24 hours a day!!

Filed under: Home — Wrote by peanutbutterstrawberry on Wednesday, May 21st, 2008 @ 1:31 am

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video[youtube]

Taubat

Filed under: Home — Wrote by peanutbutterstrawberry on Wednesday, May 21st, 2008 @ 1:14 am

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Umair berkata: “Adam a.s. berkata: “Ya Robbi, Engkau telah memenangkan Iblis atasku sehingga aku tidak dapat mengelakkan diri padanya kecuali dengan pertolonganMu.” Firman Allah s.w.t.: “Tiada lahir seorang anak keturunanmu melainkan telah aku datangkan kepadanya yang menjaganya dari tipu daya iblis, dan dari jin-jin yang jahat.” Adam berkata: “Tambahkan bagiku.” Jawab Allah s.w.t.: “Aku beri pahala setiap hasanat sepuluh lipat ganda dan ada harapan ditambah, sedang kejahatan satu lawan satu, dan ada harapan dihapuskan.” Adam berkata: “Tambahkan bagiku.” Firman Allah s.w.t.: “Taubat tetap diterima selama roh dikandung badan.” Adam berkata: “Tambahkan bagiku.” Firman Allah s.w.t.: “Qul ya ibadziyal ladzina asrafu ala anfusihim lataq nathu min rahmatillahi innallaha yagh firudzdzunuha jami’a, in nahu hauwal ghafururrahiem.” Yang bermaksud: “(Katakanlah: Hai hambaKu yang telah memboros dari menggunakan masa hidup untuk amal yang tidak berguna) kamu jangan putus harapan dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah dapat mengampunkan semua dosa, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi penyayang.)

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: “Bahawasanya Wahsyi yang membunuh Hamzah r.a., pakcik Rasulullah s.a.w. menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. dari Mekkah: “Sesungguhnya saya ingin masuk Islam tetapi terhalang oleh ayat (Yang berbunyi): Walladzina laa yad-una Allahi ilahanakhoro, wala yaqtuluna nafsallati harramallahu illa bilhaqqi walla yaznun, waman yaf’al dzalika yaiqa atsaamaa. (Yang bermaksud) Dan mereka yang tidak mempersekutukan Allah dengan tuhan yang lain dan tidak membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah kecuali dengan hak dan tidak berzina, dan siapa yang berbuat itu maka ia menanggung dosa-dosa. Sedang saya telah berbuat semua itu, maka apakah ada jalan bagiku untuk taubat?

Maka turun ayat yang berbunyi: “Illa man taba waamana wa amila amalan salihin fa ula ika yubaddilullahu sayyiantihim hasanaat.” (Yang bermaksud): Kecuali orang yang taubat dan beriman soleh, maka untuk mereka Allah akan menggantikan dosa-dosa mereka dengan hasanat.

Maka Nabi Muhammad s.a.w. mengirim ayat tersebut kepada Wahsyi lalu dijawab oleh Wahsyi: “Bahawa didalam ayat ini ada syarat iaitu harus beramal soleh, sedang saya belum tahu apakah dapat melakukan amal soleh atau tidak.” Maka turun ayat (Yang berbunyi): “Inna Allah la yagh firu yusyroka bihi wayaghfiru ma dunia dzalika liman yasya’u.” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni pada siapa yang mempersekutukanNya dan mengampuni semua dosa selain syirik itu, bagi siapa yang dikehendakiNya.

Shafwan bin Assaal Almuradi r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Disebelah barat ada pintu gerbang besar yang dibuat oleh Allah untuk pintu taubat lebarnya sekira perjalanan 40-70 tahun, tetap terbuka dan tidak ditutup sehingga matahari terbit dibarat.” Said bin Almusayyab mengertikan ayat (Yang berbunyi): “Innahu kaana awwabina ghafura.” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah bagi orang yang selalu kembali kepadaNya maha pengampun.” Iaitu orang yang berdosa kemudian bertaubat kemudian berdosa lagi dan bertaubat.

Seorang ahli hikmah berkata: “Sifat orang arif (yang mengenal Allah s.w.t.) ada enam iaitu:

  • Jika ingat kepada Allah s.w.t. maka dia berbangga.

  • Jika ingat pada dirinya maka dia merasa rendah.

  • Jika melihat ayat-ayat Allah s.w.t. maka dia mengambil iktibar.

  • Jika ingin bermaksiat maka dia menahan diri

  • Jika ingat maafnya Allah s.w.t. maka dia gembira

  • dan Jika ingat dosa-dosanya maka minta ampun

Ibn Abbas r.a. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): “Ya ayyuhal ladzina amanu tubu ilallahi taubatan nashuha.” (Yang bermaksud): “Hai orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah taubat yang nashuh (Sesungguh-sungguhnya).” Iaitu menyesal dalam hati dan istighfar dengan lidah dan niat tidak akan mengulangi lagi selamanya. Ada riwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Istighfar hanya dengan mulut sedang tetap terus berbuat dosa bagaikan mempermainkan Tuhannya.”

Rabi’ah al-Adawiyah berkata: “Istighfarkami ii memerlukan kepada istighfar yang banyak, iaitu istighfar dengan lidah sedang hatinya niat akan mengulangi perbuatan dosanya, maka taubatnya ialah taubat orang yang dusta dan ini tidak bernam taubat sebab syarat taubat ini ada tiga iaitu:

  • Menyesal dalam hati

  • Istighfar dengan lidah

  • dan niat tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Abul-Laits berkata: “Dosa ada dua macam iaitu dosa antara kamu dengan Allah s.w.t. dan dosa antara kamu dengan semua manusia. Adapun antara kamu dengan Allah s.w.t. maka syarat taubatnya ada tiga iaitu:

  • Menyesal dalam hati

  • Istighfar dengan lidah

  • dan niat tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Maka siapa yang melakukan tiga syarat ini, tidak bangun dari tempatnya melainkan sudah diampunkan oleh Allah s.w.t. kecuali jika ia meninggalkan salah satu fardhu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. maka tidak berguna taubatnya selama belum menyelesaikan kewajipan terhadap dirinya itu, lalu menyesal dan istghifar. Adapun dosa yang terjadi antaramu dengan sesama manusia maka selama mereka belum menghalalkan, maka tidak berguna bagimu taubat.”

Seorang ulama tabi’in berkata: “Adakalanya seorang yang berdosa, selalu teringat akan dosa dan menyesal serta minta ampun sehingga ia masuk syurga, sehingga syaitan laknatullah mengeluh: Celaka diriku, andaikan aku tahu nescaya tidak aku jerumuskan ia kedalam dosa itu.”

Abubakar Alwasithi berkata: “Sabar tidak keburuan dalam segala perbuatan itu baik kecuali dalam tiga macam iaitu:

  • Ketika tiba waktu sembahyang maka harus segera dilaksanakan

  • Ketika kematian harus segera diselesaikan dan dikuburkan secepat mingkin dan

  • Ketika akan taubat dari dosa maka jangan ditunda

FireStats icon Powered by FireStats

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 10 access attempts.

© PeanutButterStrawberry