Apr 29

Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Pandan, Kuala Lumpur , ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya. Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut yang mana-mana dia berkenan…

CALON PERTAMA:

Ciri-ciri : Kulit cerah, rambut ikal mayang, pipi gebu, BUKIT besar….. BUMPER menggiurkan ala Jlo
Pekerjaan : Operator telefon merangkap receptionist

Si anak lelaki menolak calon pertama. Siibu bertanya mengapa dia menolak, lalu sianaknya pon berkata: “Ala Mak…nih tak syiioookkkk….dia nih selalu cakap SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR”

CALON KEDUA:

Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar, badan 100% bergetah, BUKITnya Just nice, BUMPERnya boleh tahan
Pekerjaan : Setiausaha

Lalu sianak lelaki berkata “Nih lagi tak syyiiiooookkkk…asyik-asyik HARAP BERSABAR…BERSABAR”

Si ibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya…lalu dia pon menjemput calon terakhir…

CALON TERAKHIR:

Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, BUKITnya kurang memuaskan, BUMPERnya flat
Pekerjaan : Guru.

Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini terus bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini?

Lalu anaknya pun memberitahu… “Hah! mak nih la syyiookkk sikit…kalau cikgu best sikit..pasal dia selalu cakap ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH, BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH…”

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak… “Bang!!!….Konduktor bas mini lagi bagus bang….

Diorang selalu cakap….”NAIK CEPAT, NAIK CEPAT…MASUK, MASUK…..MASUK LAGI, DALAM LAGI…DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH,MASUK BELAKANG….BELAKANG LAGI, LAGI BELAKANG SANA…BELAKANG BANYAK KOSONG!……….

Apr 27

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya
terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!”
Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.


“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.


“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.


Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.


“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas
minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.


Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.


“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup
paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-
anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa
awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya
terpacul di belakang pintu.


“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye.
Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.


“Fail saya kat depan tu mana?”


“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”


“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu
patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati
kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia
menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh
suara anak-anak dan wajah isterinya.


“Laila-” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


“Saya nak ke out station minggu depan.”


“Lama?” Soal Laila.


“Dalam seminggu.”


“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”


“Budak-budak? “


“Ikut jugalah.”


“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok
masa kat Legacy dulu tu-”


“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha
memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang
dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu
berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa
sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti
rugi. “Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana.” “Nak jalan sangat
Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti
kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak
merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak
terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka.
Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa
mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.


“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar
abah ambik bagi kamu!”


“Manalah saya ada masa..” “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan
balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!”
Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa
mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka
malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat
Laila adalah isterinya. Cuma.. “Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang
menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu
sudahlah.” “Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-
sengih mendapatkan dirinya. “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa
ni pekak ke?”


Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba
saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.


“Awak masak apa?”


“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum
sempat mamanya membuka mulut.


“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang
selera!”


“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.


“Keluar!”


“Mama dah masak Pa!”


“Awak saja makan!”


“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”


Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil
hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya
keluar dari ruang makan. “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?”
Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. “Papa banyak
kerja agaknya. Dah! Makan.” “Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?”


Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain.. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga
menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?


Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.


“Laila..” serunya


“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau
nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.


“Sunyi pulak rumah ni mak,”


“Lama-lama kau biasalah.”


Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum.
Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka.
Kehilangan yang amat sangat.


“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.


“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”


“Tak ada lah?”


“Ingat papa ni cop duit?”


Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian
rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu
mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum
petang.


Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi
ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. “Awak tak sihat ke?”


Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.


“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.


Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi
kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.


“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak
tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju
mamanya dipegang kejap.


Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas
saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba
menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi.. Aiman di pukul
lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.


“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”


Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.
Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya
terhadap anak-anak.


“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-
bukan.” Ujar Laila perlahan


“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok
anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat
sana, kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.


Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu
tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada
saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri.. Tak cukup dengan
perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan
terhadap mereka.


“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas
betul duduk dalam rumah ni.” Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman
belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.
Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. “Celaka
betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. “Abang!”


“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!
Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.


Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya
petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi
semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul
di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan
sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.


Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit
pengajaran pada anak-anak.


“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk. “Kak Long
balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti..” Alangkah
mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila
tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah
merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka
Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat
gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari
A. “Laila-” “Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil
menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi
lagi. Dating ye?”


“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.


“Ikut boleh?”


“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan
turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak
kami.”


