headerphoto

Ukuran-ukuran dalam pembangunan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The Dimensions of Development

  Means Goals
Human Rights + +++
Environment + ++
Governance ++ +
Economic Growth +++ 0
Education ++ +
Health + ++
Culture + +++

list ni sia dapat dari TED.com, so kira menarik juga lah idea ni.

Kalo kamu perasan, ada banyak blog2, forum2 orang Sabah  cerita pasal pembangunan. Tapi yang kesiannya, majoriti orang Sabah ni terikat sama scop kecil dalam pembangunan. Bangunan2 saja kunun baru kana panggil pembangunan..

pembangunan = jalan raya, jambatan, bangunan2

mimang betul juga, cuma tidak menyeluruh. Ada banyak lagi ukuran2 pembangunan lain yang inda kana sentuh oleh orang kita.

Sedikit penerangan pasal carta d atas tu.

Mean = lebih kurang macam faktor pembangunan

Goal = lebih kurang macam tujuan kita hidup atau membangun

——–

Mean terpenting, atau faktor pembangunan yang paling besar pengaruh ialah Economy.

Goal terbaik, atau tujuan kita perlu pembangunan paling utama ialah Human right sama culture.

Bila saya tanya kawan2 Sabahan apa dia faham pasal culture, apa yang dorang ingat cuma Sumazau2, batik2,  kamaatan dan sebagainya. Ini sebenarnya kana panggil budaya “tradisi”.  Definisi budaya yang lagi tepat, ialah “apa2 yang kita buat”, di bandar2 besar ada banyak kita buli buat, di kampung2 kecil hampir tiada apa2 kita buli buat. Ini maksud dia, di bandar2 besar ada culture yang tinggi, di kampung2 kecil tiada culture yang tinggi.

—————

Apa lah guna kita ada bangunan2 tinggi, kalo urang2 kita jadi kuli2 dan tiada apa2 mampu kita beli atau buat. Ini apa terjadi karang, urang kadazandusun banyak yang hidup d KL suda.. dengan pembangunan2 yg pesat gitu. Tapi hanya mampu jadi window shopping jak.. and inda banyak program2 berbayar yang menarik urang kita mampu join. Ini contoh mcm mana pembangunan ekonomi Malaysia walaupun tinggi tapi tiada guna kalo orang2 kita tidak mampu kasi tingkat culture dia.

Human right pun sama, kalo ya pun ada urang2 kita mampu hidup dalam budaya yang tinggi (banyak aktiviti2 dia bole buat) tapi kalo human right d malaysia ni masih cikai pun tidak guna juga. Kebebasan beragama ialah salah satu human right yg gagal d Malaysia. Kalo kawin mesti convert dan tidak bole keluar. Bodoh punya peraturan.. kalo ya pun mo convert kasi benar org tu keluar balik kalo dia mau. Tapi di TV bukan main kasi cakap malaysia bebas gitu..

Kalo sia tulis semua sub topik tuk pembangunan panjang betul ni.. so sia stop d sini jak. Nanti2 sia open lagi beberapa post khas tuk cover beberapa sub topik  under pembangunan gitu.

 

19 Responses to “Ukuran-ukuran dalam pembangunan”

  1. tanakwagu MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0.1 Says:

    hemm.. i think pembangunan insan is a most important.

  2. San NORWAY Opera Mini 8.01 Says:

    Sa baru mau buat artikel pasal pembangunan tapi suda ko post.Hehehe.Hampir2 sama idea kita.Tdk sengaja.Teruskan saja.Mana yg kurang sa tambah kemudian..

  3. nokurogia MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0.1 Says:

    San,

    Dari corak penulisan kita bole agak macam mana personaliti seorang blogger tu (kalo tidak banyak main2 tulis lah). Ko sama saya sebenarnya tinggi potensi sama personaliti, ko pun abstrak thinker actualy. So jangan heran kalo ko nampak apa yang saya tulis tu lebih kurang apa yg ko mo tulis juga.

    Kalau ada siapa2 berminat mo belajar cara cek personaliti, try google MBTI & start belajar.

    Thanks.

  4. Mogium MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 Says:

    kata-kata “… Ini apa terjadi karang, urang kadazandusun banyak yang hidup d KL suda.. dengan pembangunan2 yg pesat gitu. Tapi hanya mampu jadi window shopping jak.. and inda banyak program2 berbayar yang menarik urang kita mampu join….”, kita bulih katakan ‘katak dalam aquarium’. tau dan nampak benda2 tersebut, tapi tidak turut mencorakkannya.

