Kepincangan Majlis Daerah..…AYUH! Buktikan!
Merah menunjukkan keberanian. Berani dalam melaksankan segala tugas dan berani menghadapi kehidupan penuh cabaran. Merah memiliki roh kekuatan yang tersendiri kerana itu manusia seringkali dikaitkan dengan darah merah yang mengalir. Maknanya kita harus jadi pemberani dalam apa saja keperluan demi mencapai keinginan.
Sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan sosial daerah sook, Majlis Daerah Sook (MDS) merupakan unit kerajaan yang diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk menjalankan segala bentuk pengurusan dan pentadbiran menyeluruh bagi kawasan N.37 Sook. Persoalannya, sejauh manakah sudah MDS ini telah berfungsi bagi tujuan menyejahterakan penduduk-penduduk sook?
Selama yang kita lihat sekarang, secara peribadi saya berani mengatakan bahawa, MDS TIDAK berfungsi dengan baik di daerah ini. Kenapa begitu? Kerana MDS tidak aktif, tidak progresif, dan tidak kreatif dalam membuat pelan-pelan pembangunan daerah ini. Saya akan senaraikan beberapa permasalahan pokok yang menyangkut kebutuhan asas penduduk sook dan kita minta MDS buka mata lebar-lebar untuk melihat semua ini. Bukan pula setelah membaca nota ini lalu mencari kambing hitam untuk divonis ala sistem Komunis Hitler. Lelaki itu bukan sekadar jantina tetapi juga jantan. Jadi kita harus berani berkata, kita juga harus siap menerima segala kritikan membina, kita juga harus sedia menimbang pengeluhan rakyat. Itu baru disebut ‘pemimpin pilihan kami’.
Perkara nombor satu yang ‘dilupakan’ oleh MDS sehingga kini terhadap rakyat sook ialah :
A). Kewujudan Peniaga-Peniaga Asing
Sungguh tidak masuk akal jika MDS tidak menyedari hal ini. Lihatlah pada setiap waktu pagi, sebelum kedai-kedai runcit dan restoran-restoran orang tempatan dibuka, peniaga-peniaga hantu ini sudah timbul di kawasan kita. Ini berlaku setiap hari. Mereka menunggang kuda dua tayar. Sasaran mereka ialah masuk ke setiap kampung. Soalan saya, adakah MDS sudah pastikan mereka ini mempunyai kebenaran berlesen daripada pihak majlis sama ada melalui MDK atau MDS itu sendiri? Adakah mereka ini mempunyai status orang tempatan atau orang asing? Adakah mereka ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah? Kalau ada pun, adakah dokumen mereka itu bertujuan untuk berniaga di negera kita atau tidak?
MDS perlu prihatin dengan keinginan yang menggulung di hati orang tempatan untuk berniaga, tetapi mengapa kita sebagai orang tempatan balik-balik diberitahu supaya kalau mahu berniaga mesti ada lesen perniagaan. Kenapa pangeran-peangeran hantu subuh ini seenaknya saja menceroboh kawasan sook untuk menjual segala macam? Adakah mereka ini pernah datang ke MDS untuk meminta kebenaran berniaga di sini?
Tolonglah MDS..tolonglah…saya pernah hidup di Indonesia selama 5 tahun. Saya faham sangatlah perangai jenis mereka ini. Buktinya lihat saja. Mula-mula yang datang menjual ikan di sini hanya dua orang. Seorang jual ikan, seorang jual ais krim. Dua-dua orang Butun Indonesia. Itu mula-mula. Sekarang sudah setahun dua sudah berlalu, lihatlah sendiri bila waktu pagi. Berjejerkah tidak motor-motor mereka di sook? Tengoklah sendiri. Mereka ini kalau tidak diblok awal-awal, percayalah kawan, satu masa mereka akan berkampung di sini. Itu pasti terjadi.
Mencari rezeki itu tidak di halang walau siapapun, itu benar. Akan tetapi kita adalah sebuah negara hukum dan buat apa hukum itu digubal jika ada saja pihak yang begitu mudah menodainya tanpa tindakan? Lebih baik tiada hukum.
