Selepas PRK Permatang Pauh dengan kemenangan DSAI, sekali gus perlantikannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, telah memberi tekanan yang besar ke atas kerajaan BN. Kemudian ura-ura yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan pada 16 september ini, dengan bantuan adanya sekurang-kurangnya 30 orang ahli parlimen dari sabah dan sarawak akan ‘melompat’ ke gabungan PR, telah cukup memeningkan kapala pemimpin-pemimpin BN.
Atas kebimbangan terdapatnya ahli-ahli parlimen dari sabah dan sarawak berhijrah ke PR inilah maka pada pembentangan Bajet 2009 29 ogos lepas, Pak Lah telah ‘menghadiahkan’ berbilion-bilion ringgit untuk negeri sabah dan sarawak. BN dan pak Lah takut atau phobia sekiranya ada ahli-ahli parlimen dari sini menjadi ‘buhangkut aka katak’. Maklumlah di sabah, katak-katak ini banyak, malahan sudah experience sejak 1994 lagi…
Pada anggapan saya, sebenarnya situasi politik tanah air sekarang menyediakan PELUANG yang besar untuk kita ‘memperolehi hak-hak’ kita yang hilang. Kalau kita bijak menggunakan peluang ini (yang mungkin masa sekarang sahaja wujud), kita akan dapat membangunkan negeri kita dalam pelbagai sudut tanpa dibatasi wilayah, bahagian, daerah - bandar atau luar bandar. IA JUGA PELUANG KITA UNTUK MENDAPATKAN HAK-HAK KITA YANG HILANG ATAU DIROMPAK oleh KL.
Bagaimana hal ini mungkin berlaku? (untuk mendapatkan hak). Ini terletak di tangan ahli-ahli YB dari Sabah (dan juga sarawak). Sama ada YB-YB ini dari kalangan BN atau bukan, mereka harus bijak dan berani menuntut lebih banyak hak kita yang diambil oleh kerajaan pusat (misalnya dlm 20 perkara, hal2 tanah negeri, hal ketua2 pentadbir jabatan2 kerajaan di sabah…etc). Sekiranya pihak BN dan Kerajaan Pusat tidak mengendahkannya, buatlah UGUTAN keluar dari Barisan dan sertai Pakatan Rakyat yang dapat menunaikannya. Saya percaya dan yakin, orang-orang UMNO / BN atau Pak Lah tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas ahli2 YB BN dari Sabah (dan sarawak) yang berani menuntut hak-hak ini sekarang kerana TAKUT dengan keadaan politik tanah air sekarang.
Kepada ahli-ahli berhormat dari sabah / sarawak, berfikir dan sedarlah, inilah masa yang sesuai bahawa anda mempunyai KUASA dan KEKUATAN sekarang untuk berbuat demikian. Buatlah tuntutan ke atas semua hak negeri kita…kalau si Pak Lah dan konco-konco kolotnya marah, kamu lompat parti ke pakatan rakyat lah. Dan apabila berlaku perubahan kerajaan nanti atas tindakan kamu, kamu akan disanjung sepagai pejuang di atas mata dan hati keseluruhan rakyat sabah / sarawak….
INGAT…INILAH PELUANG YANG PALING SESUAI…