“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat
itu ini. “


“Papa pesanlah..”


“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.


“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut
pergi mana pun.”


“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”


Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”


“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.” “Mama tanya sikit boleh?” Dia
mengangguk “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”


Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa
keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan
hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan
untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas
kainnya.


“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar
Mr. Kwai, tuan rumah.


Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal
tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila
bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-
anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan
dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan
dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan
kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah
jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada
rakan-rakan.


“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi
itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin
dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air
cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala
kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan
perkelahian. “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.
Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke
sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa
sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi
dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya.
Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu
masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak
dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak
pernah lupa.. “Kalau tak suka pulangkan,”


Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang
selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.
Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di
halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan
berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di
bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada
kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.


Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila-


Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.


Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi
membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta
lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.
Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan
dua bulan lagi..


Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan
harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
..copy frm email…

Apr 27

Pesta berahi
Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
copy frm forum dot cari dot com dot my

KUALA LUMPUR: Seks, arak dan dadah adalah menu utamanya. Yang perlu dilakukan untuk menikmati ‘hidangan’ itu hanyalah mendapatkan tiket ‘kebebasan’ berharga RM250 hingga RM700 untuk menyertai parti eksklusif di sebuah pulau peranginan popular negara ini.

Penganjuran pesta liar di pulau menjadi trend masa kini apabila ia dikatakan lebih ‘selamat’ daripada tindakan pihak berkuasa, peserta bebas melakukan apa saja dan penganjur boleh mendapat untung besar.

Ikuti pengalaman wartawan yang menyusup masuk ke parti eksklusif sempena menyambut bulan mengambang di sebuah resort di Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu, baru-baru ini.

WARTAWAN mendapat maklumat mengenai satu parti eksklusif menerusi laman web pada pertengahan Mac lalu.

Secara asasnya, berdasarkan maklumat di laman sosiol terbabit, penganjur pesta itu sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di ibu negara, dipercayai ada latar belakang industri hiburan.

Dalam laman sosiol itu, Pengarah Kreatif syarikat penganjur turut memberi peringatan berikut: “Ini adalah parti TERTUTUP yang dipelawa pada anda dan rakan anda yang berasakan mereka benar-benar ‘kool’ untuk menyertainya. Peserta mesti berusia 21 tahun ke atas dan bersemangat tinggi untuk berparti.”

Penyertaan dibuka kepada orang ramai dengan yuran antara RM250 seorang bagi penginapan di khemah terbuka, RM290 (asrama), RM350 (chalet) dan RM700 (chalet berkongsi dua / keutamaan pasangan).

Perjalanan rombongan dari Kuala Lumpur itu bermula di Hentian Bas Jalan Duta dengan menaiki bas ke Kuala Besut, Terengganu pada jam 11 malam 18 April lalu sebelum tiba di jeti dan masuk ke Pulau Perhentian pada keesokan paginya.

Parti itu bermula seawal jam 5 petang dengan Disc Jockey (DJ) pertama memainkan lagu dengan tempo perlahan bertemakan matahari terbenam selama dua jam sebelum sesi rehat selama dua jam.

Parti sebenar bermula jam 9 malam apabila seorang lagi DJ mengadakan persembahan pembukaan dengan genre Classic House selama sejam setengah, diikuti DJ seterusnya dengan pelbagai genre lagi seperti Funky House, Trance, Deep House, Electribe dan Live Act, sehingga pagi.

Wartawan yang masuk ke Pulau Perhentian sejak pagi Sabtu pada awalnya membuat pemerhatian dari jauh ketika parti itu bermula lewat petang itu.

Bagaimanapun, kemeriahan parti bermula pada jam 9 malam dengan lebih 20 lelaki dan wanita yang bercampur baur tanpa mengira kaum dan agama, terkinja-kinja di pantai dengan iringan lagu disko yang bergema daripada pembesar suara yang dihalakan ke laut.

Pantai yang menjadi lantai tarian pula disimbah dengan pancaran pelbagai lampu berwarna-warni dengan DJ popular memainkan lagu remix (campuran lagu) dari atas pentas kayu dengan berlatarbelakangkan skrin video.

Beberapa pengumuman khas dibuat oleh penganjur memberitahu pengunjung bahawa kaunter penjualan arak disediakan khusus untuk pesta itu.

Di kawasan gelap di pantai itu, ada kelompok pengunjung hanya duduk memerhatikan peserta disko yang semakin bertambah, sambil menghisap rokok dipercayai bercampur ganja.

