Caution
Blog ini berkisarkan ‘pandangan-pandangan’ sa sendiri mengenai apa yang sa nampak dan alami. Tidak kira lah politik ka, makanan ka, minuman ka, tv ka, movie ka, ataupun sumandak limpas-limpas di Centerpoint.
Harus kamurang faham, sa tidak menyokong mana-mana ahli politik ataupun parti politik secara 100%. Sa akan sokong kepada yang lurus dan menuju ke arah kebaikan kita sebagai rakyat. Kepada yang ngai tiau tu, sa akan tentang habis-habisan.
If you are not Sabahan, please refer to a Sabahan, why did I blog like this (If you find some entries/articles ‘disturbing’)
Sa akan quote kata-kata, ataupun artikel dari mana-mana blog, atau dari mana-mana akhbar, atau gambar, untuk menyokong PENDAPAT yang sa blogkan dalam blog ini. Jadi jika anda setuju atau tidak, sila bagi pendapat. (sebab diam tandanya setuju. hehe)
Sebelum bagi pendapat, tarik napas dulu dalam-dalam dan berfikir menggunakan akal.
Apa2pun, jika ada silap dan khilaf dalam kata-kata sa di blog ini, sa minta maaf, sesungguhnya sa adalah manusia biasa yang tia sempurna. (Ini bukan alasan untuk menyalahkan Tuhan/Allah di atas kata-kata sa)
Blog ialah salah satu kurniaan Tuhan dan ‘kemudahan’ kita dalam era ICT dewasa ini. Gunakan lah ia sebaik mungkin. Pastikan ia akan membawa perubahan positif kepada kita. Jangan memblog kata-kata yang mungkar atau penipuan-penipuan. Jangan jadi agen kepada kemusnahan.
Akhirkata,
Majulah Sabahanblog untuk perubahan ke arah positif!

(sa mo guna perkataan “reformasi” baitu tapi susah btul kalau sikit-sikit kana kasi kait sama ‘pembangkang’ nih. silaka. hehe)



