post Category: pengenalan, sabahan post postApril 12, 2008

Sebelum post seterusnya, marilah kita urang sabah kenali mengenai negeri Sabah.
Masyarakat bumiputera Sabah terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan etnik, menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek (loghat tempatan/kedaerahan/kampung).

Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu, menurut kajian
yang dibuat oleh ahli arkelogi. Ini berdasarkan terjumpanya bekas peninggalan seperti tajau, tengkorak serta peninggalan penempatan.

Lokasi
Bagi mereka yang tidak mengetahui kedudukan Negeri Sabah (percaya atau tidak jika anda pergi ke Semenanjung dan menyatakan anda dari Sabah, ada yang tidak tahu dimana itu Negeri Sabah-pengalaman ni) berikut diberikan peta ringkas.

map of sabah
Jika dilihat, kedudukan Sabah adalah strategik bagi laluan kapal laut mahupun kapal udara.

Bendera Negeri Sabah
Bendera Negeri Sabah

* Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
* Lima jenis warna melambangkan lima Bahagian di Negeri Sabah.
* Warna biru zirkon, melambangkan keamanan dan ketenteraman.
* Putih rmelambangkan kemurnian dan keadilan.
* Warna merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
* Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran.
* Warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Lambang Negeri Sabah
lambang negri sabah
Definasi:

* Dua tangan menjunjung bendera Negeri Sabah melambangkan perpaduan dan kerjasama rakyat berbilang kaum demi kemajuan dan kejayaan.
* Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
* Lima jenis warna melambangkan lima Bahagian di Negeri Sabah.
* Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman.
* Putih melambangkan kemurnian dan keadilan.
* Warna merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
* Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran.
* Warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Negeri Sabah telah dianggap mencapai kemajuan yang pesat ketika ini dimana paras kemiskinan bagi penduduk sabah telah menurun. Ini adalah dikecapi dengan kerajaan yang stabil tanpa masalah besar seperti yang berlaku dinegara-negara yang lain. Maka dengan itu, marilah kita sama-sama bertoleransi kerana sebagai masyarakat majmuk, sikap saling memahami dan menghormati adalah kunci kepada perpaduan dan seterusnya kemakmuran negeri dan bangsa kita sendiri.

Sorry, no comments yet.

Write Your Comment

Comment Guidelines: Basic XHTML is allowed (a href, strong, em, code). All line breaks and paragraphs will be generated automatically.

You should have a name, right? 
Your email address, I promised I won't tell it to anyone. 
If you have a web site or blog, you can type the URL right here. 
This is where you type your comments. 
Remember my information for the next time I visit.