Malah, ada juga kedengaran tawar-menawar membeli dadah, dipercayai jenis ganja dan pil ecstasy.

Semakin lama muzik dialunkan, semakin ramai peserta menyertai parti, terutama membabitkan pelancong asing, termasuk warga Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Vietnam dan Jepun.

Bilangan warga tempatan, terutama Melayu, juga semakin meningkat, khususnya pasangan remaja dianggarkan berusia awal hingga pertengahan 20-an.

Bagaikan minuman rasmi, kebanyakan pengunjung tanpa segan silu mengusung botol atau tin bir atau bekas minuman dipercayai berisi campuran minuman ringan dan liquor (arak).

Sungguh menjijikkan melihat aksi seorang remaja Melayu mengalahkan ‘Mat Saleh’ apabila dilihat mengepit sebotol arak bagaikan bayi, ke sana ke mari dalam keadaan pening-pening lalat di celah-celah kaki disko yang ligat menari pelbagai gaya.

Penampilan wanita Melayu yang banyak berpakaian seksi sehingga menampakkan sebahagian besar buah dada dan bikini yang hanya menutup ruang kecil kemaluan turut menjadi perhatian.

Ada juga yang menjadi bahan sorakan pengunjung, terutama ketika wanita itu menari dengan gaya mengghairahkan.

Kumpulan peserta lain yang begitu menonjol dalam parti liar itu ialah kumpulan pekerja lelaki kawasan pantai peranginan dipanggil ‘beach boys’ (budak pantai) yang tampil bangga dengan gaya pakaian santai tepi laut sambil memeluk pinggang pelancong wanita warga asing.

Menjelang lewat malam, muncul beberapa bot lagi membawa sejumlah penumpang dari bahagian lain Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil, menjadikan pengunjung bertambah sehingga lebih 200 orang.

Parti menjadi semakin meriah dengan pertunjukan api oleh lelaki warga asing di tapak unggun api bersebelahan disko pantai.

Pakej parti liar itu dilengkapkan lagi dengan aksi mengghairahkan yang boleh dilihat di mana-mana.

Ada pasangan baik sesama Melayu, Melayu-bukan Melayu atau Melayu-bangsa asing, bukan Melayu-warga asing, saling berpelukan dan bercium dengan keterlaluan secara terang-terangan.

Baik lelaki mahupun wanita Melayu, semuanya sama. Agama dan adat budaya entah ke mana. Yang pasti, mereka kelihatan seronok dan bebas melakukan apa saja.

Wartawan sempat mengikut beberapa pasangan Melayu dan Melayu-bukan Melayu hingga mereka masuk ke chalet sebelum melihat pasangan terbabit keluar semula antara 20 minit hingga setengah jam kemudian.

Diyakini, apabila ingin melakukan seks, peserta parti, termasuk yang baru berkenalan pada malam itu, pergi ke bilik pasangannya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sebelum kembali ke tapak pesta.

Beberapa pengunjung yang sempat ditemui mengakui sangat seronok kerana bebas melakukan apa saja.

“Kalau di disko di bandar, masanya terhad dan bimbang diserbu. Di sini, saya dapat berpesta sepuas-puasnya.

“ Boleh juga minum arak sepuas hati dan ‘cuci mata’ melihat makwe Melayu pakai bikini,” kata seorang eksekutif dari ibu kota dikenali sebagai Sham yang datang bersama sekumpulan tujuh lelaki.

Bagi Mimi pula, parti disertainya memberi peluang kepadanya menghabiskan masa bersama teman lelakinya.

“ Di sini kami bebas berbuat apa saja. Selepas berpesta, boleh berasmara,” katanya tanpa segan silu selepas wartawan Metro Ahad memprovokasinya.

Berdasarkan pemerhatian Metro Ahad, kebanyakan pengunjung hanya aktif sehingga jam 4 hingga 5 pagi, walaupun parti masih diteruskan sampai ke pagi.

Ada juga yang mampu menari beberapa jam tanpa henti, yang biasanya hanya mampu dilakukan kaki disko yang menari di bawah pengaruh pil ecstasy.

Yang menyedihkan, aksi di parti liar itu turut ditonton penuh minat oleh sekumpulan kanak-kanak, dipercayai anak pekerja resort dan pengunjung ke pulau itu.

Ramai duduk di tepi unggun api dan tidak kurang yang baring dan tidur di pantai, dipercayai mabuk dan keletihan.

