Baru-baru ini saya membeli extension socket dari Servey hypermarket di penampang baru. Panjangnya 10 Meter. Sampai rumah, bila saya hendak masak nasi guna soket tu..tiba2 aiii..black out. saya tidak percaya, kemudian padans lagi, black out lagi.


maka saya berfikir sudah tentu extension yg baru saya beli tadi. nasib la aku ini mc gyver sikit. DIY=Do It Yourself
Bila saya buka huh ternyata wireing dia terbalik! Gambar di atas tu saya sudah perbetulkan. Wayar bumi dengan neutral salah tempat.
Diaorang ni cincai, main hentam saja, pengguna yang rugi. bayangkan kalau perempuan yg beli, sudah tentu dia balik ke servey untuk check atau tukar barang tu.
Sebagai pengajaran kalau beli barangan letrik sila minta supaya dicuba dulu.
July 26, 2008



Sorry, no comments yet.