hmmm berat topic ni kan? Maybe lots of posts regarding this topics been published here or somewhere else before but its still relevance until today to discuss with… dui why not? Im one of them, i mean Sabahan yang cari makan atau belajar di luar Sabah, tidak kira jauh atau dekat…for records, I been away from ‘home’ for about 10 years now…dari zaman belajar lagi sampai sekarang sudah kerja dan posting di Semenanjung. Apa2 pun ulasan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pandangan saya secara peribadi dan tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mau pun yang sudah mati (pergh…klu ada komplen juga ndak tau la…)
Ada beberapa isu; Yang positif adalah gaya hidup dan survivor skill budak2 Sabah memang sudah diketahui umum…Teringat masa zaman saya belajar sekitar tahun 1997, bila putus duit, kawan2 saya survive beberapa hari dengan memetik buah mangga di fakulti dan makan buah ini selama beberapa hari campur maggie! Tidak kurang juga yang curi buah jagung dan kedondong untuk jadi bekalan…hehe funny but its true!
Sikap kita juga menunjukkan siapa kita (mungkin tidak semua tetapi sebahagian besar) di mana budak2 Sabah mempunyai attitude yg boleh dibanggakan kerana mungkin sudah sifat semulajadi kita yg mesra dan friendly dengan sesiapa juga yang menunjukkan sikap positif pada kita.
Mungkin perkara ini tidak semua orang sedar dan suka tetapi dari pemerhatian saya, kita budak2 Sabah di perantauan ini sentiasa kalau boleh mencari ‘kolompok’ di kalangan kita juga…dan dinilai dari sudut positif saya tiada masalah dengan perkara ini selagi ianya tidak memudaratkan keamanan persekitaran dan diri sendiri…senang sikit kalau ada masalah kan? …dan banyak lagi
Ok few things on negative-side: Kalau korang perasan, ada budak2 Sabah yang baru setahun 2 berada jauh dari rumah tetapi bila bercakap dengan kawan2 lain dari Sabah, mulalah keluar ’slang’ yang luar biasa… Ini biasa jadi bagi yang berada di Semenanjung. Berlagak betul o…cakap melayu Semenanjung bagus sangat ka? kalau tersalah cakap dengan saya memang kena sound direct la tu…
Hah lagi satu, tidak kisah la kamurang mo ber’couple @ bercinta dengan siapa2 pun. Pilihan kamurang punya. Sabahan dengan Sabahan ka, atau dengan orang Semenanjung ka…okey fine, tapi perangai tu nampak sangat tidak sama dengan perangai asal di kampung. ‘Berkepit’ siang dan malam macam besok mo kiamat sudah…alala pastu ‘bercumbuan’ terang-terang. Dui memang la bukan semua. Tapi tolong la paham… jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain yang tidak terlibat dan bersalah (cheeewah…). Kawan saya (budak Sjung) pernah tanya saya dengan selamba ‘…budak2 sabah memang open macam ni kah?’ Open? samada open-minded ataupun maksud dia ‘open’ yang buka2 free, saya pun tidak tanyalah. arggghhh tensennya saya. Lagi satu cousin saya ni polis di KL dan dengan nada sedih dia kastau saya sudah beberapa kali kawan2 bahkan dia sendiri tangkap budak2 Sabah berkhalwat termasuk dalam kereta!
Mangkali kes melibatkan jenayah tidak banyak..tetapi tidak heran kalau adapun ianya dilakukan oleh rakyat negara jiran yang banyak di sini dan mengaku orang Sabah. Tapi ingat, memang ada kes yang memang melibatkan budak2 kita tetapi macam sy cakap tadi, tidak sehingga ke tahap membimbangkan.
Ada banyak lagi tapi len kali la… hehe bincang len kali, Adios!