Difahamkan, sebelum penganjuran parti itu, ada pengusaha chalet di Perhentian Kecil menganjurkan parti seumpama itu dan dihadiri ratusan pengunjung tempatan dan pelancong asing.

Satu lagi disko pantai, dirancang diadakan di Pulau Tioman, Pahang pada 14 dan 15 Jun depan yang menampilkan lapan DJ, termasuk dari Indonesia, dengan caj antara RM500 (dua orang) hingga RM1,600 (enam orang).

Usaha menganjurkan pesta pantai di Langkawi pada 2005 pernah digagalkan apabila cubaan mengadakan parti ‘Friday Dec 31st Beach 2005’ dengan bayaran RM300 hingga RM450, mendapat liputan akhbar.

Apr 27

27 April 2008 ; Huhu …. kring.. kring..kring….. eeeeeeeeeee malas nya mo angkat telephone ..ingat selamat sudah ..ni tiada gangguan ….bila off HP sekali …berbunyi….. pula tu telefon rumah…
Dialog :-

Acil : “Hello…Assalamualaikum…”
Lya : wassalam…acil … ko di umah ka saja ni petang… ?
Acil : yah di umah saja…
Lya : Ok ..kami mo datang ke rumah ..acil..skg ..
Acil : Ok datang la………….

………………. top ….telefon tutup…. hehe …… kunun.tak ada buat kerja ..padahal …aku melayan tu cerita Drama Korea :Before & After Plastic Surgery: …..
tidak lama lepas tu ..bunyi……ding dong ………….. huhu ..maka datang la anak2 buah ku ke rumah ku …….ehhe…. rasa mcm ..tak sah kalo ..budak2 tu dtg aku tak bawak keluar… aku gegas solat dan bersiap……………………….. huhu ..biasalah aku selalu bawak dorg ke .. Tanjung Aru jak…sambil2 makan sanggar …tp kemarin tu tak beli sbb jem ..kan mcm tu Tjg aru lepas …. ada lumba kuda…jadi terus jak kami ke pantai………….. Nikmati …. gambar2 mereka……..di pantai………… ehehhe

– Lepas ronda2 pantai tanjung aru tu ..dahaga la plak anak2 aku semua ni …. adeh ..ada mo minum cendol segala..aiya …cari2 di gerai tu tak ada ……jadi aku decide …p beli sana ..pasar pilipin …pasar mlm dia mmg ada jual cendol….smpi pasar tu …suh dorg kak lia n kak ana p beli aku tunggu dlm kereta ..jak…… hu ..lama juga oo ..drg menunggu Q … dpt jak cendol si dzar mo pg sana ..Suria Futsal plak..adeh la …. mcm -mcm ragam anak-anak buah aku … aku kan Aunty yg baik hek hek hek …..smpi sana jak Jeselton point…. dah nak magrib ..jadi kami g cari sura..then solat……….. pastu baru pg menjelajah ke tempat feri - feri labuan berlabuh …………………….. ..

JESELTON POINT

ewah-ewah mengambil kesempatan lagi la plak budak kecik ni ..

Penat dah …semua …then balik ke rumah …………. huhuhu ………

Apr 26

huhu ..tak da apa mo di update .. hanya ..sekadar ..makluman …hehe ..aku dah g melawat kapal Pe-Ran-Cis…Kapal KD Pahang . dan 2 Biji Kapal ..Brunei…. huhu…dan Satu lagi Kapal Mahsuri … huhu penat seh …lawat ni …dgn panas terik ..segala ..dr keliling pulau pulak tu ..adeh …. tp syiok la ……

Selagi bleh mencuba ..cuba jak …. huhu ..mmg best la kalo ada ..gini sebiji d umah ..huhu leh mengendap .. haha …

Kapal Mahsuri & Kapal Pe-Ran-Cis …. kalo tak silap …. la

Huhu………. Dalam Kapal Brunei … kunun kapal ni terbesar la di Brunei….
negara kaya pun ..punyai kapal perang kecik jgk …… tak mcm M’sia ….segala-gala mo di beli adeh .. la

cun-cun posing dgn ni budak …. tp jauh la plak ..hehe

gambar dalam kapal …. KDB TERABAN (Brunei)…..