Cadangan saya :
i. Bincang hal ini ke akar umbi MDS bersama para Pemimpin Kampung. Jika kehadiran mereka ke sini tidak sah, ambillah tindakan segera menghentikan kegiatan mereka;
ii. Jika mereka diperlukan berniaga di sini kerana barangkali mereka ada dokumen sah, panggil mereka dan periksa semua dokumen perniagaan mereka, beri taklimat tentang peraturan-peraturan di sini;
iii. Daftarkan mereka sebagai peniaga luar yang masuk berniaga di kawasan ini kerana mereka semuanya tinggal di keningau, bukan di sook.
iv. Keluarkan Kad Kebenaran Khas kepada mereka untuk mereka bawa masuk ke mana-mana kampung agar penduduk kampung mengenali mereka bahawa mereka adalah terdaftar dengan MDS. Ini mengelakkan berlakunya lambakan orang-orang mereka yang datang secara bebas keluar masuk di daerah ini;
v. Kenakan yuran yang sesuai kepada mereka kerana yuran ini pun merupakan hasil pendapatan MDS bagi kepentingan umum daerah ini juga.
vi. Alangkah baiknya jika mereka tidak dibenarkan langsung tetapi MDS bangunkan semula pasar ikan yang sedia ada dengan menggalakkan orang tempatan menjual di situ secara rutin dan rasmi. Buat apa pasar ikan itu dibuat tetapi tidak dimanfaatkan secara makro? Yang rugi MDS dan yang untung ialah budak-budak pelepak kerana mereka akan jadikan tempat itu sebagai rumah baru menikmati asyiknya dunia remaja mereka.
B). Fasiliti Tamu Sook
Hari Minggu adalah hari Tamu Besar Sook. Namun begitu sedih sekali jika kita melihat kemudahan tamu sook yang sangat tidak membantu para peniaga tempatan kita. Peniaga yang datang dari luar daerah sook pula yang mempunyai kemudahan sendiri misalnya meja, kerusi, kem dan sebagainya untuk mereka gunakan di tamu tersebut. Tidak percaya? Silakan lihat sendiri pada setiap hari minggu. Orang luar duduk di kerusi di bawah lindungan kem yang mereka bawa sendiri, tetapi makcik-makcik kita kasihan cuma duduk saja di atas tanah berpanggang teriknya matahari.
Begitu juga dengan jumlah penjual orang luar/asing di situ. Tidak pasti sama ada mereka yang datang berniaga di situ mempunyai dokumen sah atau tidak. Yang jelas sebahagian daripada kawasan tamu itu dikuasai oleh orang luar. Suasana ini sangat tidak bagus untuk dipandang.
Cadangan saya :
i. Bina pondok berupa gerai panjang yang sesuai mengikut format wujudnya sebuah tamu;
ii. Kenal pasti orang luar / orang asing yang datang berniaga di situ dengan mewujudkan panitia Pengendali & Pengawal Tamu (P2T);
iii. Buat penstrukturan semula blok-blok penjualan mengikut genre jualan;
iv. Bina pondok keselamatan dan pondok pengurusan mini di kawasan tamu;
v. Kuatkuasakan pembayaran guna tandas kepada pengguna-pengguna awam;
vi. Ceriakan kawasan tamu dengan banner atau iklan-iklan papan tanda berupa jiwa nasionalis dan cinta kebersihan;
vii. Berikan keutamaan kepada golongan tempatan menempati lokasi-lokasi strategik penjualan;
viii. Kenakan yuran yang lebih kepada peniaga-peniaga luar/asing yang layak berniaga di sini;
ix. Paparkan banner berikut ini di kawasan mudah lihat. “Orang Asing Tidak Dibenarkan Datang Ke Sini Untuk Tujuan Menjual Kecuali Sebagai Pembeli”
x. Tingkatkan kempen 3K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan) di kawasan sook khususnya di kawasan tamu.
C). FASILITI AWAM PEMANDU-PEMANDU BAS-TEKSI
MDS harus melihat perkara ini sebagai satu kemestian untuk ditangani kerana umumnya sekarang ini semakin ramai orang yang menggunakan kemudahan transportasi awam. Tanpa mengira bas ataupun teksi semua ini sudah diperlukan di sini sekarang.
Sayangnya kemudahan seperti tempat parking yang selesa dan perhentian bas yang bagus kurang menyokong kehendak pengusaha transportasi ini. Apakah perkara ini terus dibiarkan sehingga keadaan jalan semakin sesak dan sempit, ditambah lagi dengan lori-lori kayu balak dan lori kelapa sawit yang semakin meningkat hari ini. Perhatikanlah semua ini sebagai satu peningkatan pengguaan jalan raya sook sekarang ini.
Untuk hari ini kita berhenti di sini dulu. Kita akan lanjutkan dengan isu-isu lain selepas ini. Masih banyak perkara yang perlu dikemukakan. Mudah-mudahan pihak berwajib sedia mendengar, mempertimbangkan dan seterusnya melakukan sesuatu demi kesejahteraan seluruh warga sook.
“SELAMAT DATANG KE DAERAH SOOK. KEDATANGAN ANDA TIDAK DIUNDANG. KALU RAGU SILAKAN BALIK”
Artikel asal: mysook