Tutorial Laman Membuat Laman Web Mudah - Pisit Disini
Powered by MaxBlogPress  
May 16

Setiap manusia yang hidup didalam dunia ini sudah tentu memiliki bahasa ibundanya yang tersendiri .Walaupun anda seorang yang berketurunan Jepun sekalipun , tetapi yang pasti, ada bahasa yang tersendiri .Bahasa melambangkan bangsa.Bukan bererti mengenepikan bahasa Malaysia atau bahasa English tetapi ini bertujuan untuk mengembalikan kita semula kepada yang asal , supaya kita tidak seperti kacang lupakan kulit .

Bagaimana dengan mereka yang langung tidak tahu berbahasa dusun walaupun mereka ini adalah keturunan daripada bahasa dusun / kadazan ? Adakah mereka ini juga seperti orang yang lupa akan asal usul mereka ? Tidak sama sekali .

Kebanyakan orang dusun /kadazan yang bekerja di luar negeri atau di tempat jauh seperti Semenanjung Malaysia tidak lagi mahu bercakap didalam bahasa ibundanya .Saya tidak mempersalahkan sesiapa mengenai fenomena ini tetapi berdasarkan kepada statistik , mereka lebih suka berbicara didalam bahasa Malaysia daripada bahasa ibunda mereka sendiri .Mengapa ? Jawaban saya mungkin terlalu mudah iaitu sudah terbiasa dan terbawa-bawa…samada sejak dari kecil (Oleh kerana ibu bapa selalu bercakap didalam bahasa malaysia ) dan hampir-hampir tiada masa untuk mendedahkan bahasa ibunda itu sebagai bahasa jiwa bangsa kepada anak-anak mereka .

Bahasa Malaysia ialah bahasa perantaraan , atau bahasa rasmi Negara , bagi saya ianya bermaksud bahasa yang kita gunakan sebagai medium atau saluran untuk berkomunikasi di antara dua pihak , dengan tujuan untuk mengeratkan lagi kasih dan persaudaraan .

Tetapi ada yang sengaja tidak mahu bercakap kerana mereka malu untuk berbuat demikian .Tetapi ada juga yang tidak malu .kalau saya , apabila saya mula berbicara didalam bahasa dusun , saya akan terus berbicara tetapi apabila saya mula berbicara didalam bahasa Malaysia ,saya terus bertutur didalam bahasa itu atau bertanya kepadanya didalam bahasa dusun ( Koilo ko momoros dusun ?/kamu pandai bercakap dusun/ ) , jika dia pandai , anda mungkin boleh mengajaknya berbicara .

Saya tidak tahu bagaimana mengenali orang yang tahu dan mahu bercakap didalam bahasa dusun.Sekiranya anda terjumpa dengan mereka di pasar malam atau di mana-mana tempat, mereka akan berkata –kata didalam bahasa Malaysia tetapi apabila diselidiki dengan teliti , ternyata mereka malu untuk kembali kepada bahasa mereka semula.Adakah anda tersinggung dengan pernyataan saya ini ?

Kajian kes : 01#

Saya mempunyai seorang kawan , kami benar-benar rapat sejak dari dulu lagi. Apabila saya mendengar bahawa dia akan bekerja di kuala lumpur , saya sedihlah .Memang sedih tetapi terpaksa menerima pemergiaannya kerana itu adalah kemahuannya .

Selepas beberapa tahun kemudian, dia berjumpa dengan saya dan saya gembira melihat dia yang semakin hensem , lalu tanpa ragu-ragu , saya terus berbicara kepadanya didalam bahasa dusun , ternyata dia tidak mahu bercakap dengan saya lagi dengan bahasa itu .

Saya amat kecewa sekali ,Jawabannya bukan bahasa dusun tetapi bahasa Malaysia .Apabila di Tanya di mana sudah bahasa dusun dia ? Dia hanya menjawab didalam bahasa Malaysia .Tidak menjadi masalah jika dia benar-benar lupa atau tidak tahu . Last-last , dia mengaku bahawa dia tidak suka berbicara didalam bahasa dusun .Kacau daun sahaja .Saya tidak sakit hati tetapi agak kekok atau tersentuh dengan seorang kawan yang tidak mengenali identitinya yang sebenar .

Walaupun bukan semua orang sabah tidak tahu berbahasa dusun –kazadan , tetapi yang pasti , semua orang dapat berinteraksi di antara satu dengan lain.

Walaupun ada orang yang berbangsa dusun , tetapi bukan semua mereka ini tahu berbahasa dusun .Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak mahu/tidak pandai bercakap didalam bahasa dusun / kadazan .

01. Bahasa dusun yang dikaitkan dengan orang sabah adalah kumpulan peminum dan pemabuk , jadi orang dusun/kadazan yang mendengar perkataan ini akan kecewa dan tidak mahu menjadi orang dusun lagi disebabkan untuk menutup malu .Orang lain yang buat, kita pula yang kena tetapi sebenarnya tidak .

02. Ibu dan bapa tidak mendedahkan mereka kepada percakapan sehari-hari , apatah lagi jika yang ibu atau bapa kawin dengan bangsa lain , mereka sudah lupa atau langsung tidak mahu lagi berbicara didalam bahasa ibunda , akhirnya bahasa atau indentiti sebenar mereka akan hilang secara perlahan-lahan .

03. Kebanyakan yang berbicara didalam bahasa dusun adalah terlalu sedikit .Jadi , oleh kerana pengaruh daripada kawan –kawan yang tidak suka dengan bahasa dusun , maka secara tidak sengaja juga mereka mula meninggalkannya bahasa mereka .

04. Mereka yang tahu berbahasa dusun menganggap bahasa bahasa ibunda mereka tidak begitu penting bukan bahasa perantaraan atau bahasa rasmi seperti bahasa Malaysia.

Kita tidak harus mengenepikan bahasa dusun / kadazan sebagai bahasa ibunda didalam satu rumpun bangsa atau persekutuan kita walaupun bahasa Malaysia bahasa rasmi Negara .Bolehkah bahasa dusun / kadazan meruntuhkan cara berfikir orang sabah untuk maju ? Jika berkesempatan, saya akan menulis artikel untuk bahagian ini. kotouhadan…