Apr 26

Huhuh ..ni mo story ….bangun pepagi ..buatlah sarapan ..utk bawak bekal ke picnic mengelilingi …pulau …huhu ikut rombongan sekolah .Masak Mee goreng sosej jak pun..hehe sbb tak ada menu pun sgt..rasa mcm malas mo pg tapi pg jgk la…ndak pernah pegi kan …

Sudah siap semua bekal tu bertolak la ke Jeselton Point tempat di mana semua org2 berkumpul ..hehe ..FYI kami adalah ..org yg terakhir sampai ke Jeselton ..hehe .aduilah ..tp what to do … itu yg termampu. Rombongan menyewa dua bot ….laju..huhu penuh semua tu …syiok …oo.

Dpt Shoot gambar dua org budak time di Jeselton Point

Semu sudah ready, bertolak la ke destinasi mengelilingi pulau …

Tinguk tu betapa laju nya ..bot yg kami naik ..hehe

Dari Jeti Jeselton ..kami terus pg ke perkampungan pulau Gaya, di mana di situ ada dua biji sekolah ..SMK PULAU GAYA dan SK PULAU GAYA..tp sempat shoot SMK PULAU GAYA jak gambar di bawah ni …

Lepas ..round ke perkampungan Pulau Gaya ..kami terus ke …Gayana Resort …rasanya ..

Then …nampak mcm tak da apa pun ..terus ..g … round2 lagi ke …”Polis Beach Resort” mcm tu la bunyi ..sebutan dr … tukang bot tu..tp belum siap lagi…tu Resort…

..huhu resort dlm hutan n dpn ngan pantai ..cantik oo ..tak tau sapa punya ni ..tak siap lagi kan…perjalanan di teruskan ke Pulau Memutik…….. adeh ..smpi je jeti tu ..kunon tgk tu sign board…..Jelly Fish Season…eeerrr ..takut jgk …sekali tinguk2 ..tu tukang bot ckp “itu ..lama sudah tu di letak situ”..huhu selamat…. tak lama pun di Pulau Memutik tu …. terus kami pg ke Pulau Manukan …(tempat di mana stesen kami di pulaukan seketika) … Masuk ke pantai pulau manukan ni …. RM3 untuk dewasa…………. hehe
-Pantai Pulau Manukan-

Lepas..puas bermandian …balik ..ke KK balik ..tp Perjalanan yang seronoklah ..hehe
Ni gambar2 lain yg di shoot spjg perjalanan…
Kapal Buruk …(bagus lagi ni org2 kalo mo mencuri besi pg amik di kapal buruk ni)

Baby Zariff……pun ikut ..hehe semangat jak dia dlm boat siap main buih dr tp bot lagi …

Penat lepas mandi …daddy pg kasi naik dia di atas …tu pokok …adui ..la

Kumpulan pertama (Bot 1 )

Bot 2 (Rombongan 2)

Batu-Batu sebelum ke Pulau Manukan , memutik … ..kira penghujung pulau Gaya la ni kali….

Ni gambar tu lagi…

Next time …pg dgn Sabahanblog geng plak….. ukie ka Boss?

Apr 23

24 April ;”Tom is head developer all that should report to to”…Where’s aminah name here ? Jadi aku dlm hati ni bertanya2 la kenapa ntah tiada nama Aminah…huhu…heran pun heran ..tp sebab sebelum ni dah pernah mimpi ..jadi aku tak heran sangat la ……

TP serius aku betul2 ..gila baban punya … terkejut la…. tak tau la apa nak jadi dgn ni ..adui lah … apa ntah …… eeeeeeeee tolonglah .tekanan pun tekanan jgk ..tp what to do …coming akan ada satu company name USA SDN BHD………….

Apr 22

23,Rabu : huhu ..penat seharian bekerja smlm …after ofis hr terus balik..hehe bukan terus balik umah pun …..singgah jap p beli goreng pisang ..then ..baru p merayau2 umah NURI …lama sungguh tak bermain dgn Nuri (Nuri anak kepada oficemate)..hampir setengah bulan la….
Sampai jak umah Nuri aku hidang la goreng pisang a.k.a Sanggar =panggilan org Tawau .Apa lagi goreng pisang panas ..tambah2 lagi  ibu Nuri hidang nescafe ..perhhhh …sedaap..mmg sesuai ..kena pada tempatnya…setelah melantak bagai ..tu sekali Ibu Nuri adalah something kerja dia perlukan ..pertolongan aku…ketong ..ketong .keting ketong…hampir ..kul 9pm jgkla aku baru balik umah …letih sangat2……..

