Kenduri Kahwin

Filed under: Home — Wrote by peanutbutterstrawberry on Monday, May 5th, 2008 @ 10:31 pm

Bulan ni akan bermula cuti sekolah 23 mei 2008 hingga 8 jun 2008. Apa lagi setiap hujung minggu pasti penuh dengan jemputan kahwin dan majlis pertunagan. Aku??? mungkin belum ada jodoh. Walaupun aku dah bergelar aunty..:) tapi belum lagi sampai masa bersejarah itu. Tidak ku kesali kerana sememangnya aku ingin mencari kepuasan hidup. Maksud aku upgrading diri sendiri dalam bidang yang aku minati. Di samping itu aku masih ingin membantu ibubapa ku yang sudah di mamah usia untuk membesarkan adik kesayagan ku.

Bohonglah sekiranya aku tidak cemburu dengan sepupu-sepupu ku yang telah beranak pinak dan juga telah bertunang. Sedangkan aku sering kali menghadiahkan gubahan hantaran atau hadiah pakaian baby..:) tapi aku tidak kisah. Sesungguhnya aku masih lagi bersyukur kerana dapat menumpang kasih dengan anak-anak buah ku yang comel-comel belaka.

Di sini ada beberapa gambar gubahan yang mungkin boleh dijadikan idea di majlis pertunangan nanti. Dan aku mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Selamat Bertunang bagi mereka yang akan melangsungkan majlis anda masing-masing.354792000.jpg405131665.jpg413582914.jpg417390110.jpg473023002.jpg556329237.jpg616614865.jpg676570659.jpg676865161.jpg

1 Comment   -
  • Comment by peanutbutterstrawberry | May 5, 2008 @ 11:27 pm

Leave your comment

FireStats icon Powered by FireStats

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 10 access attempts.

© PeanutButterStrawberry