post Category: jenayah, sabahan post postMay 23, 2008

Kepada pembaca sekalian, baru-baru ini tersiar di media tempatan bahawa seorang Ustaz telah tertipu oleh sindeket SMS Menang Akademi Fantasia. Ustaz Muridi, Imam Masjid Negeri Perlis kena tipu oleh penyangak ini. Sumber mengatakan bahwa Sindeket itu datangnya dari Sabah yang didalangi oleh seorang warga Indonesia. Si penipu ini telah beroperasi sejak AF musim pertama lagi, dengan pelbagai taktik.

Menurut pihak bank scammer ini boleh untung minimum 10K sehari hasil daripada penipuan. Bayangkan 1 hari 1000 SMS dihantar dan 10 org respond..agak agak boleh capai tak 10k?

Pengakuan salah satu mangsa,

Nombornya pelik begitu panjang ada lebih kurang 14-15 nombor rasanya. Sms tersebut mengatakan lebih kurang begini “Tahniah! Nombor anda telah memenangi sejumlah wang tunai sebanyak RM9000 dari AF1/2/3/4/5/6″ Saya pun try call no seperti yang diarahkan. Seorang yang mempunya loghat indonesia telah menjawab panggilan tersebut. Saya mula mengesyaki sesuatu and then saya sajer meneruskan perbualan bagaimana nak “claim” wang tersebut. Setelah memberikan detail ternyata betul sangkaan saya. Dia meminta saya memasukkan sejumlah wang sebanyak RM1000 kedalm akaun tertentu barulah saya dapat hadiah wang tunai tersebut. Dari sini tertanya dah nampak penipuan yang cuba dilakukan. Saya terus menghabiskan perbualan dan berakhir begitu sahaja.

He said the victims received an SMS which read “Congratulations! Your Simcard has won a cash cheque of RM9,000 in AF4 contest” and asked the recipient to call a telephone number given in the SMS’

“When the victim makes the call, the person who answers it introduces himself as an Astro officer and asks the unsuspecting victim to deposit RM1,000 as processing fee to an account using pin numbers 333999 or 999777 and then check back with him again in 24 hours,”he said.

Kepada pembaca sekalian beringat sebelum kena. Tolong nasihatkan dengan makcik, pakcik dan kawan-kawan supaya tidak terpedaya dengan kata-kata manis si penipu ini.

Yang heran bin ajaib, peringatan sudah dikeluarkan tetapi masih ada yang tamak atau alpa. Amaran mengenai perkara ini dihebohkan di media-media perdana dan tidak kurang melekatkan notis di mana-mana bank termasuk pejabat pos. Persoalannya kenapa masih ada yang kena tipu?

Tidak baca news ka? Tidak tengo tv ka? Tidak buka radio ka? Tidak pernah ke bank ka?

Jadi kenapa masih tertipu? Secara peribadi saya keliru samada kesihan terhadap mangsa atau mengatakan ‘kotoh siapa suruh bodoh sangat’.

Benda yang dipanggil scam ni senang ja mo detect, pertama kena deposit dulu sejumlah amaun dan kedua harus berlaku dengan cepat. Ini adalah dua kaedah yang paling ketara yang digunakan.

Satu perkara lain yang berlegar dikepala saya ialah, bagaimana scammer itu boleh mengeluarkan wang si mangsa hanya dengan mengetahui(meminta nombor akaun si mangsa? Adakah bank tidak selamat? Kalau pengeluaran di kaunter perlu buku akaun dan tandatangan pemilik, kalau pengeluaran di mesin ATM perlu ada password dan kalau pengeluaran secara online, no. PIN perlu dihantar ke handphone pemilik akaun.

So bagai mana scammer mencurinya dengan hanya mengetahui nombor akaun? Jika penipuan begini begitu mudah saya pasti ramai yang sudah kena curi wangnya.

Amaran sudah dikeluarkan, sudah terang lagi bersuluh, harap jangan terpedaya lagi dengan segala macam penipuan. Jika ada yang approach tolong tanya dengan kawan-kawan mengenai kesahihaan benda tersebut sebelum bertindak, apa lagi kalau melibatkan RM.

Ada orang kerja bank? Tolong bagi penjelasan.

Sorry, no comments yet.

Write Your Comment

Comment Guidelines: Basic XHTML is allowed (a href, strong, em, code). All line breaks and paragraphs will be generated automatically.

You should have a name, right? 
Your email address, I promised I won't tell it to anyone. 
If you have a web site or blog, you can type the URL right here. 
This is where you type your comments. 
Remember my information for the next time I visit.