    Saya suka melihat KDM punya urang…kiharo boh oh boros tokou sondii, nga oinsaru tokou olingan momoguno. Iti noh ‘culture’ tokou, “momit tulun suai, olingan kinoburuan sondii”. Iti iso nogi pomitanan (ih boros tokou). iti noh…yoku sondii nga mogoling diti kinoburuan…

  5. nokurogia MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0.1 Says:

    mimang mo tulis juga isu bahasa ni (lama suda sia kasi pending :P ).. antara point yg sia kira mo pakai.. konflik antara… adaptation or traditional .. identity survival or socioeconomic improvement for survival… language capability as a knowledge tool or identity tool only.. saving identity using indirect approach vs direct approach.. re brand language or use new language.. dan juga isu lebihkurang 700,000 keturunan KDM but sangat2 banyak slang masing2 punca bahasa KDM sukar berkembang… isu kommuniti yg berpacah pula…

    sia delay post isu bahasa tu, coz org KDM banyak dalam aliran falsafah idelist dan sikit ruang untuk falsafah realist…

  6. nokurogia MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0.1 Says:

    another issu berbangkit, kira mo post juga macam mana cara2 orang kita ni yg banyak cakap pasal “kelemahan & ancaman” punca orang kita secara inda langsung belajar jadi bukan risk taker dan inda competitive.. ini isu interconnection antara bahasa-budaya-socioeconomy..

  7. Mogium MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 Says:

    dua pendekatan pengaruh yg selalu kita nampak apabila kita bincang ttg sesuatu kaum / msyrkt itu sama ada maju @ bertamadun atau tidak iaitu ‘mentaliti msyrkt itu sendiri’ dan ‘pengaruh yg wujud’ di persekitarannya. kalau kita lihat kedua2 aspek ini dlm tamadun KDM, kita dpt terangkan “kelemahan & ancaman” yg nokurogia bagitau tu….

    Penyelesaian pun, harus bertitik tolak dari ini.. ‘pengaruh yg wujud’ di persekitaran tu mudah kita selesaikan sekiranya kita ada ‘power’ yg kuat (politik ), tapi yg sgt sukar ialah ‘mentaliti msyrkt’ itu sendiri…

  8. nokurogia MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0.1 Says:

    Mogium,

    Comment sia yg ada words “kelemahan & ancaman tu” saya baru perasan, words tu buat kita TERmiss-communication bah tu, mcm provoke pula kan (sia pun baru perasan, dan teda niat kama tu). My point mcm gini, kita ambik contoh orang Bajau dan India, dorang selalunya cakap pasal “keberanian & kekuatan” . Last2 dari corak percakapan dorang maka terbentuk lah budaya “risk taker” dalam kommuniti dorang.Ini contoh hubungan antara corak pertuturan, minda dan budaya. Ini apa yg sia mo cover lepas ni. Itu konsep yg kita ter-miss communication tu.

    Tujuan saya mo cover corak pertuturan dan kesan kepada budaya, saya kira mo develop awareness sama orang2 KDM yang kita bole ubah nasib kita, kalo kita secara majoriti ubah corak pertuturuan kita. Semakin berkualiti corak bertuturan orang2 KDM, semakin tinggi peluang & kadar perubahan budaya KDM untuk jadi lagi baik.

    ~~~~~~~~~~~

    Isu berbangkit lagi..

    Premis mcm, (kekuatan politik —> kemajuan), betul dan tidak betul dalam masa yang sama.

    Kes ni kita rujuk orang Melayu di Malaysia pula. Dorang kana bantu banyak perkara sampai dorang kelihatan sangat2 maju tapi sebenarnya tidak (dari sudut pandangan terperinci). Kalau kita rujuk budaya Melayu tu sendiri, “creative minded dan open minded” ialah kualiti yang minoriti dalam budaya Melayu. Kesan dari kekurangan tu, maka daya saing Melayu dalam business tidak menonjol (relative kepada saiz population dorang). Ini sebab kualiti perturuan orang Melayu masih rendah. Jadi kalo orang KDM mau jadi kommuniti yg lagi bijak, KDM patut belajar untuk tidak ikut step-step orang Melayu yang kuat dalam politik tapi gagal memperbaiki kualiti pertuturuan. Berita baik untuk KDM, ubah corak pertuturan boleh dibuat tanpa tunggu kuasa politik dahulu.

