Kes ini sudah lama, kenapa lama? mungkin pihak yang dituduh berabis untuk menyelamat kan diri. Pada hari ini kes telah pun dapat diselesaikan.
Kasihan saya tengo si Normala Bonat ini. Menurut gambar ini tidak mungkin dia melakukannya sendiri seperti yang cuba dipertahan kan oleh pihak tertuduh.

Yim Pek Ha (tertuduh) dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun!
sepatutnya hukuman penjara 54 tahun, namun mahkamah memerintahkan ia berjalan serentak.
Umurnya (Yim) sekarang 37 tahun.
Beberapa keterangan yang membuatkan kemenangan berpihak kepada Nirmala iaitu:
-Bukan Nirmala yang menyerah diri, sebaliknya dia ditemui pengawal keselamatan
-kecederaan dialami Nirmala ada yang tidak dapat dicapai tangan sendiri, oleh itu, dakwaan ia dilakukan sendiri tidak boleh diterima
kredit-harianmetro dan dailyexpress.
Saya telah membaca daily express (daily sabah newspaper) hari ini dan terkejut bercampur geram tentang apa yang saya baca.

Bagaimana ada kah ini menjadi trend di Malaysia? Seringkali kita mendengar pembantu rumah dari Indon di kerjakan oleh majikan. Bagaimana pula yang terus mendiamkan diri kerana takut dan diugut oleh pemangsa.
Mereka ini juga manusia dan datang ke sini bergadai nyawa semata-mata untuk mendapatkan nafkah.
Penjara 32 tahun dan 18 sebatan? baru tau. nampaknya penjenayah ini menghabiskan masa tuanya di penjara, manakala isterinya 12 tahun penjara dan 3 sebatan.
cian si om ni ya.
hello tompinai semua,
alala sudah lama nda update ni sabahan blog untuk tanakwagu. ok la mau tanya sepa ada pigi tu Gerak Usahawan di wisma pertanian? Pada 15 dan 16 hb 11 2008.
saya ada pegi tengo tulung tu future hope, mempromosikan penanaman cendawan tiram. walaubagaimanapun saya hanya ada pada hari pertama saja keranaa ada urusan lain. kepada yang berminat menanam cendawan boleh jenguk2 ni blog.
Pasal expo ni ada juga baiknya. banyak juga yang mengambil bahagian. saya sebenarnya dijemput oleh rakan saya dari future hope untuk mempromosi perniagaan saya iaitu berkaitan IT, tapi saya tidak melakukannya kerana gerai mereka berkaitan dengan kulat.
Oleh kerana saya juga ada menanam cendawan maka dapatlah juga saya menerangkan serba sedikit tentang cendawan kepada pengunjung.
Gambar expo akan menyusul. Thanks.
Sejak kebelakangan ini artis-artis dari sabah semakin mendapat perhatian dari peminat-peminat seni dan juga pihak juri. Kalau tidak silap sudah lebih dari 10 artis sabah yang menang diperingkat kebangsaan. Maksud saya yang bertitle Juara. Artis yang saya maksudkan adalah daripada bidang nyanyian. Saya kurang pasti jika dilihat dari segi pemain muzik, pelakon, pengarah atau selain menyanyi.
Baru-baru ini artis dari Sabah iaitu Rey telah memenangi satu pertandingan nyanyian yang diadakan di Vietnam. Saya pernah bertemu dengan beliau sewaktu membuat persembahan di Kaamatan IPTA/IPTS tidak lama dulu. Dia seorang periang dan senang untuk bercerita.
Festival Melodi Emas Asean 2008
Asian Golden Melody Festival merupakan pertandingan nyanyian antarabangsa yang menampilkan penyanyi terbaik dari negara Asean iaitu Vietnam sebagai tuan rumah, Filipina, Indonesia, Laos, Singapura, Myanmar, Thailand dan Malaysia, selain empat negara yang undangan iaitu China, Korea dan juga Bulgaria.

Rey menyanyikan 2 buah lagu iaitu Temasya Desa Gernalai dan One Thousand Million Smiles.
Reynaldo Raymond Pagie@ Rey, 22 berasal dari tuaran membawa pulang hadiah RM5,325, tropy dan sijil penyertaan.
Syabas Rey.
Pernahkan kamu nampak ada orang minum minuman semasa panas? Ada sebab kenapa dia berbuat demikian.
Tersebutlah kisah, suatu hari si ongkor pegi restoran. tempat tak tau la di mana. selepas duduk dia panggil tu thambi. Pelayan pun beri dia menu list (aikk ongkor moden ni pandai baca).
Dia pun nampak harga disitu tertulis Minuman sejuk rm1.20, minuman panas rm0.80. Ok si ongkor pun pesan milo panas lantas diberi oleh pelayan. dalam waktu yang singkat si ongkor sudah habiskan minumannya dan memanggil thambi untuk pembayaran. Thambi tu kehairanan dan bertanya kepada si ongkor kenapa dia minum begitu cepat.
Si ongkor menjawab kalau minuman tu sudah sejuk nanti kena bayar RM1.20.
Begitulah sorita pasal si ongkor ni.