headerphoto

Bagimana harga minyak mempengaruhi hampir kesemua harga lain?

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa kegunaan minyak?

  • Sumber tenaga

Sumber tenaga untuk?

  • enjin kenderaan
  • enjin kilang

Siapakah yang memerlukan kenderaan?

  • rakyat biasa yang perlu bergerak
  • syarikat yang perlu pergerakan untuk menyokong operasi

Wujud kenderaan yang tidak menggunakan minyak?

  • untuk negara malaysia, tiada

Untuk kes syarikat, wujudkah syarikat yang tidak memerlukan pergerakan dalam operasinya?

  • syarikat yang menawarkan prodak memerlukan pergerakan, ini suda tentu memerlukan sokongan logistik untuk beroperasi
  • syarikat yang berasaskan perkhidmatan mungkin tidak memerlukan sokongan logistik yang ketara dalam operasinya, tapi orang yang berkerja dalam syarikat itu perlu bergerak, maka elaun kenderaan perlu

Wujud lebih dari satu syarikat perkhidmatan logistik, jadi kenapa tak pilih syarikat logistik yang tidak menaikkan harga perkhidmatannya untuk mengelakkan kos operasi bertambah?

  • Sebab syarikat logistik ni lebih dari satu, maka wujud bersaing untuk menawarkan perkhidmatan yang termurah sebagai tarikan. Siapa yang menawarkan kos logistik termurah akan menang. Dalam masa sama, syarikat logistik yang menawarkan perkhidmatan termurah sebenarnya juga ialah syarikat logistik yang rapuh kepada peningkatan harga minyak. Sebab margin untung dengan kos operasi sangat rapat maka dengan pertambahan sedikit harga minyak cukup untuk memaksa mereka menaikkan harga perkhidmatan logistik dan seterusnya menaikkan kos operasi syarikat yang memerlukan sokongan logistik

Cara lain macam mana harga minyak pengaruh harga?

  • syarikat yang berdepan dengan peningkatan kos dalam operasi sudah tentu terpaksa menaikkan harga prodak untuk memastikan kewangan syarikatnya tidak terjejas teruk. Jika majoriti syarikat membuat keputusan sedemikian, maka kos majoriti barangan runcit akan naik dan seterusnya kos hidup rakyat biasa juga akan meningkat
  • duit yang kita sampan dalam bank akan mengalami susut nilai disebabkan inflasi. Jika kita simpan Rm1000 hari ini, di masa depan nanti tidak banyak kita bole buat dengan Rm1000 berbanding masa kini.

Kamu rasa semua orang tau kah yang minyak ni pengaruh banyak perkara?

  • ada yang tak tau apa-apa dan terus gembira
  • ada yang tau harga minyak naik tapi dari sudut pengetahuan yang tidak lengkap (politik 100%)
  • ada yang tau dan dia perlu berbuat sesuatu

Jadi siapa lah yang tidak terkena kesan kenaikan minyak?

  • saya pun tidak tau.

Bukan setiap perkara ada baik dan buruk dia kah, jadi apa kebaikan kenaikan harga minyak?

  • wujud kaunter dalam pasaran kewangan yang memberi keuntungan dalam situasi sekarang, tapi malangnya cuma minoriti pelabur tahu akan kewujudan peluang ini
  • kerajaan yang kuat ialah kerajaan yang mampu berdepan dengan masalah ini, tapi jika kerajaan itu ialah kerajaan yang lemah dalam pengurusan, isu minyak ni sebenarnya memberi peluang untuk kerajaan baru yang lagi baik mengambil alih kerajaan lama yang kurang baik. Autokrasi, kuku besi, ditaktor dan sebagainya hilang kekuatan dalam situasi sekarang. Ini kebaikan untuk semua rakyat yang cintakan hak asasi dan kemajuan.

 

Leave a Reply