Free Talks

Saya suka cakap-cakap / tulis-tulis apa saja yang saya suka, terutama ‘mengutuk urang’!

Archive for the ‘Sook’


Jabatan Perhutanan Sabah, Jangan Aniyai Orang Kampung!!





Kejadian baru-baru yang menimpa beberapa warga Sook di mana mereka terpaksa bermalam di lokap balai polis Keningau benar-benar menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap tindakan pegawai forest yang tega mengheret orang kampung sampai ke dalam tahanan balai. Hanya kerana sebab-sebab yang remeh dan lebih merupakan persoalan teknikal sahaja, lalu mereka terpaksa mendekam satu malam di dalam tahanan.

Persoalan mengeluarkan kayu dari hutan yang digesek sendiri oleh orang kampung untuk tujuan membantu membuat rumah kepada seorang warga miskin di tempat mereka berakhir dengan ringkupan gila oleh beberapa pegawai forest yang sudah sedia menanti kemunculan orang-orang kampung ini di jalan raya besar.

Sungguh merupakan satu sikap biadap pegawai-pegawai forest yang terlibat melakukan tindakan seumpama ini terhadap orang-orang kampung yang cuba berdikari membantu golongan susah yang selama ini dibiarkan oleh pemimpin-pemimpin BN penipu di kawasan ini. Tindakan bodoh ini pun lalu mengundang kemarahan warga terhadap pegawai-pegawai forest yang layak diibaratkan sebagai talibarut penjajah bumi sendiri.

Timbul tanda Tanya, mengapa persoalan kecil yang melibatkan orang kampung lalu dilacak sepenuhnya oleh forest sehingga mereka terpaksa dihumban ke lokap? Mengapa teuke-teuke balak yang bertindak menceroboh semua tempat di kawasan Sook ini dengan tujuan mencuri hasil bumi Sook, tidak pula forest lacak dan menangkap mereka?  Sebenarnya bukan di Sook sahaja. Banyak kes yang melibatkan zero-zero kayu balak di negeri ini, bahkan menurut cerita-cerita kedai kopi, perkara ini juga turut melibatkan Ketua Menteri sabah, Musa Aman. Namun mengapa jabatan forest seperti buta melihat kejadian ini? Adakah mata pegawai-pegawai forest sudah dibutakan dengan RM bernama rasuah? Jika ini terjadi alangkah bagusnya jabatan forest sekarang ini didelete dari senarai jabatan dan diganti dengan Badan Kebajikan Perompak Sabah (BKPS) supaya mereka dapat mengurus dengan sistematika segala kegiatan perompakan hasil bumi yang berlaku di negeri ini.
(more…)

Kepincangan Majlis Daerah..…AYUH! Buktikan!





Merah menunjukkan keberanian. Berani dalam melaksankan segala tugas dan berani menghadapi kehidupan penuh cabaran. Merah memiliki roh kekuatan yang tersendiri kerana itu manusia seringkali dikaitkan dengan darah merah yang mengalir. Maknanya kita harus jadi pemberani dalam apa saja keperluan demi mencapai keinginan.

Sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan sosial daerah sook, Majlis Daerah Sook (MDS) merupakan unit kerajaan yang diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk menjalankan segala bentuk pengurusan dan pentadbiran menyeluruh bagi kawasan N.37 Sook. Persoalannya, sejauh manakah sudah MDS ini telah berfungsi bagi tujuan menyejahterakan penduduk-penduduk sook?

(more…)

Reputasi Pembangunan Daerah Sook Bukti Kerajaan BN Lemah





Lebih daripada 20 tahun berlalu, wajah daerah sook masih belum ceria. Kelihatan pada raut fizikal daerah ini, jelas menggambarkan betapa daerah ini masih terlalu lemah dari segi pembangunan. Belum ada satu pun yang boleh diangkat ke permukaan sebagai jati diri sebenar daerah ini. .

Sekadar dua buah bangunan sedco, tapak tamu, gerai-gerai runcit, bangunan pejabat daerah dan dewan masyarakat yang sudah usang, bangunan smk sook dan sk sook, itu seluruhnya belum dapat dikatakan sebagai hasil pembangunan yang didapat selama 20 tahun lebih. Jauh daripada itu, sook ketinggalan dengan daerah-daerah lain terutama dalam sektor pembangunan.
(more…)


FireStats icon Powered by FireStats

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 10 access attempts.