Jabatan Perhutanan Sabah, Jangan Aniyai Orang Kampung!!
Kejadian baru-baru yang menimpa beberapa warga Sook di mana mereka terpaksa bermalam di lokap balai polis Keningau benar-benar menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap tindakan pegawai forest yang tega mengheret orang kampung sampai ke dalam tahanan balai. Hanya kerana sebab-sebab yang remeh dan lebih merupakan persoalan teknikal sahaja, lalu mereka terpaksa mendekam satu malam di dalam tahanan.
Persoalan mengeluarkan kayu dari hutan yang digesek sendiri oleh orang kampung untuk tujuan membantu membuat rumah kepada seorang warga miskin di tempat mereka berakhir dengan ringkupan gila oleh beberapa pegawai forest yang sudah sedia menanti kemunculan orang-orang kampung ini di jalan raya besar.
Sungguh merupakan satu sikap biadap pegawai-pegawai forest yang terlibat melakukan tindakan seumpama ini terhadap orang-orang kampung yang cuba berdikari membantu golongan susah yang selama ini dibiarkan oleh pemimpin-pemimpin BN penipu di kawasan ini. Tindakan bodoh ini pun lalu mengundang kemarahan warga terhadap pegawai-pegawai forest yang layak diibaratkan sebagai talibarut penjajah bumi sendiri.
Timbul tanda Tanya, mengapa persoalan kecil yang melibatkan orang kampung lalu dilacak sepenuhnya oleh forest sehingga mereka terpaksa dihumban ke lokap? Mengapa teuke-teuke balak yang bertindak menceroboh semua tempat di kawasan Sook ini dengan tujuan mencuri hasil bumi Sook, tidak pula forest lacak dan menangkap mereka? Sebenarnya bukan di Sook sahaja. Banyak kes yang melibatkan zero-zero kayu balak di negeri ini, bahkan menurut cerita-cerita kedai kopi, perkara ini juga turut melibatkan Ketua Menteri sabah, Musa Aman. Namun mengapa jabatan forest seperti buta melihat kejadian ini? Adakah mata pegawai-pegawai forest sudah dibutakan dengan RM bernama rasuah? Jika ini terjadi alangkah bagusnya jabatan forest sekarang ini didelete dari senarai jabatan dan diganti dengan Badan Kebajikan Perompak Sabah (BKPS) supaya mereka dapat mengurus dengan sistematika segala kegiatan perompakan hasil bumi yang berlaku di negeri ini.
Sebagai warga yang kecil dan layak disebut bilis, tidak seharusnya pegawai forest melakukan tindakan sedemikian terhadap orang kampung. Orang kampung berhak untuk tinggal di bumi mereka sendiri, menikmati hasil bumi sendiri, mereka telah berpuluh tahun hidup di daerah ini dan sepatutnya mereka ini dihormati sebagai kaum pribumi negeri ini. Meskipun mereka terpaksa masuk hutan mencari dan menebang kayu untuk kegunaan sendiri, itu semua kerana didorong oleh faktor kelemahan pemimpin khususnya BN yang tidak memberikan kemajuan dan naik taraf kehidupan orang kampung di daerah ini. Namun alangkah sedihnya, begitu orang kampung cuba berdikari memajukan diri dengan mengambil sedikit pokok kayu di hutan, forest pula bertindak seperti FBI yang rakus mencari mangsa.
Kewujudan Jabatan Perhutanan Sabah adalah untuk mengendalikan sebaik mungkin hasil bumi negeri ini yang menyangkut kayu. Apa yang kita lihat sekarang adalah kayu balak di negeri ini tidak lagi diurus dengan baik dan sempurna. Buktinya banyak kayu balak yang ditebang tidak mengikut garis panduan. Apakah FMP (Forest Management Plan) tidak lagi diguna pakai di negeri ini sehingga berlaku banyak kebocoran bayi-bayi kayu balak seperti yang kita lihat selama ini? Ini kerja siapa? Kenapa forest tidak lacak penyalahgunaan ini? Kenapa pula bila orang kampung yang mengambil kayu untuk kegunaan sendiri lalu dihukum sampai lokap? Adakah ini boleh disebut membantu rakyat atau menindas rakyat?
