
13hb JUN 2008 (friday… creepy huh..!!)
More detention centres mean no solution: Suhakam
Kota Kinabalu: Building more temporary detention centres will not solve the illegal immigrant problem, as clearly indicated by past experience, but only aggravate it, said Suhakam Vice Chairman Tan Sri Simon Sipaun.
“Detention centres were constructed in the past but the problem became bigger and more complicated. Instead what is temporary became permanent,” he pointed out in his address at a Dialogue on Civil and Political Rights organised by Suhakam at Le Meridien Hotel, Thursday.
He said the issue of illegal immigrants which “has made Sabah famous for the wrong reasons ” and “referred to as the mother of all problems here” is quickly changing the economic, social, cultural, civil and political landscape of the State.
Sabahans had been voicing their concern on the issue but it appears to have fallen on deaf ears.
“This being the case, the process of reverse takeover has well begun and gaining momentum. This problem first arose during the late sixties and early seventies.
“Unfortunately it has transformed from a relatively manageable problem to the present mammoth one due to what is perceived as a deliberate neglect by relevant government authorities and agencies.”
He said this explains why there is popular demand for the setting up of a Royal Commission of Inquiry to look into the matter. “I believe the idea is to get to the bottom of things and to ascertain once and for all the true state of affairs. After all there is nothing to fear if nobody did anything wrong deliberately.”
He said it couldn’t be denied that the presence of illegal immigrants is felt throughout Sabah.
“There is no place that Suhakam had visited in which no complainant complained about social problems associated with illegal immigrants.
“Admittedly nobody including the government knows the precise number of illegal immigrants in Sabah. This is not surprising since the number is always changing and most probably in an upward trend.
“My own guess is that they could have outnumbered Malaysians of Sabah origin. This guess is based on certain indicators.”
Sipaun asserted it was only fair and reasonable therefore that the illegal immigrant issue being a national burden should be equally shared among all the states in Malaysia.
“National leaders who have supported their presence in Sabah and have claimed that they posed no problem could have as many of them as possible to be settled in their respective constituencies. Such a move will indicate and prove their sincerity beyond doubt.”
He acknowledged that the illegal immigrants, as human beings have as much rights as Malaysian citizens.
“Their rights must be respected. Human rights have no borders. But this does not mean that they can walk in and out of Sabah and break the country’s laws,” he stressed.
_____________________________________________________________________________________________________
Cadangan tubuh Suruhanjaya Diraja tangani PTI
SECARA PERIBADI SIPAUN BERSETUJU
Kota Kinabalu: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Simon Sipaun berkata, beliau secara peribadi menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PTI) di Sabah.
Bagaimanapun Sipaun berkata, perkara itu yang turut dibangkitkan oleh pelbagai pihak dalam sesi dialog mengenai Hak-Hak Politik dan Sivil di sini pada Khamis, belum dibincangkan oleh SUHAKAM.
“Seperti yang saya telak maklumkan, isu ini belum dibincangkan pada mesyuarat penuh SUHAKAM. Apa yang saya nyatakan tadi cuma menggambarkan sokongan dan pendirian peribadi saya kepada cadangan penubuhan suruhanjaya seumpama itu.
“Sokongan saya kepada suruhanjaya seperti ini bukan kerana ia boleh menyelesaikan masalah berkenaan tetapi seperti kes Klip Video Lingam, anda boleh meneliti subjek itu secara mendalam, mengenal pasti siapa yang perlu dipanggil dan siapa yang bertanggung jawab terhadap apa,: katanya.
Sipaun berkata demikian kepada pemberita selepas mengambil bahagian dalam dialog tersebut yang turut disertai anggota SUHAKAM lain termasuk Tan Sri Asiah Abu Samah, Datuk Dr Denison Jayasooria, Datuk Dr. Micheal Yeoh, Datuk Siva Subramaniam dan Tunku Datuk Nazihan Tunku Mohamed Rus.
Menurut Sipaun, penubuhan jawatankuasa biasa mengenai PTI tidak akan berkesan keran ia tidak berkuasa memangil ahli-ahli politik serta pemimpin-pemimpin berpengaruh untuk membantu siasatan.
Katanya, pendirian beliau itu juga adalah bertepatan dengan kehendak ramai penduduk Sabah yang sedia mengetahui mengenai ketidakberkesanan beberapa jawatankuasa biasa yang pernah dibentuk sebelum ini.
“Bagaimanapun, saya tidak boleh bercakap bagi pihak SUHAKAM namun disebabkan perkara ini turut dibangkitkan dalam forum hari ini, perkara ini mungkin akan dibincangkan SUHAKAM,” katanya.
Terdahulu alam ucapannya, Sipaun menyifatkan isi PTI di Sabah sebagai ibu kepada segala masalah yang timbul di negeri itu.
