EH! Takkan sa mo cerita sampai habis kan? Gila ka. Spoilers weh. Nanti kamurang tinguk la bah sendiri kalau mau.
Komen sa, sa amat kagum dengan koreografi lawan-lawan dia. Macam sama saja stail sama cerita ‘Ong Bak’ dan ‘Tom Yoong Gong’ (a.k.a The Protector). Semua tendangan dan tumbuk bergaya. Walaubagaimanapun, penggunaan ’special effects’ dikurangkan sebulih-bulihnya. Mungkin itu yang kita teda bah. Tukang koreografi yang bagus dalam adegan lawan-lawan.
Semua orang tau, kebanyakan orang yang tinguk movie lawan-lawan ni, suka sebab adegan tu menaikkan ‘adrenaline. Kita rasa teruja dan cuba membayangkan pula yang kita jadi hero atau heroin dalam filem tu. Butul-butul menjadilah adegan lawan dalam filem Chocolate nih.
Satu benda lagi, selepas tu filem abis, ada diselitkan ‘the making’ dan terkejut pula sa melihat pelakun utama dia, Yanin Mitananda yang kiut tu, melakukan sendiri aksi stunt! GILA!
Sini la yang sa tekejut. Bukan sa pandang rendah sama kaum wanita, malah sa rasa kaum wanita terletak lebih tinggi dari lelaki. Kan syurga di bawah telapak kaki ibu, bukan di bawah tapak kaki bapa. Heheh.
Tapi betul-betul la bedarah la, melecet la, mata si Yanin pun siap kena tendang sampai bengkak-bengkak. Gila lah. Ada ka pelakon kita yang buli ‘rival’ dia? Teda la sa rasa. Kebanyakan lebih takut kuku durang patah. Dan mungkin lebih baik mengambil ‘martial artist’ untuk berlakon. Si Yanin ni martial artist ka? Tia tau la sa. Tapi si Tony Jaa, memang Muay Thai punya urang.
Salute lah! Bila sa tau nama pelakun utama dia, sa pun cari la di Internet, belum banyak lagi site yang ada maklumat pasal Yanin Mitananda. Harap-harap lepas ni, dia akan ada buat ‘world tour’ macam si Tony Jaa. Siap pi Jipun lagi.
OK lah. Sa rasa sampai sini saja ‘review kampung-kampung’ sa. Harap-harap selepas ni, ada DVD original akan keluar with decent subtitles. Sarikata DVD yang sa tinguk ni, ntahapahapantah betul. Susah mo paham. Biar pun English.
Bah Malaysia, try la bah buat satu filem gini. Gerenti meletup tu.
Rehat dulu sama filem seram tapi haprak dan filem lawak tu.
Untuk maklumat lanjut pasal cerita Chocolate, sila lah lawat website rasminya
www.chocolate-movie.com















Recent Comments