post Category: Uncategorized post Comments (0) postSeptember 6, 2008

apa-apa lah dunia sekarang ini. benda yang dibuang-buang dulu kini jadi duit. ada ejen di kampung saya itu membeli apa juga jenis besi, zink,aluminium. dari satu segi kampung saya itu nampak bersih sebab semua longgokan sampah sudah dijual.

terbaca pula kisah dalam dailyexpress, dimana penjual besi buruk sanggup menyembunyikan besi buruk di dalam laut#$%*^. macam filem dulu-dulu menyembunyikan garam dalam air.

ok berita ini benar berlaku. besi buruk ditenggalamkan dekat tanjung aru. walau bagaimanapun modus operandi ini dapat dikesan juga oleh pihak berwajib.

post Category: blogging, make money, saman post Comments (0) postAugust 27, 2008

Agak lama tak update blog tanakwagu ini. maklumlah ada kerja yang perlu dibereskan, tu pun belum beres lagi namun mengambil kesempatan ini untuk menulis blog.

Kalau pasal politik atau pilihanraya permatang pauh tak paya lah aku nak cerita. ada banyak cerita diluar sana yang hebat-hebat belaka.

Lebih baik lagi saya cerita pasal Make Money Online (MMO). Mungkin kamu ada baca post saya terdahulu pasal par per lead. Komisen saya tempoh hari kamu boleh lihat disini

Ya, kali ini saudara Mazlie Nadzri pula telah melancarkan eBook percumanya yang bertajuk “Panduan Setup Auto responder“. Saya tidak mengulas panjang mengenai eBook ini kerana segalanya saya telah tuliskan semua kebaikan nya dan kenapa kamu patut memilikinya.

Baca sebelum dapatkan disini

Salam Kemerdekaan ke 51.

p/s: yuran letak kereta DBKK sudah bayar? bulan pengampunan sedang berlangsung (jika masih ada). Potongan 95%.

post Category: artis sabah, korohian ku, saman post Comments (0) postAugust 9, 2008

Siapa ada pergi tengo pelancaran album Linda Nanuwil di 1 Borneo?Sempat juga saya mengambil videonya tanpa sengaja. Saya bersama rakan sebenarnya pergi ke PIKOM di Sabah Trade Center, kemudian saya mengajak kawan saya itu pergi ke 1 Borneo untuk servey PDA. Tanpa diduga rupa-rupanya Linda Nanuwil sedang mengadakan pelancaran album tempatannya yang pertama.
Saya akan update mengenai Pelancaran Linda Nanuwil ini.

Sebenarnya banyak yang saya mahu cerita pada kali ini termasuk PIKOM dan Bulan pengampunan saman tiket DBKK.

Kemaskini akan menyusul. Stay tune kio.

post Category: make money post Comments (3) postJuly 30, 2008

Pembaca sekalian, saya pasti kamu ada menonton rancangan Tv yang berkonsepkan Motivasi. Paling tidak tokoh jutawan yang mudah diingat adalah Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau merupakan pakar motivasi yang telah banyak membantu memberi kejayaan kepada banyak orang.

Saya pasti jika berkesempatan saudara akan menghadiri sesi ceramah beliau. Jika tidak boleh menonton rancangan beliau di TV atau saluran ASTRO.

Saya ingin memetik antara persoalan yang ditulis oleh Arina Abas dan Team Flare Biz mengenai seminar mereka yang bertajuk Evolusi Minda seperti berikut.

Jikalau anda seorang pekerja atau eksekutif :
· Anda akan berkemampuan mengawal perkerjaan anda.
· Segala pekerjaan anda lebih lancar.
· Anda dapat mempertingkatkan produktiviti dan kredibiliti anda.
· Anda akan mudah berurusan dengan pengguna, perngeluar, pekerja bawahan
dan sesiapa sahaja dari pihak ketiga.
· Anda mampu menjalinkan hubungan yang baik dengan majikan anda.
· Anda mampu memperolehi kenaikan gaji dan bonus tahunan yang anda
kehendaki. Sudah pastinya anda mampu memperolehi kenaikan pangkat.

Adakan anda mempunyai jawapan-jawapan kepada persoalan diatas? Jawapannya mungkin anda temui jika anda menghadiri seminar ala-ala motivasi yang bertajuk Evolusi Minda yang akan diadakan seperti berikut:

Ahad, 10 Ogos 2008

Hotel Armada, Petaling Jaya

Masa: 8 a.m - 5 p.m

Sebelum menghadiri seminar tersebut mungkin anda terlebih dahulu ingin membaca buku percuma mereka yang bertajuk “Anda adalah Apa yang Anda Fikirkan”

Semoga berjaya

post Category: DIY, Uncategorized post Comments (0) postJuly 26, 2008

Baru-baru ini saya membeli extension socket dari Servey hypermarket di penampang baru. Panjangnya 10 Meter. Sampai rumah, bila saya hendak masak nasi guna soket tu..tiba2 aiii..black out. saya tidak percaya, kemudian padans lagi, black out lagi.

letrik.jpg

letrik-1.jpg

maka saya berfikir sudah tentu extension yg baru saya beli tadi. nasib la aku ini mc gyver sikit. DIY=Do It Yourself

Bila saya buka huh ternyata wireing dia terbalik!  Gambar di atas tu saya sudah perbetulkan. Wayar bumi dengan neutral salah tempat.

Diaorang ni cincai, main hentam saja, pengguna yang rugi. bayangkan kalau perempuan yg beli, sudah tentu dia balik ke servey untuk check atau tukar barang tu.

Sebagai pengajaran kalau beli barangan letrik sila minta supaya dicuba dulu.