Berikut adalah kebenaran yang menarik untuk bukan saja dibaca tapi untuk diamalkan, dijauhi atau sebagai sumber pengetahuan.

>> Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada ‘Sahra’ yang bermaksud liar atau terbiar.
>> Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.
>> Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.
>>Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
>> Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.
>>Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
>>Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
>> Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
>> Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.
>> Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
>>Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
>>Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
>>Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
>>Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
>>Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
>> Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).
>>Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. *Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
Selamat membaca
April 29, 2008



1 person has left a comment
wah cantik tu streng ah