Banyak kayu balak di daerah ini yang dikeluarkan secara curi-curi. Tidak dibayar cukai, pampasan kepada orang kampung tidak diberikan walaupun lori-lori tersebut harus menggunakan kawasan tanah mereka untuk mengeluarkan kayu curian ini, dan tidak ada sedikitpun kayu balak yang dihadiahkan oleh pengusaha kayu balak kepada orang-orang kampung di daerah ini. Dapat dikatakan 100% hasil bumi sook diambil oleh teuke-teuke balak yang diimport oleh kerajaan dari luar daerah ini. Akibatnya, hasil bumi sook semakin habis sementara rakyat sook terus kekal dengan kehidupan susah begini tanpa sedikit ganjaran atau tanda terima kasih kerajaan kepada rakyat sook. Padahal selama ini pun sook terus diperintah oleh BN yang konon-kononnya berghairah memajukan pembangunan daerah ini. Sehingga kini kita sebagai warga sook hanya dapat habuk daripada lori-lori balak yang cuma merosakkan jalan-jalan raya kampung sahaja.
Wahai Jabatan Forest…..Pilih Mana?
1. Bantu orang tempatan/kampung atau orang luar?
2. Jadi manusia korupsi atau manusia sejati?
3. Jadi talibarut atau pahlawan bangsa?
4. Jaga negeri ini atau jual kepada orang asing?
5. Senangkan orang tempatan atau susahkan mereka?
6. Ikut mencuri harta sabah atau tangkap ikan-ikan paus haram ini?
7. Jadikan kuasa sebagai amanah atau jadikan kuasa sebagai kesombongan?
8. Berbakti kepada negeri atau tindas orang kampung demi ganjaran?
9. Selamatkan harta sabah atau lelongkan kepada peniaga tamak?
10. Jadi manusia sedar atau manusia pengkhianat bumi sendiri?
Ayuh Jabatan Perhutanan, jadikan dirimu sebagai sebuah jabatan yang mampu melindungi hak-hak kaum pribumi sabah, mereka adalah warga pribumi, layanilah mereka dengan rasa kemanusiaan. Jangan jadi manusia sombong dengan kuasa yang ada…pilihlah mana pasir mana permata…jangan jadi musuh dalam selimut kepada bangsa sendiri.
“Kalau kaya jangan jadi Qorun, kalau berkuasa jangan jadi Firaun”
By: mysook
August 14th, 2008 at 10:20 pm
Dunia semakin gila…ya betul napa org kampung yang mo ambil kayu utk tujuan yg baik ditangkap? pernah ka kita dengar kebelakangan ini pembalak kena tangkap? tiada, sebab? semua boleh dibayar dengan uang…dan dari situ kita tau la sikap sebenarnya orang2 kita ini. ’sanggup hisap darah saudara sendiri dan momok di hutan ditatang bagi minyak yang penuh’. syabas JH atas tindakan yg kehabisan akal ini. ingat baik dibalas kebaikan, kejahatan akan dibalas kejahatan juga, dan tidak semestinya oleh manusia dan juga sekarang… memalukan kes seperti ini pura2 tidak kenampakan oleh orang2 besar kita..kalau betul diorang ni pura2 tidak nampak, biar kita sumpah ‘mati duduk di taktha’ diorang semua ni nanti…
August 14th, 2008 at 11:44 pm
Inilah yang menjadi masalah di Sabah sekarang…sama juga dengan PATI di mana-mana daerah di Sabah. Katanya mau halau…hantar balik, tapi tadi saya jalan-jalan di pekan Keningau, banyak lagi itu Pilak jual rokok…kelmarin sana pasar malam banyak itu penjual2 ikan dalam Baldi dekat Pejabat Pos… apa punya olang wooo…
Pasal itu Jabatan Perhutanan, sepatutnya diorang minta maaf dengan orang2 kampung tu…2-3 batang balak bukan lah apa-apa untuk orang-orang kampung, tapi kenapa mereka bertindak ‘profesional’ kampungan….
August 14th, 2008 at 11:56 pm
Maksud sya profesional kampungan tu ialah orang2 Jabatan Perhutanan. Memanglah bukan semua, tapi ramai yang buat macam itu. semacam analogi yang baik; Badan Pencegah Rasuah —> makan rasuah; Jabatan Perhutanan —-> jual hutan, kalau orang kampung ‘curi’ kayu untuk kegunaan sendiri; orang2 kampung kena tangkap!!