Katanya, masalah PTI yang bermula sekitarakhir tahun 1960-an dan secara relatifnya dapat diurus kerajaan pada ketika itu,tetapi kini sudah menjadi masalah besar mungkin disebabkan pihak berkuasa yang mengaibkan masalah berkenaan.
“Ini mungkin menjadi salah satu sebab kepada permintaan dan cadangan popular terhadap penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara berkenaan. Saya percaya idea ini adalah mkencari punca sebenar perkara berkenaan,”katanya.
Sipaun juga menganggap pembinaan lebih banyak pusat tahanan sementara bagi menempatkan PTI tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan memburukkan lagi keadaan seperti yang sudah berlaku sebelum ini.
————————————————————————————————————————————————
APA KATA POLITIKUS
Apa suda jadi sama Musa Aman.. dia bilang.. bila itu Pak Lah mau kasi buat penempatan sementara untuk PTI.. dia cakap.. KERAJAAN SUDAH SERIUS UNTUK BASMI INI MASALAH PTI…
Dia pikir SABAHAN ini terlalu buduh kah mau picaya cakap dia tu… kalo yang tengok RTM, TV3 buli lah kena tipu.
Penambahan Pusat Tahanan Sementara utk PTI bukan sahaja.. satu langkah yang kurang bijak.. malah menambahkan masalah seperti… kawasan tanah yang perlu diambil kerajaan, kos yang perlu ditanggung dari segi pembinaan, makanan, air, letrik, gaji pekerja…
bagus lagi jika DUIT tersebut digunakan untuk membangunkan jalan raya, sekolah, klinik kesihatan untuk RAKYAT SABAH di Pendalaman.
Anifah Aman cakap mereka akan menubuhkan satu badan untuk menangani masalah PTI ini.. tapi sampai bila harus RAKYAT SABAH mau tunggu..???
Semakin lama tertangguh,.. semakin banyak PTI akan jadi warganegara keranan “tinggal lebih lama di sabah”….
Kenapa pemimpin KDM yang lain tidak sudah bersuara bagi pihak SABAHAN-KDM.. untuk melindungi hak-hak bangsa sendiri..??
Kenapa perlu terima pandangan daripada pemimpin MELAYU dari SEMENANJING…??? adakah mereka terasa akan penderitaan kita di Sabah yang berdepan dengan PTI..??
PTI juga banyak di SEMENANJING.. tapi kenapa mereka lebih terkawal dan tidak beri status WARGANEGARA…???
KENAPA mesti SABAH sahaja yang harus terima ini semua..??
Kepada para pembaca:
Jangan kita mendewa-dewakan pemimpin dari SEMENANJING ini… kalo mereka beri peruntukkan kepada negeri kita.. jangan lah berterima kasih.. KERANA itulah yang sepatutnya mereka bagi. Duit royalti minyak yg durang ambik hampir 100% adalah hak milik rakyat SABAH.
Kalo anda tinggal berdekatan dengan warga-warga luar…. AWAS dengan mereka.. jangan sekali-kali memberi mereka peluang untuk mendapatkan hak yang sepatutnya milik kita.
Suatu hari nanti.. bila bangsa mereka suda ramai di Sabah.. lebih ramai dari KDM, Cina, Rungus, Lundayeh… maka suda sampai masa nama BANGSA kita.. hanya tinggal NAMA….BUDAYA kita hanya tinggal sejarah… KETURUNAN kita hanya tertulis dalam KARYA…
————————————————————————————————————————————————
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA SIMON SIPAUN

Tan Sri Simon menerima Ijazah Sarjana Muda (Honours) dalam bidang sains politik dan pentadbiran awam daripada Universiti Victoria, Wellington, New Zealand pada tahun 1965. Beliau menghadiri program lanjutan ijazah selama satu tahun dalam bidang kerajaan dan pembangunan di Universiti Oxford, Englad pada tahun 1968/1969. Beliau menyandang beberapa jawatan kanan di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah termasuklah Pegawai Latihan Negeri, Setiausaha Tetap, Kerajaan Tempatan, Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Setiausaha Sumber Asli dan Timbalan Setiausaha Negeri. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum bersara ialah Setiausaha Kerajaan Negeri dari tahun 1988 hingga 1993. Dari Oktober 1993 hingga November 2003, beliau merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi/Pengarah/Ahli Lembaga dalam beberapa syarikat kerajaan dan swasta serta agensi-agensi termasuklah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Universiti Malaysia Sabah. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Panel Penasihat Perpaduan Negara dari tahun 1996 hingga 2000. Beliau kini bergiat cergas dalam berbagai-bagai pertubuhan kebajikan dan khairat.