
Ada 7 cara biasa propoganda
- Kasi kait satu pihak kepada negatif. si A jahat, gov A jahat, agama A jahat, budaya A jahat.
- Mengubahsuai definisi konsep asal yang positif pigi cara bukan standard . Perkataan seperti kebebasan , demokrasi, ketamaduanan , keadilan dan semacamnya dilaksanakan lain dari definisi standard. Contoh dia, si A kasi bagi banyak kelebihan tapi si B kasi kurang kelebihan. Lepas tu kasi cerita dimedia yang benda ni ialah contoh sebenar “keadilan” dilaksanakan sepenuhnya.
- Transfer value. Kasi pindah keagungan dari satu konsep lain pigi konsep yang lain. Contoh dia, kasi terbang roket atas nama Sains & teknologi, tapi last-last kasi kait sama keagungan agama dan budaya si A. Duii… despret oo..
- Sokongan testimoni. Cara ni macam gini, si A mau dia kana sokong so dia suruh artis, proffessor, petani, pelajar, orang ramai, budak2 cakap something yang baik pasal si A. Kononnya pasal si A, maka kita dapat apa yang kita dapat sekarang.
- Menjadi insan biasa. si A mo dapat sokongan, maka dia kasi tinguk lah yg dia pun orang biasa juga. Dia kasi tinguk yg dia sedih sama pencolekan budak, dia kasi tinguk yg dia pegang parang kasi bersih2 semak d aktiviti gotong royong dll.
- Kasi takut-takut. Cara ni macam gini, si A cakap sama orang-orang, kalo kamu ikut cakap si B, maka kejap lagi kamu akan miskinlah, didera lah , dihinalah dan sebagainya.
- Bandwagon effek. Yang ini macam gini, dalam keaadan keliru, majoriti orang suka ikut orang kebanyakan. So si A sengaja rancang macam mana kasi keliru orang ramai. Cara dia macam buat satu undian, tapi procedure tak betul. Last2 bila orang keliru dorang saling ikut siapa majoriti. The problem is, majoriti tidak semestinya betul.
Leave a Reply