Pagi tadi …. kul 6am jam bunyi ..arh …..malasnya bangun …..teramat2 malas…..sampai tu alarm clock tia sedar …tertutup sendiri ……..kesian alarm clock tu ..
Alih2 kul 7.30am baru ..kelam kabut bersiap utk g kerja …huhu …sekali …. kul 8.30 baru smpi opis ..adui la ..sungguh tak BERDISPLIN aku ni….. bila nak berubah …. adeh … performance …teruk betul…….

Apr 21

Resepi 

 Credit Pict : Nobody : thanks nob .. hehe  :D

1 buku philadelphia cream cheese (250g)
1/2 cawan whipping cream
1/2 tin susu pekat manis (tin kecik)
sebiji telur
1 tbsp tepung jagung (takdek pon takpe)
1 1/2 sudu jus lemon (ikut suka tahap kemasaman dia)
biskut oreo/cream 0 - nob guna 3/4 drpd crem o yg bungkus pnjng tuh..kalu nak base tebal tmbah la…
sedikit melted butter

cara2 dia

base:
1. hancurkan biskut dan campurkan dengan butter
2. masukkan dalam loyang yg dialas ngn aluminium foil..pastu tekan2 biskut kasik padat2..ratakan.pastu masuk dalam peti sejuk.

cream cheese:
1. Pukul cheese sampai kembang
2. pastu masukkan susu pekat, telur, fresh cream, jus lemon..tepung jagung pukul sebati.

Pas siap keluarkan loyang dr peti sejuk dan tuangkan adunan tadi dalam loyang.
Bakar dalam oven 170 darjah selama 40 minit atau sampai masak…(ikut oven)
Lepas dah siap bakar tu biarkan selama 1 jam kat luar….barula masuk dlm peti selama kurang2 3,4 jam sebelum di ngap………selamat mencoba.. ..
masa nak makan tuh…hias ngn strawberry topping atau apa2 jenis topping kegemaran…shedapp…nyum nyum..

Apr 21

Credits To: Malaysia-today

Apabila orang Sabah (terutama yang beragama pagan) telah menggunakandarah sebagai tanda protes, bermakna besar nyawalah yang menjadipertaruhannya. Jangan hingga “Spirit of Borneo” menjadi tragedi. Jangansampai ‘Head Hunter’s spirit’ Menghantui Pak Lah, kerana tindakan tidakendahnya selama ini, menganiaya dan tidak menghiraukan rakyat bawahanyang tertindas. Mereka bangkit bersatu menyuarakan hak dan keadilan diDaerah Kunak Panas berkenaan tanah mereka dirampas!

ParaPekebun Kecil di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak telah sebulat suarauntuk menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah bosan dengankarenah birokrasi Kerajaan Barisan Nasional yang gagal berfungsi untukmenjaga hak asasi mereka terhadap tanah yang mereka usahakan.

Walau berkajang surat dihantar, lebih 40 laporan polis dibuat danberatus aduan rasmi difailkan, namun Kerajaan Barisan Nasional yangditerajui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawitelah menafikan hak mereka sebagai warganegara.Menurut Fasal 13Perlembagaan Persekutuan, tidak ada pihak yang boleh merampas hartamelainkan melalui undang-undang dan tidak ada undang-undang yang bolehmerampas hak melainkan melalui pampasan.Namun, Syarikat KerjasamaPerkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) telah bertindak merampastanah yang mereka usahakan di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak denganbantuan Kerajaan Barisan Nasional yang telah meluluskan gerankepadaSKPTTB berdasarkan permohonan tanah yang telah dibatalkanSetiausaha Hasil Bumi.

Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.

Wakil Pekebun Kecil telah melafazkan Sumpah Di BumiSabah dengan melaungkan dengan penuh semangat sumpah keramat merekayang berbunyi, “Kami bersumpah dengan darah, demi tanah, pantangmenyerah.”"Kami terpaksa menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lahsetelah semua cara menemui jalan buntu. Kami harap Pak Lah faham danmenyelesaikan masalah kami dengan apa juga cara,” ujar Yabi Mositoh @Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada PakLah.Bagaimanapun warkah berkenaan tidak akan dikirimkan kepada Pak Lahsebaliknya diberikan hak penyiaran eksklusif kepada Malaysia Today danakan dikirimkan kepada Youtube untuk tontonan manusia sejagat bahawarakyat tempatan di Sabah ditindas kerana tanah mereka dirampasdisebabkan rasuah telah menjadi raja yang memerintah.

« Previous Entries