  9. Mogium MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 Says:

    heheheh…inda apa2 bai tu…tapi sya bukan ‘Moginum’ tapi ‘Mogium’ ba… :(

    dulu sya ada artikel ttg pengaruh kuasa dan minda ni, tapi indak tau mana sya letak…nanti sya bincang balik…

  10. nokurogia MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0.1 Says:

    aduh…. sorry sorry.. hahha… speed reading sia mimang selalu ada error… indapa sia repair luk..

  11. nokurogia MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0.1 Says:

    pasal KDM kurang sertai apa2 aktiviti buat duit kan.. sia dulu actualy org yg sangat2 aggressif kasi promote Forex sama sabahan.. but kurang yg join.. then sia karang just main tuk diri sendiri dan bantu org KDM yg mo belajar jak…

    Sekarang baru sia tau satu perkara… personaliti dan aktiviti sangat berkait rapt.. cuma 10% saja orang secara semulajadi sesuai main Forex… yang lain2 tu merana kalo join Forex… kana bantu pun dorang akan rejek juga tu..

    mcm juga sia.. sia merana kalo join MLM.. sebab sia jenis introvert.. bukan jenis cakap2 banyak sama stranger… kalo ada masa sia akan cover topik ni…

  12. Mogium MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 Says:

    heheheh….indak apa2 ba itu…

    betul tu apa ko cakap tentang mentaliti / personaliti….berkait rapat dgn minat / tabiat. pasal MLM, sia memang tiada bakat…tentang forex, sedikit sgt urang2 kita terlibat dgn benda ini sbb bukan ‘minat’nya. sya pun sendiri2 trade forex sbb ia adalah jiwa saya… (siou, melarut mengarut pula komen sya ni….hahaha…)

  13. nokurogia MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 3.0.1 Says:

    kalo ada masa ko try ambik ujian personaliti ni..
    http://www.humanmetrics.com/cgi-win/JTypes2.asp

    Kalo ko dapat keputusan samada INTJ atau ISTJ, ko memang “born as a trader”, rugi ndak trading… Kalo dapat INTP macam saya, banyak benda lagi sia perlu belajar before jadi trader, tapi trader banyak datang dari INTP juga… Warren Buffet, trader dan juga org terkaya dunia sekarang, jenis ISTJ…

    but jarang jenis personaliti yg ada huruf “SF” suka Forex… dorang lagi sesuai busines yg perlu face 2 face dgn ctumer.. Agen Insuran ngam tuk dorang..

  14. Mogium MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 Says:

    sya ESTJ pula…Extraverted Sensing Thinking Judging (% 1, 25, 12, 44). sy lbh kpd extravert, bukannya introvert…hohoho….

  15. nokurogia MALAYSIA Linux Mozilla Firefox 2.0.0.13 Says:

    ko born as a manager… tegas… ESTJ

    Kalo kita tinguk balik.. ISTJ banding ESTJ.. I adn E jak yg berbeza, itupun E ko just 1%.. so ko still consider ada bakat dalam trading.. Kalo E mendekati 100% mean susa sikit berdepan kerja2 individualistic (Forex lebih individual)… So Forex mainan ko ni juga ni..

  16. Mogium MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 Says:

    born as a manager tapi skrng bukan pula..hohohoho….

    2 ujian sya buat, satu link di atas dan kedua link http://4np.net/ddli/ tapi kedua2nya di depan ‘Extrovert’.

  17. nokurogia MALAYSIA Linux Mozilla Firefox 2.0.0.13 Says:

    http://www.cognitiveprocesses.com/assessment/survey.html
    ini ujian tuk conformation…

    lepas tu bila suda conform ESTJ.. then buli lah google ESTJ then kaji sebanyak mungkin apa2 yg ko mo..

  18. millutz MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 7.0 Says:

    sa istp…very the introvert
    tapi cam ndak percaya sa dia punya pilihan keja..suma yang sa ndak suka..maybe sa silap jawap atau ndak paham…huhu..pa pun interesting la mo tau ni personality type..

  19. Gombui MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 6.0 Says:

    Satu perkongsian tentang erti pembangunan yang boleh menjana pemikiran yang lebih dalam…Bagi saya, pembangunan yang paling bermakna adalah apabila keperluan asas dalam kehidupan manusia seperti tanah, hutan dan sungai dijaga dan hak kita dijamin…bangunan tinggi kalau kita tiada tanah pun sama juga tidak merdeka..Ya ka?

Leave a Reply