Happy Mother’s Day
Kelmarin balik dari kerja(sunday pun kerja…sudah nasib badan) saya singgah sekejap di Wisma Merdeka. Saja jalan-jalan release tension. Banyak kad Happy Mother’s Day di jual. Saya terfikir sekejap bila sampai hari Mother’s Day banyak bunga-bunga atau pun fancy gifts yang kita nampak berjual…Kenapa datang hari mother’s day baru kita kena sambut?? Why dont us celebrate hari-hari???
Mungkin kita sibuk dengan kerja kita kan….saya juga macam itu. Terlalu sibuk sehinggakan lupa dengan insan yang banyak berkorban. Bukan sengaja…tapi kadang-kadang itu semua diluar jangkaan kita. Nasib baik lah saya mempunyai mama yang sangat memahami.
Kasih sayang seorang ibu tidak mampu kita balas dengan apa barang yang berharga sekali pun kita kutip semua bintang, planet…
Satu pengakuan yang ingin saya lafazkan disini…mama mungkin saya tidak berani untuk menyatakan depan mama. Tapi saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana punya mama seperti kamu. Kalau bukan kerana leteran mu yang menembuskan lubang telinga saya tidak akan berjaya seperti sekarang. Sungguh saya bersyukur pada Allah s.w.t
Menitis airmata saya bila melihat video ini…begitu hebat pengorbanan mama. Walaupun saya belum lagi bergelar isteri dan ibu…tapi saya sedar bahawa WANITA ITU AMAT BERHARGA!!!
Cium dan peluk lah ibu kita sebelum terlambat…kerana bila kita hanya dapat mencium dan memeluk jasad ibu kita…semua itu sudah tidak bermakna lagi.
Hi, this is a comment.
To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.